Skip to main content

Posts

Sedangkan mulut tempayan pun boleh ditutup..

Bila difitnah,dihina,dicaci maki,diaibkan ada juga terasa geram dihati. Tetapi bila sudah semakin sering dilemparkan dengan segala macam kejian terasa geli pula hati. Kerana kadang-kadang apa yang dilemparkan itu bukan sahaja jauh panggang dari api tetapi jauh bagaikan langit dan bumi. Lucu bila memikirkan agaknya bagaimanalah cerita karut ini boleh sampai dijadikan topik utama dikalangan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa apa yang mereka keluh kesahkan itu tiada langsung kebenarannya pasti mereka akan menepuk dahi dan berkata,buang masanya..! Belajar dari Ayah yang tidak pernah mengambil kira cacian orang padanya membuatkan kami juga bagaikan diberi kekuatan untuk menghadapinya. Tuduhan yang mengatakan kita hanya mengecapi kesenangan hidup itu dinafikan oleh mereka yang melemparkan tuduhan itu sendiri. Buktinya..senangkah hidup seseorang itu bila kerap kali ditodong dengan pelbagai hinaan? Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari segala dosa,setiap caci maki yang dihamburkan d...

Kelab Taat Suami ~ 18sx ke?

Terasa macam duduk dalam gua bila tak boleh nak aktifkan blackberry di Perancis. Nak kena kontrak setahun,akaun bank tempatan dan segala macam hal lain yang sangat merenyahkan. Rasa nak jumpa je ketua bahagian perhubungan Perancis ni untuk menyatakan kekesalan bilamana tak boleh nak berhubung dengan orang-orang yang tersayang sewenang-wenangnya. Tapi saya sedar bahawa anganan itu hanya sia-sia belaka. Bercakap pasal duduk dalam gua yang telah menyebabkan diri ini ketinggalan macam-macam hal,rasanya memang bertambah-tambahlah ketinggalannya bila baru sekarang nak tulis pasal Kelab Taat Suami yang baru-baru ini heboh diperkatakan. Awalnya tidaklah terbersit diminda untuk sampai memblog kan KTS itu. Tapi bila melihatkan berbagai komen yang membina dan tak membina langsung yang dilemparkan masyarakat terhadap kelab yang kontroversi itu,saya terus rasa nak join depa dalam melontarkan pandangan. Walaupun pandangan orang macam saya ni tidaklah begitu dihiraukan,tapi.. terpulanglah kan. Nak ...

Bila nak matang?

Selesai solat Isyak dan Maghrib jamak takhir malam ni aku nekad untuk mencoretkan sesuatu di blog. Bingung juga.. Tak tau nak tulis apa. Tengoklah nanti apa yang keluar. Memandangkan waktu subuh hanya tinggal lagi lebih kurang 2 jam setengah,aku memutuskan untuk tidak tidur. Takut tak terbangun sebab alang-alang sangat nak tidur pun. Ok.. silalah update blog. Dah naik renyah tengok blog tak gheti-gheti nak update. Sambil layan gambar-gambar yang memenuhi external hard disk aku ni,ada satu hal yang selalu bermain difikiran aku niha. Ada juga beberapa persoalan tentangnya yang belum terjawab. Iaitu terkait dengan kematangan. Bukan nasi dah matang atau buah itu sudah matang. Tapi apa yang aku serabutkan ialah tahap kematangan manusia. Aku dah pernah tulis pasal menatang matang ni sebenarnya,tapi sebab sampai sekarang tak habis fikir lagi,jadi memang nak kena tulis lagilah gamaknya. Sebenarnya bila tahap umur matang manusia tu ye? Lepas baligh boleh terus matang ke? Tapi apasal aku ...

Jam 1 pagi- St Etienne, Perancis

Gelapnya bilik ni. Semua orang dah tidur. Keletihan melewati hari yang cukup panjang,penuh dengan nikmat dan pengalaman yang Tuhan anugerahkan. Dari Kota St Etienne,Perancis.. Mata belum mengantuk. Entah kenapa. Mungkin kerana kerinduan. Rindu pada semua yang sedang berjauhan. Adik-adik di Jerash yang rajin jenguk blog ni dan warga Masjidil Aqsa yang marah bila dah lama tak update. Kami semua rindu. Pagi tadi Mamat dan Bokah merintih-rintih kerana rindukan Jordan. InsyAllah mereka akan menjadi pembuka projek islam seterusnya di Eropah. Amin.. Tuhan ciptakan hati penuh dengan misteri. Hatta empunya diri tidak mampu menebak apa gelombang yang akan dirasakan seterusnya. Berubah keadaan,berubahlah ia. Eropah..kembali membawa jutaan rasa yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hidup hanya didalam kereta,berpindah dari kota ke kota. Nikmat dan ujian sama dirasa. Panjatkan syukur untuk yang Maha Pencipta. Doakan kembara ini dapat membuahkan sesuatu yang cukup besar untuk perubahan ...

Makan nasi dalam bekas t**k ayam

*** Tulisan ni dah lama ditulis,tapi baru sekarang nak post- Satu cara nak update blog bila dah tak sempat sangat ^^ Kalau anda sedang makan,elok berhenti dulu takut terbayang macam-macam. Maklumlah,manusia ni kuat berimaginasi. Macam saya,tak boleh makan ayam kampung melainkan di Indonesia. Bukan sebab kat tempat lain tak sedap,tapi sebab dulu duduk rumah tok sebelah rumah ada reban ayam. Tiap hari tengok ayam tu beraktiviti,dari depa bangun pagi sampai buang air sebelum tidur malam. Allah..memang tak lalu. Padahal aktiviti ayam kat dunia ni sama je. Bukanlah maknanya ayam kat Indonesia tu kalau nak makan depa pakat pergi foodcourt,buang air kat toilet macam kat Jerman yang boleh flush sendiri siap lap sekali tapi kena bayar 50sen tu. Tapi itulah yang dikatakan imaginasi yang tak masuk akal. Yang nak cerita ni takde kaitan dengan petikan diatas ye. Apa yang nak disampaikan ialah satu perbandingan(berkias macam orang zaman dulu) bilamana kita mencampurkan hal yang baik dan buruk. H...

Dari dapur sampai ke bulan

Saya masih ingat sewaktu salah seorang abang saya berkahwin,waktu tu sekitar tahun 2005,ada satu isu yang timbul yang menyebabkan perbalahan antara kami. Ala..bergaduh kecil-kecilan. Bukanlah sampai jadi macam kat Libya tu. Tapi,kecik-kecik pun,isu tu tetaplah menjadi bahan fikiran saya sampai ke hari ini. Topik yang menjadi perdebatan kami melalui Yahoo messenger(saya berada diJordan dan abang ada diMalaysia) waktu itu ialah,bagaimanakah ciri-ciri wanita solehah itu? Abang berpendirian bahawa,wanita yang baik itu ialah isteri yang pandai menguruskan suami,anak-anak dan hal ehwal rumahtangga dengan baik. Tempatnya pula adalah dirumah/didapur,tepat seperti gelaran suri rumah untuknya. Dikepala saya terbayang seorang wanita cantik,ayu,putih,sedang bersanggul,berkain batik,tangan kanan mengendong anak,dan tangan kiri mengacau gulai diatas dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta suami,dia akan bergegas lari mendapatkan suaminya,salam,dan menguruskan pula makan minum pakai suaminya. Sedangkan...