Mengambil sempena hari terakhir ditahun 2012 ini,aku gagahkan jari jemari (yang pendek tak runcing layaknya orang tinggi) ini untuk mengetik discreen touch ipad 2 ku ini. Kian kencang debaran didada bersama lemah longlai lututnya bila dihadapkan Tuhan dengan berbagai peristiwa yang memaksa hati diaktifkan untuk sentiasa terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Melepasi semua kejadian turun naik jatuh bangun yang telah Tuhan tetapkan itu,bagaimanalah hati tidak menyerah dibawah takhta kekuasaan Tuhan yang maha agung dengan segala kebesarannya. Bukankah Tuhan raja segala raja itu pencatur kepada semua yang ada ini? Pernahkah terbayangkan bagaimana gelombang hati Nabi Musa bersama pengikutnya ketika mana dihadapan mereka ialah laut sedang dibelakangnya tentera musuh sedang memburu. Apakah yang mereka rasakan? Bagaimanakah pergantungan hati diwaktu itu kepada Tuhan? Hanya membayangkan saja sudah cukup untuk nafas seakan terhenti,jantung bagai tidak berdegup lagi. Tidak sanggup ...