Kewafatan Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dihati salah seorang sahabat Baginda iaitu Saidina Bilal r.a. Kesedihan dihatinya itu membuatkan dia berhenti daripada melaungkan azan, meninggalkan Madinah dan pergi ke Syam. Setelah beberapa tahun berlalu dari hari kewafatan Rasulullah, Saidina Bilal melihat Rasulullah di dalam mimpi. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, "Mengapakah kau bersikap keras sebegini Ya Bilal, tidakkah kau ingin menziarahiku?" Saidina Bilal terjaga dari tidurnya dan terus merancang untuk kembali ke Madinah. Sebaik saja tiba di Madinah, beliau terus menuju ke makam Rasulullah. Saidina Bilal duduk bersebelahan dengan makam Rasulullah sambil menangis, menangis & menangis, mengingati hari-hari indah beliau bersama Rasulullah s.a.w. Bergetar hatinya penuh cinta dan rindu terhadap seorang yang telah memberikan kehidupan dunia akhirat kepadanya. Bagindalah yang telah melepaskan Saidina Bilal dari perhambaan dan memuliakanny...