Ekoran dari post aku tentang solat Abuya tu,aku ada menerima beberapa komen yang semuanya aku hargai. Baik mahupun buruk. At least aku tau yang blog aku ni ada penyinggahnya. Alhamdulillah..
Diakhir zaman orang beragama dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang tepat,ada juga yang ikut fikiran mereka sendiri dengan berbagai bentuk dan cara. Memahami hadis Rasulullah bahawa baginda meninggalkan quran sunnah untuk dianuti,siapa yang ikut keduanya akan selamat itu tidaklah mudah. Aku rasa kalau ianya semudah abc,dunia takkan rosak sampai macamni sekali. Bahkan sebenarnya perbuatan mengajak orang untuk beragama yang tepat dengan mengatakan cukup ikuti sunnah dan quran adalah satu perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab. Sama saja seperti kita katakan pada orang yang ingin memeluk islam,cukup selak quran kau kan temu jawapan!
Quran bukan buku resepi,bukan novel mahupun buku hutang. Quran adalah mukjizat terbesar Nabi akhir zaman dan untuk memahaminya juga perlulah dengan panduan baginda.
Bila aku bawakan kisah sembahyang Abuya,bukanlah bereti aku menafikan keagungan solat Rasulullah. Habis? Bila kita kata bestnya ceramah Ustaz Azhar Idrus.. Apakah kita maksudkan ceramah dia lagi best dari kata-kata Rasulullah? Tidak bukan? Kan? Nabi Muhammad Nabi akhir zaman itu kekallah panutan untuk kita disepanjang zaman. Namun kita ditakdirkan tak dapat melihat Nabi kita dengan fiziknya. Kita tak tau Nabi makan macamana,Nabi tidur macamana,Nabi gelak,Nabi marah.. Kita tak tau. Kita hanya tau melalui kisah-kisah yang kita baca. Membaca sejarah samakah dengan menyaksikan sejarah? Atau setidaknya memahami sejarah! Sejarah Malaysia yang ditulis dalam bahasa melayu,diajar dari darjah satu pun bukan semua orang mampu jadi ahli sejarah. Parameswara,Hang Tuah,Hang Li Po,komunis,apa-apa lagilah tu,tak semua pun mampu kuasai. Sebab tu disebutkan ulama pewaris Nabi. Ulama (sepatutnya) ialah orang yang dapat menyalin peribadi Nabi atau disebut juga bayangan Nabi untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Sunnah Nabi,cara hidup,lebih-lebih lagilah solat! Bukankah solat itu yang mula ditanya kelak?
Maka dalam hal meniru solat Nabi,aku melihat Abuya lah yang mendekati. Mungkin ada orang rasa Ustaz Harun Din,atau ustaz tv9,atau ustaz tv3,tv hijrah ke,Imam Muda ke, mana-manalah. Yang penting,kita yang merasa serba tak tau ni wajiblah mencontohi mereka yang dianggap tahu. Tolak tepilah persoalan taksub fanatik tu. Tak semuanya tentang itu. Kita sedang bahaskan bagaimana nak betulkan solat ni! Solat yang menjadi kayu ukur pada semua amalan lain. Solat pula Allah tak tengok pada kuantitinya,tetapi kualiti hatilah yang diperhati. Aku baru dengar tadi ustazah mana tah syarah kat tv10 (bukan tv sebenar) kata,solat kenalah jaga. Yang wajib tu alhamdulillah lah dah settle,yang sunat pula dibanyakkan. Bestnya ustazah tu. Yang aku ni solat dari kecik rasanya yang wajib pun tak settle settle lagi. Yelah.. cuba bayangkan. Solat tu fizikal je ke tonggak tonggek? Yang tu rasanya semua orang boleh buat. Bila solat jumaat tu banjir masjid sampai terkeluar-keluar kat jalan. Tu kat Masjid Haram tu lagilah belambak. Namun hati belum tentu dapat ikut bersembahyang. Sembahyang bukan syariat lahir,tapi hatilah yang patut jumpa Allah. Kenapa sahabat sembahyang sampai hangit-hangit bau hati mereka? Begitu sekali ketakutan mereka kepada Allah!. Kita solat juga tapi takde apa yang hangit. Bau ketiak berpeluh adalah!! Bila kita solat,tapi tak dapat takut Allah pun macam para sahabat tu,betulke kita solat tu jumpa Allah? Atau kita macam orang pergi istana tapi tak dapat masuk jumpa raja? Kalau orang jumpa raja dapat hadiah macam-macam,kita jumpa raja balik perut lapar. Betulke kita jumpa raja? Cuba kita renung-renung balik. Kenapa ada orang sembahyang,peribadi makin baik,hati makin halus dengan Tuhan,akhlak meningkat,cara hidup fulltime dengan islam. Tapi ada orang sembahyang dan memang majoritinya,lepas solat makin jahat! Sistem islam tak terbangun pun. Tetaplah ikut cara Yahudi. Kenapa? Betulke solat ummat islam sekarang ni memang jumpa Allah? Kalau tak jumpa,bernilai ke solat tu? Ada harga ke?
Persoalan-persoalan inilah yang Abuya Ummu selalu ajak kami fikir. Selalu dibincang-bincangkan. Abuya selalu tanya-tanyakan. Aku belajar agama kat sekolah agama rakyat,tapi dengan Abuyalah baru aku tau kalau nak solat tu selain lafaz niat sebelum takbir,waktu takbir tu hati kena ikut berniat. Mungkin waktu cikgu ajar kat sekolah tu aku tertidur kot. Mujurlah Abuya memang jenis cek sampai kedalam bab solat ni. Kalau tak,sia-sialah solat tak niat! Abuya ajarkan setiap kali lepas solat hati kena takut dan kena rasa bahawa kita hakikatnya belum bersolat. Sebab apa? Yelah.. solat jumpa raja segala raja tapi dalam solatlah kita kurang ajar dengan Tuhan. Janji macam-macam kat Tuhan. Nak hidup matilah,nak lurus hatilah,tapi lepastu mungkir janji! Ape cite? Itulah yang aku belajar dengan Abuya Ummu tentang solat yang aku belum dengar orang lain cakap hal yang sama. Mungkin aku je tak pernah dengar. Sebab tu kalau anda ada guru atau ayah atau mak atau jiran atau suami atau isteri yang memang pakar dalam bab solat ni,silakanlah jadikan mereka tempat rujuk. Contohilah solat mereka. Sebab aku dari kecik duduk dengan mak ayah yang memang bising pasal solat ni. Bukan bising ajak solat saja,tapi bising memikirkan sama apa yang patut dirasakan dalam solat dan apa pula hasil yang patut berlaku setelah solat. Itulah mak ayah aku dari dulu. Benda lain boleh bincang tapi bab sembahyang jangan nak temberang!
Bila aku kata nak contohi solat Abuya,lihatlah itu dari sudut seorang anak yang sangat melihat ayahnya sebagai role model untuk ditiru. Bukankah semua ayah harus begitu? Dan hal pertama yang mesti dijadikan contoh sudah tentulah sembahyang yang merupakan titik tolak segalanya. Kalau susahlah nak faham hal mursyid,lepastu timbul bab taksub fanatik sesat semua tu,cubalah lihat dari sisi positifnya seorang ayah yang sangat inginkan keselamatan untuk anak-anaknya. Ayah yang kecewa bila anak balik sekolah,lambat sembahyang sebab cikgu kata kecik lagi takyah solat. Ayah yang curiga dengan kesucian keluar masuk anak dari bilik air bimbang solat bawak najis dan tak sah. Ayah yang boleh maafkan kalau anak tak lulus periksa tapi akan beri hukuman berat bila anak lalai dalam solat. Ayah yang akan pastikan anak-anaknya mengutamakan solat lebih dari segalanya. Ayah yang tidak menginginkan apa-apa dari dunia ini untuk anak-anaknya melainkan keselamatan kekal diakhirat kelak.
Macam menyanyi kena ada jiwa. Kalau tak,hambarlah kan? Orang dengar pun tak rasa apa. Kita yang menyanyi pun syok sendiri. Aku awal-awal menyanyi dulu memang macam patung. Patung barbie ataupun teddy bear. Bukan kerana aku comel seperti patung-patung itu tapi kerana kejung seperti kayu! Tapi bila dah makin hadam dengan nyanyian ni,dah resap ke jiwa,dah dapat rasa,barulah rasa hidup sikit nyanyian tu. Paling-paling hiduplah kat telinga aku kalaupun tetap kayu ditelinga orang. Hihi.. Nyanyi yang harus hukumnya tu pun,yang allah tak tanya pun suara falseto ke soprano ke tu pun kena ada jiwa. Macam Celine Dion tu,dia bagi salam sebelum nyanyi pun dah meremang orang yang mendengarnya. Itu pasal ada jiwalah tu. Ok celine dion tak bagi salam dalam bahasa arab. Dia cakap omputih je.. Hi..
Lagi satu,bila kita tegas sangat kata kena contohi Nabi ni kan,ok.. Tak payah cakap yang besar-besarlah. Cukup tengok dalam bab berpakaian. Rasanya semua tau yang Nabi ni pakaian dia jubah serban. Tapi berapa ramai yang boleh tiru? Realitinya pakaian kita termasuk yang disebut ulama' sekalipun tetaplah sepesen je dengan Obama. Kan? Sama kan? Pakaian Nabi pun kita tak reti contohi,apa lagilah nak tiru Nabi solat! Lagi berat! Abuya sebelum dibebaskan dari ISA telah diberi kata dua,kalau nak bebas cepat kena buka serban. Abuya kata,kalau macamtu tak bebas pun takpe! Kalau saya tak pertahankan serban ni,generasi akan datang tak akan tau lagi apa pakaian Nabi mereka. Orang macam aku ni,yang tak belajar agama tinggi sangat,bukannya perlu hujah jela-jela hadis quran semua! Tambah pening nanti. Yang aku perlu ialah seorang yang mampu menjadi contoh dalam hal mengamalkan semua ilmu agama yang dikatakannya. Dan bila disebut agama itu ialah rasa,maka orang yang nak dijadikan contoh itu juga haruslah orang yang ada rasa dalam beragama. Nak bagi contoh dalam berpakaian tu pun susah nak cari,apalagilah yang betul-betul dapat menjadi contoh beragama dengan hati!
Ada satu kisah seorang yang dianggap ulama tersohor di Indonesia. Ustaz Ahmad namanya (bukan nama sebenar). Dia akui kehebatan ilmu-ilmu Abuya. Semua buku Abuya dia khatam. Malah dia tiru model kampung islam yang Abuya buat di Sg Penchala. Aku pernah pergi tempatnya tu. Tapi dia tak boleh terima kepimpinan Abuya. Katanya dia juga layak memimpin. Silakan. Memang masyarakat perlukan ramai pemimpin. Lebih lagi Indonesia tu besarkan. Antara yang ditiru lagi dari Abuya ialah poligami. Poligami itu datangnya dari Allah Rasul tapi semua pun tahu Abuya adalah pejuang poligami. Apa yang berlaku sudahnya ialah poligami yang diamalkan Ustaz ini dianggap gagal. Bukan saja masyarakat melihat ianya gagal,malah isteri pertamanya sendiri datang jumpa Abuya meluahkan kesedihan terhadap apa yang berlaku pada poligami mereka. Walhal Ustaz tu bacalah sangat buku manisnya madu yang Ummu tulis tu! Itu yang dia semangat nak tiru sebab dalam buku tu memang nampak macam senang! Ye tuan-tuan dan puan-puan. Membaca ilmu itu mudah. Nak tiru lahir batin tu payah. Poligami ni neraka bagi wanita. Nak jadikan ianya sebagai syurga tu kalau bukan Tuhanlah yang pandu,memang neraka sebelum nerakalah jawabnya! Kalaulah nak amalkan poligami itu (atau agama seluruhnya) cukup dengan buka quran,(memang jelas panduan tersurat yang Allah bagi),kenapa poligami ditentang besar-besaran oleh hampir semua wanita islam diseluruh dunia termasuk yang bergelar ustazah,ulama' dan sebagainya? Fikirkanlah...
Comments