Skip to main content

28 : Antara hidup dan mati

Ulang tahun ke 28. Semakin tua. Tua. Makin dekat dengan kematian. Apa saja yang sudah aku siapkan?

Kematian sepatutnya disiapkan sebaik saja kita dilahirkan. Kerana Tuhan menciptakan kehidupan itu ialah untuk kematian. Hanya kita yang sering melupakan.

Abuya Ummu melahirkan aku bersama doa dan harapan agar aku menjadi manusia yang paling cerdik kerana terlalu banyak mengingati kematian. Bila kematian tidak pernah dilupakan,maka bertungkus lumuslah dibuat persiapan. Persiapan paling indah untuk bertemu Tuhan. Dan ayah ibu ku itu jugalah yang mengajarkan untuk mendapatkan kematian yang berjaya.

Aku bahagia didetik pertama mengenangi saat penuh bermakna ini,aku dapat bersendirian bersama Tuhan yang telah mengizinkan aku lahir untuk kemudiannya aku mati. 

Wahai Tuhan,apa perlunya aku membesarkan diri dihari lahirku ini? Walhal disaat ini ibuku sedang berperang diantara hidup dan mati. Sebaik saja Kau selamatkan aku untuk lahir kedunia,tak tergambar bagaimana kesyukuran yang ibuku panjatkan dan dihari ini wahai Tuhan,muliakanlah ibu dan ayahku dengan semulia-mulia darjat disisiMu.

Entah aku sempat atau tidak untuk berterima kasih lagi padaMu diulangtahun ke 29 ku kelak,walhal hanya untuk sekejap lagi saja aku tidak tahu apakah nafasku dapat ditarik dan dihembus seperti biasa.

Besarkanlah Allah Rasul wahai diri. Itulah sebesar-besar keselamatan dunia akhirat sebagai hadiah yang bakal dirimu perolehi. Semoga.. Amin

P/s: Alfu syukran atas semua doa dan ingatan dari kawan-kawan. Moga Tuhan tunaikan juga segala hajat dan permintaan kalian..

Comments

Anonymous said…
tq ats ingtn utk hri lahir brsme..smg Allah takdirkn sgl kebaikan utk kita dunia Akhrt!!
Anonymous said…
Selamat hari lahir ye k.olah..:)
kittyLady84 said…
Olahhh im so sorry i forgot important day of the year...your birthday! :'(
Just wanna let you know im so lucky to have such a great friend like you...Love you always for Allah's sake ♥
Kak hajar.. Takpe jelah! Doakan sy bila2 pun bole kan? Syg k hjr ketat2 ;-)
Anonymous said…
Happy delated 28th MILAD 2 our beloved 'IBU KHAULAH Attamimi' Hope we all see U in Pekanbaru....
Anonymous said…
bila nak ......?

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....