Skip to main content

Posts

MUKA TAK MALU!!

Malam ni malam 21 Ramadhan. 21? Yaallah..cepatnya masa berlalu. Macamlah sedar-sedar je aku dah umur 25 tahun. 25? Oh tuhan.. Tahun depan dah 26. Tahun depan lagi 27. Tahun depan lagi 28. Tahun depan lagi..ish..cakap jela lagi berapa tahun udah mau memasuki kepala 3. Bukan maksudnya aku ada 3 biji kepala. Tapi umur tu dah nak berkepala(bermula) 3. :: 25 tahun ni dah buat apa je yang benar-benar bernilai taqwa? Tak ada kan? Sedih.. :: Ramadhan dah tinggal 9 hari lagi ni dah buat apa dah yang sekira-kira layak nak raya? Mana ada. Muka tunduk,menangis.. :: Puasa tak abis lagi baju raya dah bergantung di almari. Pipi merah,malu.. Engkau tak sedar diri ke? Muka tak malu ke? Puasa,ibadah entah kemana tapi nak jadi orang pertama yang beraya!! Tiap tahun pun macam tulah engkau kan? Puasa tahape-hape. Tapi setiap malam raya semangat meredah Masjid India nak cari tudung!! ..... Tuhan..manalah aku layak untuk berhari raya. Sedangkan hari raya itu hanya di syurga. Aku bukan ahli syu...

Hambar blog ku

Hambarnya..dah lama tak selit gambar disetiap post. Gambar yang best lah. Biasanya gambar yang copy paste dari google je. Bukan apa. Sejak hp nokia N82 ku yang begitu disayangi sebab kameranya best,kalau takde lighting waktu malam pun still nampak objek yang dicapture tu,jatuh dalam laut waktu seronok memancing di Albany,telah menyebabkan selera bergambarku semakin hari semakin kurang. Walaupun ada kamera berpixel-pixel milik bersama Generasi Harapan,tetapi tetap kurang berminat. Hasilnya..blog ku suram. Ok..mudah-mudahan minat bergambar akan kembali dalam waktu terdekat ini.

Macamana engkau boleh tanya soalan tu?

Baru ni saya dengar rakaman talk show di radio bincang tentang Kelab Taat Suami. Rancangan tu dah lama dah. Tapi baru la ni cek dapat dengar. Seru abes bak kata orang indon bila dengar diskusi tu. Salut tengok keberanian Dr Azlina menjawab dan sesekali membidas ahli panel yang lain yang bukan calang-calang orangnya. Siap naik tangan lagi tu. Dahsyat. Tapi saya rasa yang lebih dahsyat bila dengar satu kenyataan dari salah satu panel yang berkata pada Dr Azlina,kenapa semua hal nak kaitkan dengan Tuhan? Dia cakap omputih. Lebih kurang gitulah terjemahnya. Ha? ternganga den. Boleh ke kita tanya soalan macam tu? Kita ingat yang kita dok kat bumi ni warisan nenek moyang kita ke? Atuk kita ke yang buat langit tu? Opah kita ke yang bagi nafas? Pakcik makcik kita ke yang bertukang buat laut dengan ombak tu? Saya yang tak sekolah tinggi dalam mana-mana bidang ni pun tau yang tak sepatutnya soalan tu diajukan oleh orang yang mengaku ada sijil besar dalam bidang agama. Assalamualaikum..Ka...

Ramadhan, aku dan mereka..

Masuk je bulan Ramadhan ni rasa teringat sangat kat adik-adik yang sedang berpuasa di Eropah sana tu. Penatnya Ya Allah.. Haritu pernah cuba puasa disana yang siangnya panjang gila memang sesak nafas. Yang Sofwah dari lepas sahur sampai dekat nak buka dia sibuk kumpul macam-macam makanan untuk berbuka nanti kononnya nak balas dendam sebab puasa panjang sangat. Sofwah memanglah macam tu. Dia boleh kata ujian paling berat kat dunia ni ialah puasa. Tengok air masak pun dah menggigil lutut. Moga-moga Tim,Kakak,Mat dan Ajwad berjaya mengharungi sebulan Ramadhan disana dengan baik. Kesian korang. Dahla takde bazar Ramadhan,Mansaf ke,Qatayef apa lagi tongkeng ayam. Moga Tuhan nilai semua pengorbanan yang dilakukan. Ramadhan setiap tahun nampak macam sama,tapi sebenarnya berbeza. Kenapa berbeza? Sebab kita sentiasa berdoa agar setiap Ramadhan yang Tuhan rezkikan untuk kita laluinya lagi diharap dapat membawa peningkatan untuk diri. Takkan lah Ramadhan waktu darjah 3 sama dengan Ramadhan wakt...

Roda kehidupan

Tak semua hal yang berlaku itu 'kena' dengan harapan kita. Kadang ia berlaku jauh menyimpang dari apa yang kita jangka. Itulah takdir namanya. Dan sebagai hamba,kita wajib menerima semua yang telah ditetapkan Tuhan keatas kita. Ada saat terasa dunia bagaikan sedang berputar terbalik bilamana impian kita tidak kesampaian. Dengan kelemahan hati kita sampai sempat mempersoalkan keadilan Tuhan. Dan disaat mendapatkan kembali kesedaran dan kekuatan,kita mohon keampunan dari Tuhan kerana telah bersangka buruk denganNya. Indahnya kehidupan bila dipenuhi dengan warna suka dan duka. Jatuh dan bangun,pahit dan manis silih berganti. Bagaikan roda yang berputar,kita akan berada diatas dan dibawah. Tuhan maha adil. Tak selamanya dibiarkan kita berada disana,kerna sesekali dia kan membawa kita kesini. Tuhan..aku disini. Kembali padaMu membawa kepingan hati yang hancur mengharapkan kekuatan dariMu agar hati ini bisa kembali menyatu dan bertambah padu. Mana mungkin aku mampu untuk mela...

7 hari,7 negara.. gila?!

Dah macam Puteri Gunung Ledang minta hantaran pulak semuanya serba 7. 7 dulang hati nyamuk,7 tempayan.. 7 ape ntah lagi. Kalau zaman sekarang ni,memang mati pun tak kawin pasal hantaran memang mematikan. Ok..sebut pasal hantaran,aku baru je baik demam pasal gagah meredah asap + habuk kat Jakarta semata-mata nak beli barang hantaran perkahwinan adik tercinta Humam dan isteri Liyana. Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Moga kekal sampai bila-bila. Kalau nanti gaduh-gaduh ingatlah betapa susahnya kakakmu ini sampai setengah mati nak pastikan majlis kome berjalan lancar,sila berhenti bergaduh! Hehe.. Muqaddimah kecundang! Dalam pada terselit rasa fobia nak mengharung naik kapal terbang lepas banyak kali kapal terbang yang aku naiki bergegar(padahal penumpang lain + pramugari relaks je) aku rasa macam mimpi bila Tuhan telah membuatkan aku merentas 7 buah negara dalam masa 7 hari. Yaallah.. terasa sangat kebesaran Tuhan dengan 'kun fayakun nya' Aku start balik sorang-...

Sedangkan mulut tempayan pun boleh ditutup..

Bila difitnah,dihina,dicaci maki,diaibkan ada juga terasa geram dihati. Tetapi bila sudah semakin sering dilemparkan dengan segala macam kejian terasa geli pula hati. Kerana kadang-kadang apa yang dilemparkan itu bukan sahaja jauh panggang dari api tetapi jauh bagaikan langit dan bumi. Lucu bila memikirkan agaknya bagaimanalah cerita karut ini boleh sampai dijadikan topik utama dikalangan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa apa yang mereka keluh kesahkan itu tiada langsung kebenarannya pasti mereka akan menepuk dahi dan berkata,buang masanya..! Belajar dari Ayah yang tidak pernah mengambil kira cacian orang padanya membuatkan kami juga bagaikan diberi kekuatan untuk menghadapinya. Tuduhan yang mengatakan kita hanya mengecapi kesenangan hidup itu dinafikan oleh mereka yang melemparkan tuduhan itu sendiri. Buktinya..senangkah hidup seseorang itu bila kerap kali ditodong dengan pelbagai hinaan? Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari segala dosa,setiap caci maki yang dihamburkan d...