Skip to main content

Posts

Aku dan Penulisan

Menulis bagi aku bukan sekadar hobi. Tidak juga kerana minat semata-mata. Tapi lebih kepada kepuasan jiwa. Macam makan.. Aku suka makan. Masak lemak cili api,Nasi Air,satay. Boleh makan kat mana pun. Tapi nak puas makan lemak cili api haruslah ke nogori. Mesti gagah untuk memandu ke Kajang mencari satay tembusu idaman hati. Wajib rajin ke Kota Bharu dari Gong Kulim demi semangkuk nasi air! Demikianlah penulisan bagi aku. Tidaklah sepenuhnya tentang itu. Tapi adalah sedikit macamtu.. Menulis diblog tentang rasa hati,pandangan peribadi,tidak aku fikirkan sangat manfaatnya kepada pembaca. Walaupun tetap saja aku berhati-hati melontar kata-kata jangan sampai ada yang terluka. Sikit-sikit tu mintak maaf ye. Tapi tulisan yang aku post kan itu biasanya akan menjadi diari lambang diri dan hati. Maksudnya,bila sesekali aku menyelak kembali lembaran,aku bagai mendapat peringatan terhadap sesuatu yang kadang-kadang telah aku lupakan. Bila tengok balik tulisan 2 tahun lepas,aku insaf dan sedar bet...

MH370 : Sebuah misteri

- Orang kata hati wanita penuh misteri. Misteri yang sangat dalam tak tercapai. Mungkin juga sedalam Lautan Hindi? - Tragedi MH370 kini menambah satu lagi persoalan dibenak setiap orang yang secara serius memikirkan tentangnya. Benarkah pesawat malang itu telah berakhir dengan Lautan Hindi menjadi pusaranya? Sungguh ianya bagaikan sebuah misteri yang tidak sepenuhnya terungkai. Bagai ada sesuatu yang tersembunyi. Bagai ada yang belum disingkap. Jutaan hati yang setia menanti tidak semudah itu dipuaskan. Andai terhempas,dimana serpihannya? Kalau tenggelam,apa buktinya? Persoalan yang sedang ditanyakan dunia.. Ini satu sejarah. Walau pahit,ia kekal menjadi sejarah Malaysia. Akan dikenang,terus dicanang. Ini bukan pertama kalinya ia berlaku. Namun entah kenapa ianya bagaikan tidak pernah berlaku. Pelbagai teori,spekulasi disana sini. Namun jawapan yang tepat belum juga diketahui. Yang pasti,Tuhan sedang mempromosikan dirinya disaat ini. Hati manusia secara mendunia sekelip mata mengakui b...

Mencuba untuk setia

Dihujung hari sebelum lena dibuai mimpi,ada satu hakikat yang selalu aku hadapi. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang setia menanti. Menanti aku datang untuk menyerah diri sepenuh hati.. Sepanjang hari aku sibukkan diri kesana ke mari tiada bertepi. Hingga akhirnya terlupakan kepada kuasa yang mengizinkan aku berdiri bahkan berlari. Mengharap dan menuntun aku segera kembali kepada Dia yang sentiasa disisi.. Adakah percintaan yang bisa lebih aneh dari ini? Kesetiaan yang bertaraf maha yang dicurah disepanjang malam dan pagi. Bahkan tidak pula marah bila dikhianati.. Mengapa Tuhan itu mahu saja dicurangi berkali-kali? Teruslah mencintai kehinaan si hamba yang tidak sedarkan diri ini!  Aku boleh berhibur dengan segala bentuk hiburan yang ada didunia. Namun tika sunyi melanda,hanya Dia yang ada. Dia yang tidak pernah tiada. Selalu ada dimana-mana dan bila-bila.. Engkau tahu Tuhan betapa aku bencikan diriku yang belum mampu setia. Sekalipun terhadap Tuhan yang maha setia. Aku teruslah menda...

Kuasa sebuah doa!

Hadiah buat adikku-Kakak Mubarokah sempena hari lahirnya 4/3,boleh kongsi-kongsi dengan Cikgu ditanggal yang sama dan share jugak dengan seluruh team GH Utara. Kuasa sebuah doa! Doa boleh mengubah takdir. Demikian kata-kata yang pernah aku dengar dari dulu lagi. Namun jujur saja sebelumnya aku bukanlah orang yang percaya dengan kuasa doa. Aku tahu doa adalah senjata,namun usaha haruslah dilakukan juga. Bahkan aku sebenarnya sering melebihkan usaha berbanding doa. Padahal aku dilahirkan oleh ibu dan ayah yang benar-benar menjadikan doa ialah kekuatan utama. Tuhanlah yang akhirnya merubah perasaanku tentang doa itu. Berkat didikan dan asakan Abuya dan Ummu yang sering mengingatkan betapa kita tiada apa-apa jika tanpa doa yang dipanjatkan kepada Tuhan maha segala-galanya. Usaha lahir sebagai syariat itu sudah tentulah dilakukan semaksimum yang bisa. Namun penentunya adalah doa. Kalau kita mendapat kejayaan tanpa berdoa,takut-takut kita merasakan kejayaan itu milik kita! Bahaya! Berdoa ada...

MH370 : The flight that never arrived

Bagi pengidap penyakit gayat melampau seperti aku,saat take off dan landingnya pesawat yang dinaiki setiap kali bagaikan mimpi ngeri. Mata pejam,tangan menggenggam kerusi,hati berdoa tiada henti. Setiap kali terasa malas mendengar taklimat keselamatan oleh pramugari,aku akan gagahkan juga dek kerana terbayang kalau-kalau kecemasan terjadi nanti. Dan bila keluar dari pesawat dengan selamat maka aku hela nafas panjang bagaikan baru terlepas dari mati.  Ternyata aku tidak sendiri merasakan hal ini. Membaca pengalaman dan perasaan krew penerbangan yang pergi kerja setiap hari tanpa tahu apakah mereka akan kembali menambah berat debaran dihati. Menaiki pesawat bererti terputuslah hubungan dengan bumi bagi penumpang biasa seperti kita. Kita tinggi nun jauh diudara,sedang yang dibumi menanti penuh setia. Bayangkan saja bilamana yang setia dinanti belum juga kunjung tiba. Hilang entah kemana. Aku bukanlah selalu sangat pun naik kapal terbang. Nak kata suka pun tidak. Cuma memanglah se...

GH : Krisis Identiti?

Bila Generasi Harapan kembali ke Malaysia dan muncul dengan satu konsep persembahan yang baru,maka berlakulah pro dan kontra dalam hal menerima pembaharuan itu. Ada yang suka,ada yang tidak. Itu lumrah. Macamlah Mawaddah awal-awal dulu,macam-macam isu yang timbul. Suara aurat,pakaian tak sesuai,perempuan tak boleh main drum dan lain-lain lagi. Tapi seiring waktu berlalu,segala yang pelik diawalnya dah mula jadi biasa. Dah makin ramai yang suka. Walaupun yang tak suka kekallah tak suka. Takpelah.. Hati bukan boleh dipaksa.. Maka bila ada yang mempersoalkan Generasi Harapan bersama konsepnya yang terkini,aku optimis saja. Mungkin dah makin tua,tambah matanglah agaknya. Hehe.. Marah pun tidak. Sebab aku rasa aku pun selalu persoalkan sesuatu yang aku tak faham,tak jelas. Siap kritik lagi. Biasalah kan.. Abuya Ummu ajar,kritikan atau kutukan samada membina atau yang menjatuhkan,itu adalah baja. Tuhan yang siapkan semuanya supaya hati boleh dapat dan kekalkan rasa hamba. Kalau selesa saja,T...

Dari Tuhan dan untuk Tuhan

" Iza jaa nasrullahi wal fath. Wa roaitannasa yadkhuluna fi dinillahi afwaja. FASABBEH BIHAMDI ROBBIKA WASTAGHFER. Innahu kana tawwaba.." Indahnya jalan keluar yang Tuhan berikan kepada hamba yang dicipta dengan penuh kelemahan dan kegagalan. Bila mendapatkan kejayaan,puja dan puji lah Tuhan yang hakikatnya telah melakukan. Namun akuilah..hati penuh dengan lintasan. Bertaubatlah bila sempat merasa diri ada kemampuan. Moga Tuhan mengampunkan. Macam nak pecah dada bila Ummu syarahkan tentang betapa pentingnya kebudayaan islam itu dihidupkan dimana-mana. Tahan airmata takut dikatakan manja! Maka kamu diberi peluang untuk melakukannya,kata Ummu. Akal buntu fikirkan macamana nak jayakan show berskala besar ini sedangkan adik-adik dah dihantar kemerata tempat. Sehari-masa diambil untuk menghadamkan kata-kata dan hasrat Ummu. Perasaan bercampu baur diantara bingung dan sedih. Bingung nak buat macamana.. Sedih sebab membuatkan Ummu terpaksa syarah panjang lebar untuk meyakinkan bahaw...