Pagi ni aku sembahyang subuh dengan Tok berimamkan Fatim. Tok sembahyang duduk atas 'julus arabi' yang dah bertahun terletak dibiliknya. Tok bentang sejadah putih dan solat sunat sebelum subuh.
Sedang aku wirid lepas solat (sambil menahan mengantuk),Tok datang duduk sebelah aku. "Tok nak duduk kat Khaulah",kata Tok sambil baring diribaanku. Tok menangis. Bergetar badannya dek tangis hibanya. Tangan Tok mengusap-ngusap pehaku.
"Awat Tok?",aku tanya. Hairan tengok Tok menangis.
Tok bangun dan duduk. Basah mata Tok.
"Allah kembalikan anak cucu aku. Aku dah serah semua kat Allah. Sekarang Allah bagi balik kat aku. Kita dah menang. Islam dah menang. Mula-mula dengar Ummu hang nak kena potong tengkok (pancung),Tok cakap kat Allah,aku serah anak aku kat Allah,apa Allah nak buat,buatlah. Siang malam Tok doa tak berenti. Sekarang Allah bawak balik semua. Kalau bukan Allah buat,mana boleh balik semua ni. Allah yg bagi semua. Balik ni nak berjuang untuk islam". Sepanjang cakap Tok menangis.
Aku turut menangis. Ah..aku tak pernah tau sebenarnya apa yang ada dihati tua Tok ku ini. Tuhan rezkikan panjang umurnya. Lebih 100tahun. Terlalu banyak yang telah disaksikannya sepanjang hidupnya itu. Pahit,manis,suka,duka,tawa,tangis.. Siapa yang tahu? Takkan pernah aku menebak apa sebenarnya yang dirasakannya? Sedihkah dia? Senangkah dia?
Sejak hari pertama Tok merelakan Ummu keluar dari rumah pusaka Tok Wan ini untuk ikut Abuya berjuang ke serata dunia,Tok dan Ummu telah serahkan semuanya kepada Allah. Walau kedua hati anak beranak itu hancur luluh. Bayangkan..Terpaksa berpisah tanpa tahu entah bila kan kembali bertemu.
Setelah 20tahun terpisah, (melewati siri berpisah dan bertemu berkali-kali) Ummu akhirnya kembali kerumah ini dan bermulalah hidupnya islam di Kampung Temalang yang telah Abuya tukar namanya kepada Kampung Terbilang. Bahagianya hati Tok. Tuhan kotakan janjiNya untuk si hamba yang sekian lama berdoa dan meyakini bahawa Tuhan tidak zalim kerana memisahkan dia dengan anak bongsu kesayangannya. Ummu kembali dengan restu Abuya yang menjadi 'berkat' terbesar untuk bangunnya islam disini. Rumah yang sekian lama sunyi sepi bak kata orang kampung pada Ummu,"mak hang duduk dengan hantu" kini bertambah meriah. Ada surau yang tak pernah sunyi dari selawat. Ada remaja yang setia menceriakannya.
Dan kisah ini menjadi saksi untuk cucu-cucunya kini bahawa jangan pernah takut untuk serahkan hidupmu kepada Tuhan. Kau akan saksikan bagaimana Tuhan bertindak keatasmu. Tuhan bahkan akan mampu untuk membahagiakanmu dengan cara yang tak pernah engkau duga.
Moga panjang umurmu Tok ku Embun Binti Awang.. Moga berkat dan rahmat Tuhan sentiasa mengiringimu..
P/s: Tok selalu cakap,aku ni anak laki Ummu. Entah kenapa Tok cakap macamtu. Apakah muka aku ni macam laki? Atau badan besar macam laki? Moga aku dapat kekuatan berjuang lebih dari orang laki. Chehh.. Amin..
Comments
-KhadamWasilah-
Janji Tuhan itu benar,
Reaksi dan responNya sentiasa Berhikmah,
segala perancangan dan Natijahnya cukup besar,
Subahanallah....
Terasa sungguh seperti daku bersama kalian semua....
Semoga Allah sentiasa Meredhai hati-hati pejuang agamaNya....
Amin....
Kami yg baca pon nangis...abuya tlng jdkan hidup mati kami utk Tuhan dan utk islam...