5hb - Dari Pochan naik bas 2 tingkat singgah Lahar Yooi,Penang jenguk anak-anak sedara yang makin pandai berjuang sebagai penyembelih ayam islam tegar! Lepas tu jalan lagi dan singgah makan malam di Ipoh. Makan kari ayam,sedap.. Tapi pasal dah kenyang sangat makan nasi ayam hainan kat Lahar Yooi tu dah tak boleh nak pegi dah. Nak mintak tapau segan pulak. Takkan nak tapau senyap-senyap. Syukran jazilan ya orang Ipoh... Lewat malam baru sampai BCH Rawang.
Lepas sarapan gerak ke Shah Alam destinasi (show) pertama bersempena perasmian Fried Chicken House meraikan juga anak-anak yatim,asnaf zakat dsb. Nama FCH tu gempak kan? Bentuk resto tu pun boleh tahan. Nak kata boleh lawan KFC tu tak taulah kan. Pasal KFC ada gambar pakcik tua yang legend tu. FCH kena bubuh gambar Sy Azam la kot untuk jadi daya tarik. Rehat dulu di homestay berdekatan,show disebelah malam. Show berjalan baik walau ada sedikit gangguan teknikal. Perlu.. Untuk kekal merasa kesempurnaan hanya dari Tuhan. Lepas show dijamu makan ayam goreng panas-panas sampai kena guna sudu garpu dan juga Nasi Mandy kambing yang berlemak. Sedap.. Tapi tulah. Lepas show memanglah tak boleh nak makan beria. Dapatlah semulut dua. Power! Alhamdulillah.. Kredit untuk semua team penganjur di Shah Alam. Bermula dengan Sy Nasar,Ibu Ju,Mok Jeni moga cepat bersalin,Sy Nazif,masak team dan semua yang berjasa. Tuhan.. Berkatilah mereka..
7hb - Destinasi 2@Seremban 2.
Tiba-tiba je dapat broadcast msg aturcara majlis di Seremban 2. Ada pulak terselit persembahan GH. Aih.. Macamana tu? Tak tau menau pun! Nasib baik dah biasa show terkejut-kejut dengan Ummu sebelum ni jadi bolehlah dikawal perasaan terkejut tu. Dapat rehat sikit pagi tu untuk persiapan show di Seremban pula. Sampai Seremban dah lewat petang. Sesat punya pasal. Terhibur sikit tengok pentas dan pa system macam gempak gile. Macam! Tapi memang Tuhan nak bagitau untuk kekal pergantungan hati dengan Tuhan. Bukan bila tengok pentas dan pa mantap,terus rasa tak payah minta tolong kat Tuhan dah. Hasilnya.. Bengkak kecil hati dengan sound man. Mic tak balance. Kuat perlahan. Bila ditegur,katanya salah penyanyi. Oklah.. Salah kitalah tu. Cuma lepasni kalau nak ambil pa Said,tak nak dah sound man yang tu. Payah bincang. Ummu ingatkan sangat,semua yang nak terlibat dalam menyampaikan mesej besar ini perlu faham dengan tujuan itu. Kalau ada yang tak faham,jadi susahlah. Tapi memang malu dengan layanan orang-orang Seremban. Kenapa ada orang yang terer gila layan tamu eh? Aku kena belajarla.. Sy Fadhil,Kak kayah and team.. Terima kasih sejuta kali.
8hb - Destinasi 3@Tg Malim. Teringat arwah Walidah. Rindu.. Dulu selalu ziarah opah Walidah. Sekarang pula ada Abuya satay house. Sekarang ni depa main nama omputih je! Besarnya signboard dia hah! Moga-moga dapat sambutan yang menggalakkan. Sampai je ASH ni dalam keadaan perut lapar yang teramat sebab tak makan tengahari lagi. Terujanya tengok sate sedang dibakar guna gas lagi. Ada rasa sangsi.. Sedap ke? Asli ke? Tapi rasa memang macamni ha (sambil angkat 2 ibu jari tangan). Selalu tu pergi rumah terbuka raya ada orang hidang sate lepastu kena berebut-rebut tak cukup. Tapi majlis kat ASH malam tu memang sate melimpah ruah kesana sini. Antara nikmat terbesar akhir zaman jugak nih. Aku memang penggemar sate. Cuma.. Sebab sate di ASH ni mementingkan kesihatan,maka lemak sana sini tu tak dapat dilihat sangatlah. Aku kalau sate,lemak tu syarat sah sedap. Tapi sebab dagingnya lembut,ayam pun segar.. Layan.. Ramai betul orang datang. Berkat Sy Harun Taat yang taat lah tu agaknya. Pentas sederhana,pa system pun sederhana. Tapi sebab pakcik yang jaga pa tu sangatlah baik hati,rendah diri,asyik minta maaf je bila mic tak bunyi,maka kita pun senang hati. Takpelah alat tak canggih yang penting hati baik. Tak tau nak ucapkan penghargaan setinggi mana untuk tuan rumah ( Sy Harun,Sy Hamdan,ibu-ibu) atas semua kebaikan. Didoakan agar semuanya sentiasa diredhai Tuhan.
9hb - Destinasi 4@Segambut.
Show pagi. Memang mujahadah bila kena show pagi. Masalah terbesar ialah suara belum panas. Dahlah memang jenis suara second hand tak kualiti sangat. Aduiii... Tapi sebab malam dah nak terawih,maka sianglah yang dipilih. Belum tau apa nak jadi. Serah pada Tuhan.. Jumpa nanti ye..
Kalau nak dilayan mengada-ngada yang ada dalam diri ini maka akan terlayanlah lemau dibadan yang kian menjadi bila 3 malam berturut-turut show di 3 destinasi berbeza + show pagi yang kurang digemari. Namun segala kekuatan,kemampuan,kebolehan itu adalah dari Tuhan dan untuk Tuhan. Maka Tuhanlah yang akan memampukan. Terhibur jumpa ramai orang juga mengubat kelesuan. Malam tadi di Tg Malim rasa macam akan tersengguk atas pentas. Tapi Tuhan bagi kesegaran. Nikmat mana yang hendak ku dustakan?
Kami Generasi Harapan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al mubarak. Kullu am wa antum bi alfi khair. Semoga puasa anda penuh tanpa ponteng bersama meningkatnya roh yang disucikan.
Maaf atas kualiti gambar yang hodoh!
Comments