Skip to main content

PENGUMUMAN PENTING!!

Pengumuman pengumuman pengumuman!! (Nada kecemasan bangunan terbakar)

Patutnya lama dah buat pengumuman ni,tapi asyik terlupa. Tapi teringat balik bila ada orang baru tanya ni.

Baiklah.. Untuk pengetahuan para pengguna facebook sekalian,saya sudah beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi terlibat dengan facebook. Samada aktif di akaun sendiri,atau stalk akaun orang,atau buat akaun guna nama lain lepastu komen di page orang,atau minta sesiapa tolong wakilkan saya di facebook... Tidak sama sekali!!! 

Kalau anda terjumpa akaun atas nama saya yang aktif,sesungguhnya itu bukanlah saya. Dan saya juga sama sekali tak terlibat dengan akaun atas nama fb mawaddah mahupun mana-mana akaun yang lain! Harap maklum.

Kepada yang menguruskan akaun fb mawaddah itu (saya pun tak pasti siapa) saya ucapkan terima kasih jika tujuan anda untuk mempromosi lagu-lagu ketuhanan. Moga Tuhan sentiasa bersama. Namun kalau ianya memberi kesan negatif,sebaiknya kita gunakan saja medium lain untuk kerja-kerja mempromosi.

Baiklah.. Itu saja dari saya Khaulah Ashaari. Sekian terima kasih. Mohon maaf zahir batin..


Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah krn penjelasan ni...tp sape admin Fb Mawaddah sebenarnye? Dr gaya tulisan...berita dn pkembangan yg dibawa mcm dia di kalangn adik beradik khaulah sendiri..boleh dpatkn kepastian?
Tidak ada dikalangan adik beradik sy atau kwn terdekat yg trlibat dgn fb mwdh trsebut. InsyAllah untuk perkembangan Generasi Harapan kami akan buka akaun twitter dan instagram. Trmksh
Anonymous said…
Jgn lupe bg tau ye...sy nk follow.. Kalau x kne tinGgal la jwbnye..◦нê◦нë◦нê◦нë◦нê◦°◦
Anonymous said…
Fb mawaddah internasional nasyid group terbaik hampir 10k fan...
Rosparizal binti Ahmad said…
Tk atas pengumuman tersebut,best sbb dpt perkembangan anak2 Abuya, sbb saya tidak mengalami zaman tu, mcm bestnyer korang di zaman tu dan skrg, tk bnyk atas info2 terkini utk terus berjuang
Anonymous said…
Sye nak add sye nak add....haha...
Anonymous said…
Takpe yang penting FB Mawaddah tu tetap dihati kami semua...sumber dan update promosi semua ada...
are_yin said…
oww ye ke??... Umm mushkil jga ni... k2 xpe ok je... yg penting bka akaun twitter bg tau eah.. syuqran k.khaulah di ats infonye.. ;)
Anonymous said…
Uuuuuu
Sarah said…
Kak Khaulah, I'm amazed with how your life being planned by Allah. Sweet sour bitter, everything blended together. Saya baru berjinak-jinak nk berubah ke arah hidup yang lebih diredhai. Penat sangat dengan hidup sekarang ni, x produktive utk islam lansung. Akak ada cadangan terbaik? Sekarang saya pun dah balik duduk Malaysia, merantau di Kedah. Berilah sedikit nasihat (hamba Allah dalam kebuntuan)
May Allah bless our life.
Anonymous said…
Hrp dpt buat pula artikel ttg puasa Abuya.

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a