Skip to main content

Tersentuh hati

Tak cukup tidur. Terlebih makan. Terlebih jalan. Moga-moga itu adalah keseimbangan yang tidaklah terlalu buruk sebab nak kata baik pun tak taulah. Yang penting hati tenang dan bahagia. Alhamdulillah..

Sedar tak sedar kursus dah tinggal beberapa hari je lagi nak selesai. Itu mengikut jadual asalnyalah. Tak pastilah kalau nanti disambung lagi. Bersedia je dengan sebarang kemungkinan. Kita nak dapat ilmu,Tuhan buka jalan,kita syukur. Selama ni Tuhan banyak bagi ilmu secara tak formal,dari kehidupan,dari pengalaman. Bila nak kena intensif ikut ceramah sampai 6 kali sehari,dengan pelbagai ilmu yang bermacam rupa,dengan penceramah yang berbagai gaya,memang sendat jugaklah otak tu kadang-kadang. Risau terlebih pandai pulak. Hehe.. Apapun,rezki jangan ditolak,musuh jangan dicari. Orang nak belanja sate tongkeng pun kita tak tolak,apa lagilah nak bagi ilmu kan? Wahh.. Ayat aku dah macam ahli usrah surau Annur lah.. Padahal mengantuk sokmo kau dalam kelas. Percayalah.. Mengantuk itu bukanlah termasuk dalam agenda tersembunyi melainkan ianya adalah benar-benar semulajadi. Kalau ngantuk itu merupakan satu konspirasi,tak mungkin fasilitator pun turut tersengguk. Penat,mengantuk,tertidur,itulah watak manusia. Tapi penceramah pun sporting. Kalau mengantuk boleh tidur katanya! Memang Iyah hayati betul cogankata yang satu tu!

Ceramah yang paling menyentuh hati aku setakat ni ialah yang disampaikan oleh Dr Khairul Anuar Mohd berkaitan dengan ilmu quran. Kisah-kisah perihal quran yang diceritakan sangat menarik hati dan membuka mata untuk terus segar. Menitis airmata bila dengar kisah-kisah tentang Rasulullah dan sahabat dan teruja sungguh dengan kisah sejarah wanita yang bercakap dengan ayat-ayat quran. Benarlah quran itu mukjizat teragung Nabi Muhammad yang sangat mampu merubah hati mereka yang benar-benar menekuni lahir dan batinnya. Cara penyampaian Dr Khairul Anuar (rupanya ialah kenalan Abg Am satu masa dulu) yang bersahaja,lemah lembut tanpa ada sindiran tajam melainkan hanya nasihat yang berguna membuatkan aku terfikir,mungkin quran lah yang telah membentuk jiwanya begitu. Ternyata untuk merubah manusia,hatinyalah yang perlu disentuh dahulu. Ok nampak aku macam mudah taksub. Tidaklah begitu. Hanya menghargai. 

Korang apa kabar? Sihat ye semua? Hendaknya begitulah. Banyak kerja kita lepasni. Harap semua dapat ikhlaskan hati (pinjam ayat penceramah). 

Cukup dululah ye. Kalau ada mood aku sambung. Anggaplah aku ialah blogger ikut mood. Tidak fulltime tidak juga part time. Tapi korang memang pembaca budiman. Tenkiu. Selamat malam. Salam.

Comments

Anonymous said…
as salam..kak olah ..bubuh laa gmbr..lame akk x bubuh gmbr kt blog..nk tngok suasane akk semue kt sane..
Anonymous said…
Assalamualaikum,Khaulah..Moga sihat sentiasa.Boleh x ana nak dptkn cara utk beli album@ mawaddah dan seangkatan dengan mawaddah?Mohon reply di momajh@ymail.com
Anonymous said…
Alhamdulillah.... sy sgt tertarik dgn penulisan k.olah... seronok bila membacanya.... teruskan menulis ye k.olah...
-Razman Inheart.

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...