Skip to main content

Posts

Perlunya untuk takut

Zaman sekarang ni bila berlaku macam-macam kes jenayah,masyarakat diminta untuk semakin berwaspada. Sentiasa berhati-hati pada bila-bila masa. Jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali. Elakkan untuk berada ditempat yang sunyi dan gelap. Pastikan kita sentiasa siaga menghadapi apa jua kemungkinan yang tiba.  Berbagai kempen keselamatan dilakukan untuk memastikan masyarakat sedar dan akan sentiasa berhati-hati. Diwaktu ini perlunya rasa takut itu dibawa kemana-mana untuk memastikan kita terhindar dari bahaya. Itu hanya satu gambaran betapa kita sangat perlu untuk merasa takut demi keselamatan hidup kita didunia. Bagaimana pula dengan usaha untuk mengekalkan rasa takut dengan Tuhan bagi memastikan keselamatan kita diakhirat? Tuhan jadikan manusia bersama unsur fizikal,akal,nafsu dan hati(roh) Kesemua unsur itu Tuhan gabungkan dan jadilah ia manusia. Tanpa salah satu unsur tersebut,maka manusia itu akan pincang. Dan setiap unsur itu perlulah seimbang,berada dalam kadarnya...

Malaysia dalam jadual Allah

Kebangkitan islam sudah makin ketara. Amalannya makin pesat dimana-mana. Bermacam cara dalam islam dibina. Seperti bunga ditaman yang indah. Malaysia dikenali dan diiktiraf sebagai negara yang memiliki pengamalan islam terbaik didunia. Malah islam di Malaysia jauh lebih indah dari islam yang ada dinegara-negara arab sendiri. Hal ini semua orang pun mengakuinya. Disini bila disebutkan saja kita dari Malaysia terus mereka akan berkata,ahsan nas (sebaik-baik manusia) Sepanjang bertemu kawan-kawan baik di Timur tengah ataupun Eropah,jika ada diantara mereka yang pernah mengerjakan umrah/haji,mereka akan mengatakan bahawa semua orang di Mekah akan berasak dan bertolak kecuali orang Malaysia. Bagi mereka itulah lambang keindahan islam yang ada pada Malaysia. Kalau kita perhatikan negara seperti Turki contohnya,yang dulu merupakan salah satu empayar besar islam. Tapi setelah dijajah,kini islam disana sudah kian hilang pengaruhnya. Berbeza dengan Malaysia yang semakin berkembang islamny...

Hudud di Masjid Qisas

Semalam angkut adik-adik ke Jeddah untuk beli barang butik yang dah banyak habis. Dalam keadaan berhimpit dengan makanan yang perlu dihantar ke airport,kami gagahkan diri jugalah. Bukan senang nak dapat keluar ramai-ramai macam ni. Akibat diharamkan memandu di Saudi ni,kalau ke Jeddah selalulah sangat sesat. Sebab driver yang bawak memang tak jenis nak tanya jalan kat orang. Harapkan aku yang dah banyak kali pergi tapi tetap dungu jalan sebab kononnya tak pernah drive. Tapi semalam taklah sesat teruk sangat,agak lancar juga Alhamdulillah.. Lepas melalui saat-saat getir bila tak dibenarkan masuk ke airport(terminal hajj),akhirnya misi hantar makanan terlaksana jua. Aku sepanjang keliling banyak negara kat dunia ni memang tak pernah jumpa satu pun airport yang tak bagi orang masuk kecuali sapa yang nak naik flight sahaja. Dimana logiknya? Bukan ke airport ialah tempat terakhir untuk kita berpisah dan melambaikan tangan kepada mereka yang nak musafir? Sungguh tak faham! Tapi sebab ...

Katering oh meriahnya!

Cara buat tajuk tu nampak sangat dah kehabisan idea takde arah nak bagi tajuk apa! Bermula awal tahun ini Tuhan hadiahkan projek katering supply makanan untuk jemaah umrah sampai tak menang tangan. Kalau awal-awal bertapak diHaramain ni dulu paling ramai pun 20-40 orang. Tapi sekarang dah jadi sampai 600orang dan makanan perlu dihantar ke 5buah hotel. Itu belum termasuk lagi kenduri yang akan dibuat di Chalet NM,lengkap dengan pakej teater muzikal. Rasa bahagia sangat tengok wajah-wajah para jemaah yang senyum kepuasan mendapatkan halwa mulut dan telinga. Disamping turut terhibur dengan perkara-perkara baru yang mereka dapatkan. Bila dah katering membesar macam tu sekali,nampaknya kami pun dapat giliran untuk turun tangan menyumbang saham. Memang seronok kerja ramai-ramai ni dah macam rewang pulak. Dulu duduk rumah tok suka mujahadah kalau orang kampung panggil rewang,tapi sekarang tidak lagi. Huhuu.. Setiap hari kena masak untuk 3kali makan. Hidangan secara buffet,kadang-kada...

Nama saya Iyah

Subhanallah..sungguh teruja melihatkan keajaiban depan mata. Buat pertama kalinya tengok proses penetasan telur burung unta/kasawari/ostrich.. Terasa aku yang bersalinkan dia sebab setiap saat akan menung depan mesin pengeram telur nak pastikan anak kasawari akan menetas dengan sihat dan cergas walaupun tanpa minum milo. Sape-sape yang ke CNM ni akan dapat tengok kasawari versi ketot terkedek-kedek jalan.. Hebatnya Tuhan. Terima kasih atas anugerah terindah ini.. Kami namakan budak kecik ni Iyah sempena nama adik bongsu kesayangan kami..

Telefon hati yang free

Sejak akhir-akhir ni selalu sangat berlaku gangguan letrik kat chalet ni. Sudahlah cuaca semakin panas. Harini je mencecah 54 darjah. Aduii..bahangnyaa Yaallah. Naik Armada pasang aircond pun macam takde hasil. Duduk dalam bilik bukak aircond paling sejuk pun tetap berpeluh. Apa lagilah bila Tuhan uji dengan letrik takde ni. Nak latih untuk pandai syukur dengan ujianlah ni.. Semalam lepas tawaf bawak adik-adik ke maktabah tempat Rasulullah lahir. Ada tulisan disitu yang mengatakan,disini tiada bukti yang kukuh bahawa Nabi dilahirkan disini. Jadi dilarang berdoa atau mengambil berkat. Hm.. Macam-macam cara wahabi buat untuk melenyapkan pengaruh Nabi dimuka bumi. Nasib baik Tuhan jadikan hati sebagai telefon untuk menghubungkan kita dengan roh Nabi yang sangat berperanan dari dulu sampai sekarang. Kalau nak harap apa yang dilihat dengan mata je,memanglah takde apa yang tersisa.  Hebatnya Tuhan pencipta hati. Menghubungkan kita dengan orang-orang kesayangan yang jauh dimata,tidak dap...

Jangan lepaskan tanganku

Ada kesedihan yang tak mampu untuk aku luahkan Ada permasalahan yang tidak ku mengerti untuk menyelesaikan Namun aku yakin sepenuhnya padaMu Tuhan Hanya engkau yang mampu untuk memecah kebuntuan.. Bila aku berhadapan dengan jalan mati,jantungku seakan mahu berhenti Aku toleh kanan dan kiri. Tiada apa yang kutemui Dari jauh ada sinar yang menyinari Yaallah..kau datang menghulur harapan pada hambaMu ini.. Beban ini engkau yang beri Untuk menguji kekuatan iman dihati Ku panjatkan doa sepenuh hati Memohon keampunan,kemaafan dan simpati.. Tuhan..jangan pernah tanganku kau lepaskan Tuntunlah aku terus didalam kebenaran Ku ambil Allah,Rasul dan pemimpin sebagai kekuatan Moga hati,akal dan nafsuku ini terus dalam pimpinan..