Skip to main content

Posts

GH : Krisis Identiti?

Bila Generasi Harapan kembali ke Malaysia dan muncul dengan satu konsep persembahan yang baru,maka berlakulah pro dan kontra dalam hal menerima pembaharuan itu. Ada yang suka,ada yang tidak. Itu lumrah. Macamlah Mawaddah awal-awal dulu,macam-macam isu yang timbul. Suara aurat,pakaian tak sesuai,perempuan tak boleh main drum dan lain-lain lagi. Tapi seiring waktu berlalu,segala yang pelik diawalnya dah mula jadi biasa. Dah makin ramai yang suka. Walaupun yang tak suka kekallah tak suka. Takpelah.. Hati bukan boleh dipaksa.. Maka bila ada yang mempersoalkan Generasi Harapan bersama konsepnya yang terkini,aku optimis saja. Mungkin dah makin tua,tambah matanglah agaknya. Hehe.. Marah pun tidak. Sebab aku rasa aku pun selalu persoalkan sesuatu yang aku tak faham,tak jelas. Siap kritik lagi. Biasalah kan.. Abuya Ummu ajar,kritikan atau kutukan samada membina atau yang menjatuhkan,itu adalah baja. Tuhan yang siapkan semuanya supaya hati boleh dapat dan kekalkan rasa hamba. Kalau selesa saja,T...

Dari Tuhan dan untuk Tuhan

" Iza jaa nasrullahi wal fath. Wa roaitannasa yadkhuluna fi dinillahi afwaja. FASABBEH BIHAMDI ROBBIKA WASTAGHFER. Innahu kana tawwaba.." Indahnya jalan keluar yang Tuhan berikan kepada hamba yang dicipta dengan penuh kelemahan dan kegagalan. Bila mendapatkan kejayaan,puja dan puji lah Tuhan yang hakikatnya telah melakukan. Namun akuilah..hati penuh dengan lintasan. Bertaubatlah bila sempat merasa diri ada kemampuan. Moga Tuhan mengampunkan. Macam nak pecah dada bila Ummu syarahkan tentang betapa pentingnya kebudayaan islam itu dihidupkan dimana-mana. Tahan airmata takut dikatakan manja! Maka kamu diberi peluang untuk melakukannya,kata Ummu. Akal buntu fikirkan macamana nak jayakan show berskala besar ini sedangkan adik-adik dah dihantar kemerata tempat. Sehari-masa diambil untuk menghadamkan kata-kata dan hasrat Ummu. Perasaan bercampu baur diantara bingung dan sedih. Bingung nak buat macamana.. Sedih sebab membuatkan Ummu terpaksa syarah panjang lebar untuk meyakinkan bahaw...

Bertemu berpisah

Semalam dapat perkhabaran bahawa Ummu akan agih-agihkan kami Generasi Harapan ni ke merata-rata tempat. Berdebar. Tetap berdebar walaupun tidak pernah sehari pun kami terlupa bahawa bila-bila masa saja kami akan melalui saat-saat ini kembali. Kembali ye. Maksudnya dah get used! Selama ni pun memang duduk jauh-jauh. Mat,Fah,Kakak,Fida',Wadud,Abbad,Kak Atiah di Jerash. Aku,Fatim,Iyah,Adib,Mam,Ajwad,Jun,Abg Faah dan Adik Bar di Haramain. Zahidah pula di Mesir. Jarang dapat berjumpa. Sesekalila yang di Jerash datang Haramain. Itu pun kejap sangat. Sebulan masa bertemu untuk adik beradik riuh rendah ni bukannya cukup. Baru tahun lepas lah dapat kumpul semula. Itupun bukanlah semuanya. Sebahagian je. Dan seelok masuk ke tahun baru,maka kami bakal berpisah semula. Demikianlah sunnatullah.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walau dah terbiasa dengan segala bentuk perpisahan,namun perpisahan bukanlah perkara yang boleh disebut 'alah bisa tegal biasa'. Sebab disetiap kali berlak...

Kuat perasaan

* artikel ni aku tujukan untuk diriku dan juga kaum sejenisku. Terutama buat Kak Izzah yang diingati :-) Tak lupa buat anak-anak sedaraku yang dikasihi. ;-) Penyakit paling sinonim bagi wanita ialah penyakit kuat perasaan. Merajuk,merungut,sedih tak kena gaya,muncung sana sini dan sewaktu dengannya. Macam-macam pula alasan untuk menambah kuatkan lagi penyakit tu seperti datang bulanlah,tengah mengidamlah,tengah pantanglah.. Semua tu dijadikan tiket untuk membenarkan 'kuat perasaannya' itu. Tahukah anda wahai kaum wanita,penyakit yang direkayasa itu berpunca dari jiwa yang lemah. Bak kata orang,'jiwek'. Bila jiwa lemah,itu yang penyakit kuat perasaan menyerang. Macamlah kalau antibodi lemah,mudahlah diserang selsema,batuk,demam dan lain-lain penyakit lagi. Yang lucunya,pengidap penyakit kuat perasaan (KP) ini kadang tu tak sedar kalau mereka sedang diserang sindrom itu. Mereka bahkan merasa wajar-wajar saja. Yang lebih parah ialah bilamana penyakit itu dijadikan perisai ...

Aku dan azam 2014

Dah 2 hari 2013 menutup tirainya. Lepas 2 hari 2014 membuka lembarannya,barulah terdorong hatiku untuk mengenangkan,oh semakin tua rupanya aku. Setahun berlalu,tapi macam biasalah tak terasa. Bila dah tua,buat-buat heran kenapa setahun macam cepat sangat berlalu. Sedangkan waktu kecik dulu aku selalu berharap untuk segera dewasa pada setiap hari.  " kan best kalau setiap hari tu kita naik darjah 2,darjah 3,darjah 4," kataku kepada teman-teman sedarjahku disurau sekolah rendah Sungai Penchala pada satu petang sebelum asar. Yaallah.. Macamanalah aku boleh ingat lagi benda tu? Orang cakap,pelupa tu nikmat sebenarnya. Sebab otak tak semak dengan macam-macam benda. Aku pula berfikir sebaliknya. Percayalah,bernostalgia itu nikmat dan rahmat! 2013 berlalu dengan memberi banyaknya ruang untukku merasa berbagai pengalaman yang tak terfikirkan. Yang paling indah sudah tentulah bila ditahan di Mekah pada Mac lalu dan dibebaskan pada Mei untuk kembali ke tanah air yang telah ditinggalkan...

Rumah Tok : Dulu dan sekarang

Sejak balik dari Saudi dulu,jarang-jarang dapat balik Kampung. Jarang juga dapat menjenguk Tok. Sesekali singgah kalau ada show ditempat berhampiran,itupun kelam kabut dah nak kena balik semula. Sedih juga kadang tu bila tak sampai 24jam jumpa Tok dah nak kena balik. Walaupun Tok tu bukanlah jenis nak suruh tidur bawah ketiak dia. Dah cucu semua gabak mana muat ketiak Tok dah! Tok kata dapat tengok sat pun takpa dah. Lepastu hangpa pi lah berjuang,tolong Ummu hang nak buat islam. Tok doa tak berenti. Dan doa Toklah yang menjadi keberkatan buat kami. Bila Abg Atan kata Hj Saad Langkawi nak ajak show kat kenduri kawin anak dia,maka peluang nak ziarah Tok pun cerahlah. Berangkutlah kami 1 van 1 kereta menuju ke Utara. Terima kasih Tuhan. Haritu konon dapat cuti ke Melaka kejap,itupun dah jakun! Tuhan bagi pula peluang balik kampung sendiri.. Korang la ni pergi rumah Tok bukan main seronok lagi eh! Mana taknya,rumah Tok dah jadi macam resort bak hang! Hosba Valley Resort pun dah gulung tik...

Sekolah

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Tak pernah minat nak mengajar. Entah kenapa. Kerana aku malas belajar kot. Tahlah! Tapi cikgu/guru tak pernah sekalipun masuk dalam list cita-citaku sewaktu kecil dan besar. Aku tak rasa cikgu adalah kerja yang best padahal apalah yang aku tau pasal kerja seorang peguam diwaktu aku tergedik-gedik ingin menjadi peguam ketika masih sekolah rendah. Huh! Takdir Tuhan merubah segalanya. Bila aku try test cuba mengajar bermula di Mekah haritu(rasa macam baru semalam jek) tiba-tiba aku diresapi perasaan,eh eh best jugak jadi cikgu. Eh.. bestlah rupenye! Selain dari aku bebas memarahi anak muridku,yang lebih besar ialah aku boleh belajar banyak benda yang aku mungkin belum tahu. Bila jadi je cikgu,terus timbul keinginan untuk tahu ini dan itu. Rasa bahagia bila boleh berbincang,saling bersoal jawab dengan anak muridku. Bertambah bahagia bila aku boleh kongsikan hal yang mereka tak tahu. Bukan pasal aku tau semua benda,tapi sebab kita boleh cari tau b...