Skip to main content

Posts

Makan nasi dalam bekas t**k ayam

*** Tulisan ni dah lama ditulis,tapi baru sekarang nak post- Satu cara nak update blog bila dah tak sempat sangat ^^ Kalau anda sedang makan,elok berhenti dulu takut terbayang macam-macam. Maklumlah,manusia ni kuat berimaginasi. Macam saya,tak boleh makan ayam kampung melainkan di Indonesia. Bukan sebab kat tempat lain tak sedap,tapi sebab dulu duduk rumah tok sebelah rumah ada reban ayam. Tiap hari tengok ayam tu beraktiviti,dari depa bangun pagi sampai buang air sebelum tidur malam. Allah..memang tak lalu. Padahal aktiviti ayam kat dunia ni sama je. Bukanlah maknanya ayam kat Indonesia tu kalau nak makan depa pakat pergi foodcourt,buang air kat toilet macam kat Jerman yang boleh flush sendiri siap lap sekali tapi kena bayar 50sen tu. Tapi itulah yang dikatakan imaginasi yang tak masuk akal. Yang nak cerita ni takde kaitan dengan petikan diatas ye. Apa yang nak disampaikan ialah satu perbandingan(berkias macam orang zaman dulu) bilamana kita mencampurkan hal yang baik dan buruk. H...

Dari dapur sampai ke bulan

Saya masih ingat sewaktu salah seorang abang saya berkahwin,waktu tu sekitar tahun 2005,ada satu isu yang timbul yang menyebabkan perbalahan antara kami. Ala..bergaduh kecil-kecilan. Bukanlah sampai jadi macam kat Libya tu. Tapi,kecik-kecik pun,isu tu tetaplah menjadi bahan fikiran saya sampai ke hari ini. Topik yang menjadi perdebatan kami melalui Yahoo messenger(saya berada diJordan dan abang ada diMalaysia) waktu itu ialah,bagaimanakah ciri-ciri wanita solehah itu? Abang berpendirian bahawa,wanita yang baik itu ialah isteri yang pandai menguruskan suami,anak-anak dan hal ehwal rumahtangga dengan baik. Tempatnya pula adalah dirumah/didapur,tepat seperti gelaran suri rumah untuknya. Dikepala saya terbayang seorang wanita cantik,ayu,putih,sedang bersanggul,berkain batik,tangan kanan mengendong anak,dan tangan kiri mengacau gulai diatas dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta suami,dia akan bergegas lari mendapatkan suaminya,salam,dan menguruskan pula makan minum pakai suaminya. Sedangkan...

Kembalikan Masa ku!!

Sedih. Kehilangan benda yang paling berharga. Masa. Sibuk sangat ke? Kadang bukan sibuk fizikal bergerak kesana kemari dah macam lipas kudung..Tapi akal yang taklah cerdik sangat ni ligat memikir bermacam-macam hal sehingga terlupa dah masuk waktu sembahyang. Astaghfirullah. Hati pula dipenuhi dengan bermacam-macam perasaan yang silih berganti secara cepat macam pintu train di klia untuk boarding,yang buka dan tutup secara laju. Siapa lambat terkepit. Ok..hati memang berkecamuk. Bila 3 unsur yang tuhan ciptakan itu sudah tidak lagi seiring sejalan,maka hasilnya..blog lama tak update. Panjang noo alasan untuk legakan diri sendiri. Tapi tak pernah berhenti berharap agar Tuhan berikan masa yang baik untuk dapat memuaskan hati sambil memenatkan jari untuk berkongsi disini. Buktinya sekarang Tuhan dah izinkan sedikit kelapangan dada,hati dan masa untuk kembali menulis setelah sekian lama hanya mampu mengerling pada laptop yang dah berhabuk. Terima kasih Tuhan untuk nikmat yang dilihat ...

Tuhan lebih tahu..

Tuhan lebih tahu tentangmu dari diriku. Maka,untuk dekat denganmu,aku harus dekat dengan Tuhanku. Kerana Tuhanlah yang memahamkan aku tentang siapa kamu. Aku tidak akan pernah mengenalimu jika bukan Tuhan yang membawamu kesisiku. Aku tidak pernah membayangkan bagaimana bentuk jalan yang akan ku lewati. Semuanya ku percayakan kepada takdir Tuhan yang maha mengaturkan. Aku tidak percaya dengan usahaku sendiri. Sebaliknya Tuhanlah yang memberikan segala yang terbaik yang kudapatkan hari ini. Maha besar Tuhan. Jarak yang sering berada diantara kita itu pun aku kira Tuhanlah yang mengisinya. Kadang aku adukan kepada Tuhan betapa hatiku kerinduan. Ajaib. Tuhan tidak pernah gagal dalam menghubungkan hati kita untuk tidak menjauh. Disaat aku punya banyak sekali hal yang ingin aku ceritakan,padamu,aku minta Tuhanlah yang sampaikan. Dan..setiap itulah aku sering mendapatkan jawapan. Tidak banyak yang engkau tahu apa yang ada dihatiku. Dan aku juga tidak pernah berjaya memberitahumu segala...

Hakim telinga busuk

Waktu kecil dulu kan biasa orang tanya,besar nanti nak jadi apa? Antara cita-cita waktu kecil saya dulu ialah hendak menjadi hakim. Entah macamana boleh terfikir macamtu. Padahal waktu tu bukanlah faham sangat tentang pekerjaan sebagai hakim tu. Tapi biasalah..budak-budak..cita-cita nak gempak je. Sekarang bila dah besar barula tau bahawa bukan senang nak capai cita-cita. Kalau taula macamni,waktu dulu cakap jela cita-cita nak jadi artis ke apa ke.. Yang kuat rasa nak jadi hakim tu tak silap waktu darjah 4 kot. Tapi bila satu hari dengar sape ntah cerita kata,kalau hakim tu tak adil,kat akhirat nanti telinga dia busuk. Erk?! Takutnya..terus dan-dan tak nak jadi hakim dah. Tak ingat dah waktu tu tukar cita-cita nak jadi apa. Pramugari kot! Sedangkan kalau fikir-fikir balik,memanglah setiap amalan jahat akan dibalas dengan azab diakhirat nanti. Bukan hakim je. Kalau kau jadi doktor,tapi tak beriman bertaqwa,sama jekan? Tapi pasal dengar ayat ‘ telinga busuk’ tu yang tak tahan tu. Ras...

Bila lelaki dipoligami

Bukan mudah untuk menjadi pengurus kepada sebuah restoran bertaraf 3 bintang. Lebih-lebih lagi kalau restoran itu dibuka diluar negara dan semua pekerja merupakan warga tempatan atau lebih tepatnya orang arab. Saya tidak memiliki sebarang sijil terkait pengurusan perniagaan. Hanya berbekalkan sedikit kelebihan bahasa arab dan juga sedikit pengetahuan terkait selok belok negara tersebut iaitu Jordan. Cukup mencabar. Tapi kerana saya yakin,kejayaan tidak datang dengan hanya kemampuan kita,tapi yang lebih besar ialah kemampuan yang maha hebat iaitu kuasa Tuhan yang maha mentakdirkan,maka saya ambil peluang ini sebagai satu lagi ‘sekolah’ yang mesti saya tempuhi. Bergelanggang di Restoran Qasr Lubnan membuatkan tiap hari saya termenungkan bahawa upaya kita sangat terbatas. Tuhan lah hakikatnya yang menjalankan semuanya. Kita tidak akan pernah boleh mendabik dada kerana sekali Tuhan cuit sahaja,semuanya boleh lenyap hanya dalam sekelip mata. Saya cukup bersyukur dengan kewujudan pekerj...