Didalam mengajak manusia,atau dalam bahasa yang biasa digunakan ialah berdakwah,perkara apakah yang paling penting untuk kita lakukan dahulu agar dakwah kita diterima? Kerana tugas mengajak manusia ini tidak mudah. Kalau silap caranya,kita akan dianggap hendak 'mengajar' atau dikatakan konon merasa diri alim. Sudahnya,benda yang baik tapi dikeranakan tidak disampaikan dengan baik,maka orang pun tidak melihat ianya sebagai baik. Tuhan jadikan setiap kita bersama latar belakang yang berbeza. Pengalaman hidup,pendidikan,kesusahan,kegembiraan yang dilalui setiap kita tidak sama. Maka pendekatan atau cara setiap orang juga pastilah berbeza juga. Untuk mendapatkan (perhatian) manusia,kita perlu mendapatkan hatinya terlebih dahulu. Untuk mendapat hati,kita perlulah menggunakan hati. Apakah fitrah hati? Mencintai Tuhan adalah satu fitrah. Ia wujud didalam hati setiap manusia,dan manusia sangat senang dengannya. Cuma cara melahirkan cinta kepada Tuhan itu yang berbeza. Mari kita lih...