Skip to main content

Posts

Corat coret Perth-KL

Genap sebulan keberadaan sy di bumi Perth,Australia buat kali kedua ini,akhirnya sy pulg ke tanah air tercinta,Malaysia.Kepulangan kali ini diiringi pelbagai rasa.sedih,cemas,takut,harap,syukur,dll.Sy sedih meninggalkan anak2 saudara,adik2 dan kwn2 disana.Gembira krn ingin bertemu kembali keluarga dimalaysia.Takut krn stlh ini ada tanggungjwb yg lbh besar menanti,dan berharap agar tuhan tidak tinggalkan sy sendirian didlm menjalani kehidupn sbg seorang pejuang dimasa akan dtg. Setiap pertemuan,pasti ada perpisahan.Seringkali juga kita berharap disetiap perpisahan,akan ada pertemuan disepanjang usia perpisahan.Namun,harapan kita belum tentu sesuai dgn kehendak Tuhan yg pastinya punya perancangan yg lebih bijak dan jauh lbh baik keatas diri kita.Walau adakalanya apa yg Tuhan lakukan itu tidak menggembirakan kita,namun hakikatnya ia pasti akan memberi kebahagiaan buat kita didunia dan juga diakhirat. Perjalanan Perth-KL dgn airasia yg mengambil masa lebih kurg 5jam stgh terasa lebih pnjan...

Ayahku..Pemimpinku..

Salam.. Dah lama rasanya tak menulis ni..sibuk sgt rasanya-show,teater,bisnes..yg paling sempat nak tulis pun tulis sms je.sikit2 kt facebook.dpt tulis sikit pun dah rasa puas.mcm ada beban didada yg terlepas.. Melancong,jalan2,makan angin,travelling,musafir.. Apapun juga istilah yg disebut org,itulah hobi saya.. Memang antara doa yg selalu dipanjatkan ialah agar dpt selalu bermusafir.. Penat?itulah hiburannya.. Ada juga disebutkan bhw musafir ini antara jalan terbaik utk dekatkan diri dgn tuhan.. Mngikut pengalaman saya,itulah kenyataanya.. Bila berjalan dimuka bumi Tuhan ini,melihat keagungan,kehebatan ciptaan Tuhan,sepatutnya kita akan semakin terkenangkan Tuhan yg telah menciptakan segala keindahan didunia ini sbg bukti kewujudan dirinya.. Masakan kita hanya melihat ciptaanNya tanpa memikirkan sang pencipta? Kejam rasanya kita jika melupakan pemilik segala khazanah kekayaan langit dan bumi,dunia dan akhirat.. Iya..sebagai manusia biasa,sesekali pasti akan melupakanNya.. Maka,Tuhan ...

Usratul 'ajibah..?

Lahir didalam sebuah keluarga yang menjadi tapak kepada perjuangan memberikan saya kelebihan yang sudah cukup untuk membuatkan saya sepatutnya menjadi orang yang lebih bersyukur dari orang lain. Keluarga ini pada saya, kalau pun dianggap keterlaluan bagi sesetengah orang untuk dikatakan ajaib,tapi yang pasti ianya memang unik. Kenapa unik? Ok..cuba sebutkan pada saya sebuah keluarga dimalaysia ini yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dibawah.. - Suami dan 4 orang isteri -34 orang anak dan 4 orang anak tiri -Anak-anak lelakinya juga mempunyai lebih dari satu isteri -Tinggal bersama dibawah satu bumbung dan bersatu didalam sebuah syarikat yang tiada seorang pun terkecuali -Lebih dari 200 orang cucu (akan bertambah lg..) -Hidup aman damai tanpa peperangan (kecuali gaduh-gaduh sayang) Yang diatas tu gambar untuk seorang ibu saja. Yang lain-lain akan diupdate dari masa ke semasa insyaallah.. Jika anda ada maklumat tentang sebuah keluarga lan yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas,let me k...

Dewasa/matang..bagaimana ia dinilai

Terasa bagai semalam aku dilahirkan kedunia. Dari bayi yang merah dan comel (baby semuanya comel kan..),merangkak,belajar bertatih,seterusnya menginjak kealam persekolahan,tadika,sekolah rendah,menengah, hinggalah melangkah ke alam perkahwinan.. '23 tahun'..satu angka yang tidaklah besar jika dilihat sebagai satu umur untuk dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun . Tapi ia sebenarnya adalah satu waktu yang cukup panjang jika diukur untuk sebuah perjalanan menuju ke satu destinasi. Ya..bayangkan aja kalau ada seorang yang telah berjalan kaki selama 23 tahun,mungkin dari Malaysia ke Amerika. Tidakkah ianya satu tempoh yang cukup lama? Kalau di Malaysia ni,mungkin saja dia telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk dan sebagainya kerana kehebatannya yang telah berjalan kaki untuk satu tempoh dan perjalanan yang dikira terlalu panjang. Tapi ini bukanlah titik utama cerita,sebaliknya hanya satu tamsilan bagi menggambarkan perjalanan hidup kita (atau lebih tepatnya saya)didunia ini. Yang ...

FuRsaH SaieDah :-)

AssaLaMuaLaikuM.. Salam perkenalan dihulurkan buat semua yang sudi menjengah ke laman yang sederhana ini. Ini hanyalah sekadar mencari sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati dan mungkin juga berkongsi ilmu dan pengalaman bersama. Panduan dan nasihat sangatlah dialu-alukan bagi terus mempertingkatkan diri didalam perjalanan didunia ini untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi.. .. Dunia adalah jambatan ke akhirat..

aL-BiDaYah..

Wahai Tuhan yang menguasai langit dan bumi .. Yang memiliki kerajaan dunia dan akhirat .. Dia yang berkuasa keatas setiap jiwa dan segalanya .. Tuhan yang memutuskan semuanya yang disini dan disana .. Pada permulaan ini , ku pohon perlindunganMu didalam menjaga hatiku yang sepenuhnya bukanlah milikku .. Saban waktu ku kesali lintasannya yang penuh dengan nafsu dan semua itu adalah diluar kuasaku .. Kerana itu Tuhan .. Jagalah hatiku agar seluruh hidupku berjalan selari dengan kehendakmu ..