Ditengah dahsyatnya kerosakan masyarakat arab jahiliyah,Allah mendatangkan seorang Rasul yang akhirnya telah memartabatkan bangsa arab menjadi empayar islam di tiga suku dunia. Begitu jugalah disaat dunia kini sudah mencapai tahap kerosakan yang paling sempurna,maka seorang Nabi sangat diperlukan untuk membaiki semuanya. Siapa kata cukup dengan quran dan hadis saja? Sedangkan kehancuran dunia masa kini jauh lebih besar dari apa yang pernah berlaku dizaman jahiliyah pertama dahulu. Memang Nabi tidak akan datang lagi bersama fizikalnya,namun roh Baginda yang merupakan sumber kekuatan itu akan mengiringi kemunculan orang-orangnya. Demikian janji Tuhan dan Rasul terhadap kebangkitan islam diakhir zaman ini. Menjelang senja Pemandangan sekitar Pasar Ukaz Musafir kali ini seterusnya membawaku singgah disebuah tempat yang cukup terkenal dizaman kuno atau jahiliyah dahulu iaitu Pasar Ukaz. Terletak diantara Mekah dan Taif,pasar ini merupakan pasar tradisi yang paling pesat disaat itu. Ti...