Skip to main content

Posts

Seorang Dia..

Dia..yang sering buatku bahagia. Yang sering buatku ketawa. Sering juga aku menangis kerananya.. Dia nun jauh disana. Namun dekat dijiwa. Hidup didalam setiap untaian doa.. Dia..anugerah berharga. Jambatan menuju Tuhannya. Bukan dimiliki,tapi dihargai.. Dia..yang sering mengetar jiwa. Dalam gembira mahu pun berduka. Diingati setiap masa.. Dia..yang sering ku buat kecewa. Bukan niatku,bukan menyengaja. Itulah kelemahanku yang paling ketara.. Dia yang tidak pernah tahu apa yang ada dihatiku. Dia yang jarang ku beritahu apa mahuku.. Dia dekat tapi jauh. Jauh tapi dekat. Moga Tuhan melimpahkan rahmat..

Segalanya bagiku..

Tuhan..aku datang. Aku datang bersama jutaan rahsia hatiku. Rahsiaku bukan rahsiaMu. Rahsiaku kerna aku sendiri tidak tahu. Engkaulah yg maha tahu. Aku bawakan rahsiaku ini padaMu agar kau akan bukakan pula rahsiaMu untukku. Tiada yang tahu mengenaiku sepertimana engkau mengenaliku. Tak seorang pun yang mendengarku seperti engkau sering mendengarku. Aku simpankan semuanya hanya untukMu. Kerna semua itu dariMu. Aku tidak pernah mau punya teman curhat. Kerana aku lebih percaya dgn engkau. Masalahku engkau yang punya. Jadi,biar engkau yang akan menyelesaikannya. Kadangkala terasa ingin berteriak untuk luahkan apa yang terpendam. Bukan kerna tak percaya bahawa engkau maha mendengar. Justeru kerana aku tahu hanya engkau yang mendengar. Tuhan..aku bahagia ketika bersedih. Kerna sedihku biasanya membawa aku dekat denganMu. Walau sakit,namun aku percaya engkau sedang sgt dekat,dan aku bahagia. Aku jarang mendapatkan pilihan yang aku mahukan. Aku sering kau hadapkan dengan dilema yang sukar. Na...

Angin rindu di Eropah..

Diantara hal yg dapat memberi kepuasan didalam diri saya adalah menulis. Tapi kerana bukan mudah utk puas,maka bukan mudah jugalah utk menulis ;-) Entah kerana terlalu sibuk atau malas,saya sendiri kurang pasti. Yang pasti,dikeranakan keinginan menulis itu jarang-jarang bisa tersalur,maka akhirnya saya jadi bermain dengan kata-kata hanya didalam hati. Dan itu juga sebetulnya memberikan kebahagiaan.. Beberapa tahun kebelakangan ini adalah tahun-tahun yang banyak membawa saya terbang jauh dari tanahair tercinta. Selain Indonesia(akhirnya tulisan saya jadi berbaur indonesia),Australia dan kini di Eropah pula. Tuhan maha baik. Dia menguji saya dgn ujian yg kadang-kadang terasa begitu berat,namun setelah itu Dia memberi nikmat kepada saya hingga akhirnya saya melupakan ujian-ujian sebelumnya. Pergiliran antara ujian dan nikmat itu sangat dapat dirasai. Hanya belum ‘sangat’ disyukuri. Eropah..dari Perancis,ke Jerman,melewati Belgium,Belanda,UK dan insyaallah akan ke Turki. Perjalanan kali ke...

Corat coret Perth-KL

Genap sebulan keberadaan sy di bumi Perth,Australia buat kali kedua ini,akhirnya sy pulg ke tanah air tercinta,Malaysia.Kepulangan kali ini diiringi pelbagai rasa.sedih,cemas,takut,harap,syukur,dll.Sy sedih meninggalkan anak2 saudara,adik2 dan kwn2 disana.Gembira krn ingin bertemu kembali keluarga dimalaysia.Takut krn stlh ini ada tanggungjwb yg lbh besar menanti,dan berharap agar tuhan tidak tinggalkan sy sendirian didlm menjalani kehidupn sbg seorang pejuang dimasa akan dtg. Setiap pertemuan,pasti ada perpisahan.Seringkali juga kita berharap disetiap perpisahan,akan ada pertemuan disepanjang usia perpisahan.Namun,harapan kita belum tentu sesuai dgn kehendak Tuhan yg pastinya punya perancangan yg lebih bijak dan jauh lbh baik keatas diri kita.Walau adakalanya apa yg Tuhan lakukan itu tidak menggembirakan kita,namun hakikatnya ia pasti akan memberi kebahagiaan buat kita didunia dan juga diakhirat. Perjalanan Perth-KL dgn airasia yg mengambil masa lebih kurg 5jam stgh terasa lebih pnjan...

Ayahku..Pemimpinku..

Salam.. Dah lama rasanya tak menulis ni..sibuk sgt rasanya-show,teater,bisnes..yg paling sempat nak tulis pun tulis sms je.sikit2 kt facebook.dpt tulis sikit pun dah rasa puas.mcm ada beban didada yg terlepas.. Melancong,jalan2,makan angin,travelling,musafir.. Apapun juga istilah yg disebut org,itulah hobi saya.. Memang antara doa yg selalu dipanjatkan ialah agar dpt selalu bermusafir.. Penat?itulah hiburannya.. Ada juga disebutkan bhw musafir ini antara jalan terbaik utk dekatkan diri dgn tuhan.. Mngikut pengalaman saya,itulah kenyataanya.. Bila berjalan dimuka bumi Tuhan ini,melihat keagungan,kehebatan ciptaan Tuhan,sepatutnya kita akan semakin terkenangkan Tuhan yg telah menciptakan segala keindahan didunia ini sbg bukti kewujudan dirinya.. Masakan kita hanya melihat ciptaanNya tanpa memikirkan sang pencipta? Kejam rasanya kita jika melupakan pemilik segala khazanah kekayaan langit dan bumi,dunia dan akhirat.. Iya..sebagai manusia biasa,sesekali pasti akan melupakanNya.. Maka,Tuhan ...

Usratul 'ajibah..?

Lahir didalam sebuah keluarga yang menjadi tapak kepada perjuangan memberikan saya kelebihan yang sudah cukup untuk membuatkan saya sepatutnya menjadi orang yang lebih bersyukur dari orang lain. Keluarga ini pada saya, kalau pun dianggap keterlaluan bagi sesetengah orang untuk dikatakan ajaib,tapi yang pasti ianya memang unik. Kenapa unik? Ok..cuba sebutkan pada saya sebuah keluarga dimalaysia ini yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dibawah.. - Suami dan 4 orang isteri -34 orang anak dan 4 orang anak tiri -Anak-anak lelakinya juga mempunyai lebih dari satu isteri -Tinggal bersama dibawah satu bumbung dan bersatu didalam sebuah syarikat yang tiada seorang pun terkecuali -Lebih dari 200 orang cucu (akan bertambah lg..) -Hidup aman damai tanpa peperangan (kecuali gaduh-gaduh sayang) Yang diatas tu gambar untuk seorang ibu saja. Yang lain-lain akan diupdate dari masa ke semasa insyaallah.. Jika anda ada maklumat tentang sebuah keluarga lan yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas,let me k...

Dewasa/matang..bagaimana ia dinilai

Terasa bagai semalam aku dilahirkan kedunia. Dari bayi yang merah dan comel (baby semuanya comel kan..),merangkak,belajar bertatih,seterusnya menginjak kealam persekolahan,tadika,sekolah rendah,menengah, hinggalah melangkah ke alam perkahwinan.. '23 tahun'..satu angka yang tidaklah besar jika dilihat sebagai satu umur untuk dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun . Tapi ia sebenarnya adalah satu waktu yang cukup panjang jika diukur untuk sebuah perjalanan menuju ke satu destinasi. Ya..bayangkan aja kalau ada seorang yang telah berjalan kaki selama 23 tahun,mungkin dari Malaysia ke Amerika. Tidakkah ianya satu tempoh yang cukup lama? Kalau di Malaysia ni,mungkin saja dia telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk dan sebagainya kerana kehebatannya yang telah berjalan kaki untuk satu tempoh dan perjalanan yang dikira terlalu panjang. Tapi ini bukanlah titik utama cerita,sebaliknya hanya satu tamsilan bagi menggambarkan perjalanan hidup kita (atau lebih tepatnya saya)didunia ini. Yang ...