Skip to main content

Tok ku Embun Awang

Pagi ni aku sembahyang subuh dengan Tok berimamkan Fatim. Tok sembahyang duduk atas 'julus arabi' yang dah bertahun terletak dibiliknya. Tok bentang sejadah putih dan solat sunat sebelum subuh. 

Sedang aku wirid lepas solat (sambil menahan mengantuk),Tok datang duduk sebelah aku. "Tok nak duduk kat Khaulah",kata Tok sambil baring diribaanku. Tok menangis. Bergetar badannya dek tangis hibanya. Tangan Tok mengusap-ngusap pehaku. 

"Awat Tok?",aku tanya. Hairan tengok Tok menangis.

Tok bangun dan duduk. Basah mata Tok. 

"Allah kembalikan anak cucu aku. Aku dah serah semua kat Allah. Sekarang Allah bagi balik kat aku. Kita dah menang. Islam dah menang. Mula-mula dengar Ummu hang nak kena potong tengkok (pancung),Tok cakap kat Allah,aku serah anak aku kat Allah,apa Allah nak buat,buatlah. Siang malam Tok doa tak berenti. Sekarang Allah bawak balik semua. Kalau bukan Allah buat,mana boleh balik semua ni. Allah yg bagi semua. Balik ni nak berjuang untuk islam". Sepanjang cakap Tok menangis.

Aku turut menangis. Ah..aku tak pernah tau sebenarnya apa yang ada dihati tua Tok ku ini. Tuhan rezkikan panjang umurnya. Lebih 100tahun. Terlalu banyak yang telah disaksikannya sepanjang hidupnya itu. Pahit,manis,suka,duka,tawa,tangis.. Siapa yang tahu? Takkan pernah aku menebak apa sebenarnya yang dirasakannya? Sedihkah dia? Senangkah dia? 

Sejak hari pertama Tok merelakan Ummu keluar dari rumah pusaka Tok Wan ini untuk ikut Abuya berjuang ke serata dunia,Tok dan Ummu telah serahkan semuanya kepada Allah. Walau kedua hati anak beranak itu hancur luluh. Bayangkan..Terpaksa berpisah tanpa tahu entah bila kan kembali bertemu. 

Setelah 20tahun terpisah, (melewati siri berpisah dan bertemu berkali-kali) Ummu akhirnya kembali kerumah ini dan bermulalah hidupnya islam di Kampung Temalang yang telah Abuya tukar namanya kepada Kampung Terbilang. Bahagianya hati Tok. Tuhan kotakan janjiNya untuk si hamba yang sekian lama berdoa dan meyakini bahawa Tuhan tidak zalim kerana memisahkan dia dengan anak bongsu kesayangannya. Ummu kembali dengan restu Abuya yang menjadi 'berkat' terbesar untuk bangunnya islam disini. Rumah yang sekian lama sunyi sepi bak kata orang kampung pada Ummu,"mak hang duduk dengan hantu" kini bertambah meriah. Ada surau yang tak pernah sunyi dari selawat. Ada remaja yang setia menceriakannya. 

Dan kisah ini menjadi saksi untuk cucu-cucunya kini bahawa jangan pernah takut untuk serahkan hidupmu kepada Tuhan. Kau akan saksikan bagaimana Tuhan bertindak keatasmu. Tuhan bahkan akan mampu untuk membahagiakanmu dengan cara yang tak pernah engkau duga.

Moga panjang umurmu Tok ku Embun Binti Awang.. Moga berkat dan rahmat Tuhan sentiasa mengiringimu.. 

P/s: Tok selalu cakap,aku ni anak laki Ummu. Entah kenapa Tok cakap macamtu. Apakah muka aku ni macam laki? Atau badan besar macam laki? Moga aku dapat kekuatan berjuang lebih dari orang laki. Chehh.. Amin..


Comments

Anonymous said…
Terbaik
-KhadamWasilah-
Unknown said…
Ya Allah, Sebak dengar kisah ini...
Janji Tuhan itu benar,
Reaksi dan responNya sentiasa Berhikmah,
segala perancangan dan Natijahnya cukup besar,
Subahanallah....
Terasa sungguh seperti daku bersama kalian semua....
Semoga Allah sentiasa Meredhai hati-hati pejuang agamaNya....
Amin....
Unknown said…
​آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين
Anonymous said…
Bukan i.olah ngan i.tok je nangis..
Kami yg baca pon nangis...abuya tlng jdkan hidup mati kami utk Tuhan dan utk islam...
Anonymous said…
Terharunya baca kisah ni, trimakasih I. Khaulah AR..

emi nizam said…
khaulah, boleh citer x persepsi tok n tok wan tu terhadap pjuangan abuya selama ni. apakah pula penerimaan org2 kampung terhadap mereka terutamanya apabila melibatkan isu2 hangat sampai terpapar d media massa selama lebih 20 thn dalam pjuangan tmasuk yg terbaru berlaku d saudi tu. apapun moga tok tu terus d beri kekuatan untuk merasai kebanhkitan daulah dr masa ke masa. insha Allah.
Anonymous said…
Aminnn .. :'( sedih baca , moga dikuatkn jgak hati kmi sperti tok Ar dan sume ank2 A ...
Anonymous said…
olah bila nak kawin. fatm pun bila lagi....imur dah lbih. ada calun ni
:-D lawak je soalan ni..
InsyAllah akan dikongsikan..
Anonymous said…
Mohon keberkatan kepada kedua-dua ibu ini agar kami mendapat keselamatan
Anonymous said…
Oi! Ingt ini ruang cari jodoh ke? Adeyy...
Anonymous said…
Ada komen sy awak x siarkn..mgkn takut pembaca lain berubah hati???
Anonymous said…
Нahah...k.olah dh kawenla...hm, nampaknye k.olah knela tnjuk gmbar..klu ✗ keberatanla.
Anonymous said…
hermm tiap kali baca, tiap kali itulah nangis...entah kenapa..cerita ni sgt myentuh hati...
Anonymous said…
ibu khaulah nape lame dah tak update..

Yg akn merubah hati itu ialah Tuhan. Manusia tiada kuasa utk melakukan itu. Sy x tkut dgn komen2 org. Hnya sj x nak menambah prpecahan. Klu org nak benci,mrk dah lama benci. Dah lama berubah hati. Akhbar stiap hari menambah kebencian. Tetapi krn hati itu milik Tuhan,maka wlu apapun cerita negatif yg didgr,tetap saja ada yg brtmbh syg.. :-)
Unknown said…
hampir menitis Air mata membaca.. begitu Kuatnya hati seorg ibu bt anaknye.. maha pengasihnya Allah... kasih syg Abuya... Allahuakhbar... :'( terima kasih I.Khaulah sudi berkongsi disini.. Meraih kasih sayang Bersama...
Anonymous said…
Hebatnye hati yg hidupnye bersama Tuhan. Itulah tanda hati yg selamat sejahtera. Moga kita akan memiliki hati seperti Tok AR.
Unknown said…
Menyentuh perasaan seorang remaja yg selalu berjuang utk islam......mengharap dpt pelbagai rasa atau perubahan dlm diri ini utk tingkatkan roh dan cara bergaul dgn masyrakat hasil bacaan drpd ayat seorang ibu yg AllAH Redha Ke Atas nyer ....hamba yg lemah.....terima kasih Tuhan .....
Unknown said…
Menyentuh perasaan seorang remaja yg selalu berjuang utk islam......mengharap dpt pelbagai rasa atau perubahan dlm diri ini utk tingkatkan roh dan cara bergaul dgn masyrakat hasil bacaan drpd ayat seorang ibu yg AllAH Redha Ke Atas nyer ....hamba yg lemah.....terima kasih Tuhan .....
Unknown said…
Menyentuh hati seorang remaja yg akan sentiasa berjuangutk islam......semoga dgn bacaan tad ana dpt pelbagai rasa,perasaaan dan perubahan dlm diri ini......terima kasih Tuhan kerana telah beri ana peluang utk baca blog i.khaulah ini ......

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b