6 tahun lepaskan,hari nilah Angah tengok susahnya Mama nak lahirkan Nab. Lama Mama tahan sakit. Panjang doa Jad Jaddah moga Mama dan Zainab dua-dua selamat. Alhamdulillah.. Lepas beberapa jam,lahirlah Zainab. Terima kasih Tuhan. Terus Baba bagi nama 'Zainab' sebab waktu tu Baba sedang ziarah makam Saidah Zainab. Jad pula tambah Attamimiah Almadaniah. Zainab Attamimiah Almadaniah binti Mahmud.
Nab,
Ingat ke waktu umur Nab 3 tahun,waktu tu kita duduk Jordan dengan Mama dengan Alang,Atam,Mandak,Pak Teh,Mak ude,Pak Njang,Pak Ude,Cik Bokah,Acu kurus Acu gemok,kakak-kakak banat,abang-abang banin semua? Baba je takde. Selalu Zainab tanya,
" Baba mana? Zainab rindulah. Semua orang ada Baba. Zainab je takde. Tapi takpelah,Zainab ada Jad "
Pandai Nab jawab sendiri.
Sesekali Nab call Baba Nab cakap,
" Baba keif halak? Ana bintak ya Baba.. "
Kuat Zainab jerit!
Nanti Baba jawab,
" Na'am.. Na'am.. Tob'an "
Bila Zainab tengah menyusu,Angah Alang selalu nyanyi lagu ' Madinah Madinah ' nanti mesti Nab sambung,ooo oooo.. Sukanya Nab dengan Madinah sebab Nab tau Baba orang Madinah.
Waktu pergi Madinah,setiap hari Nab minta Pak Nur bawa Nab naik kereta dan lalu depan villa Baba yang terletak hampir dengan rumah Jad kat sana. Selagi Pak Nur tak lalu,selagi tulah Nab merayu. Angah tau Nab rindu..
Umur 5tahun Jaddah suruh Nab duduk Mekah dengan makcik-makcik. Mama kena balik Jordan. Nab mesti terkejut kenapa Jaddah pisahkan Nab dengan Mama kan? Tapi lepastu Angah tengok Nab faham sendiri kenapa perpisahan ini perlu. Walaupun pernah Nab tanya,
" Angah,sampai bila Zainab kena kuarantin? Sampai akhirat ke? "
Yelah.. Kita semua kena kuarantinkan nafsu sampai selamat diakhirat. Moga Zainab jadi anak pejuang.
Bukan Angah tak pernah nampak Nab nangis pelan-pelan dalam selimut sebab rindu Mama Baba. Angah taulah sangat. Angah pun sedih. Tapi Angah tau Nab faham. Angah selalu dengar Nab cakap kat Mimah,
" Mimah jangan nakal-nakal.. Kena dengar cakap Ummi. Nanti kena pisah dengan Ummi macam Zainab,nak ke? Kalau tak nak,kenalah muaddabah (beradab)! "
Siapa yang ajar Nab cakap macamtu? Tuhanlah yang ajarkan?
Nab tau tak kenapa Tuhan takdirkan Zainab terpaksa susah macamni sekali? Jauh dari Mama Baba. Sedangkan Nab kan kecik lagi. Sebab.. Bila hati kita susah,kita mudah dapat Allah. Cuba Nab tengok waktu Nab duduk dengan Mama,manjanya.. Mengada-ngadanya.. Tapi bila jauh dari Mama,terus je matang macam orang tua! Betul tak?
Harini harijadi Zainab. Tanpa Mama tanpa Baba. Kalau Mama ada mesti Mama belikan kek besar,hadiah besar. Lebih baiklah Mama takde. Biar Zainab sambut harijadi dengan Tuhan. Biar Nab rasa takde sesiapa tapi cukuplah Nab tau Tuhan ada bersama..
(Aku cemas kalau Zainab dijaga oleh orang yang tidak tahu bagaimana hendak menatangnya. Janganlah Zainab dimanja-manja. Cukuplah sekadar beri kasih sayang padanya,jangan sampai berlebih-lebihan pula. Rosak nanti dia.)
Moga Tuhan jaga Zainab selalu..
Tolong Tuhan lindungi Zainab setiap waktu..
Jadikan Zainab seperti yang Jad dan Jaddahnya mahu..
Selamat ulangtahun yang ke6 buat Zainab Attamimiah Almadaniah bt Mahmud. Moga panjang umurmu. Bertambah kuat hatimu dengan Tuhan yang tidak pernah sedetik pun jauh dariMu..
Angah
24 Julai 2013
Comments
-KhadamWasilah-
Zainab , rohnye begitu matang :)