Skip to main content

Fb Mawaddah International

Baiklah...
Hasil perbincangan berhala-hala (lebih dari sehala. Bukan berhala cina tu) maka inilah keputusannya..

Fb Mawaddah International kendalian ADMIN Mawaddah itu akan tetap diteruskan memandangkan banyaknya manfaat yang didapatkan melalui page itu. Walaupun bukan personal Mawaddah atau GH sendiri yang terlibat secara langsung,namun segala promosi yang dilakukan adalah bagi pihak kami. Info tentang show,album atau apa-apa aktiviti dimuatkan disitu. Jadi jika anda merupakan salah seorang dari 10k followers page itu,bertenanglah.. :-) Anda boleh terus like page fb tu. Hehe..

Terima kasih diucapkan kepada admin yang sudi mengambil tanggungjawab itu begitu sekali. Juga terima kasih buat semua yang telah sudi memeriahkan dan setia bersama Mawaddah/GH selama ini. Semoga Tuhan terus ditakuti,Nabi terus dirindui.. 

Sekali lagi diulangi untuk pencerahan. Saya peribadi tidak terlibat secara langsung dengan fb tersebut,namun kewujudan fb kendalian admin Mawaddah itu kini dalam pengetahuan kami.

Syukran jazilan buat semua yang berjasa.. Mohon maaf atas segala dosa..

Oh ya.. Sesiapa yang berminat boleh follow instagram kami @generasiharapan.. Ha yang ni GH handle sendiri. Setakat nak tepek gambar apelah sangat kan..

Ramadhan Kareem

Comments

Anonymous said…
Allahuakram...sapekah admin tersebut?
Anonymous said…
Npe xbuat fb GH?
Anonymous said…
Blh x fb mwdh international wt versi twitter gk?bg yg x de fb...sykrn..mzb
Anonymous said…
instagram boleh post video juga. harap generasi harapan dapat post kan lagu2 ketika shows. terima kasih Allah.. terima kasih GH n Khaulah.
Anonymous said…
semoga mawaddah dpt berkembangang ke sluruh dunia . biar mata yang kabur itu trbuka . teruskn usaha .

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b