Skip to main content

Halus

Dalam proses kematangan yang aku lalui dalam hidup ni,satu hal yang aku belajar ialah perihal berhalus. Walaupun fizikal kini tidak lagi halus,tapi hati dan sikap perlulah berhalus. Berhalus boleh diertikan dengan dua makna : positif dan negatif. Dalam kata-kata misalnya,berhalus boleh dibentuk menjadi sindiran! Berhalus juga boleh dibentuk menjadi lapikan atau berlapik/berkias dalam berkata-kata. Nampak macam sama,tapi tak serupa! Ingat tu adik-adik,tak serupa!

Disaat umur aku menginjak 18 tahun,semangat waja perjuangan memenuhi dada. Kononnya! Bila aku dan kawan-kawan dihantar ke Eropah,aku lah yang berlagak bagai ketua. Padahal ramai je yang lebih tua. Berhadapan dengan orang arab dan eropah yang berserabut dalam berurusan,darah panas pun membara sampai kepala. Pantang silap,mulalah aku bersilat. Tak cukup bahasa pun aku bantai bahasa isyarat. Semangat punya pasal. Waktu tu rasa akulah yang paling laju,paling betul! Yang paling aku tak boleh lupa ialah macamana sakannya aku bermujadalah dengan ketua rombongan waktu tu iaitu Dr Mohd Noor Basir. Huh! Time berhujah tu aku rasa aku pun macam pensyarah jugak! Rasa diri lebih kurang professor jugak! Padahal SPM pun tak ada! Itu semua gara-gara gemuruh jiwa semangat membara! Kalau dikenang sekarang memang kelakar. Rasa nak guling-guling gelak dengan karenah sendiri. Namun itulah pengalaman dan pembelajaran yang Tuhan rezkikan aku lewati.

Jadi bila sekarang aku tengok macamana bersemangatnya adik-adik aku,senyum aku mengimbas kenangan lalu. Heh! Tapi depa ni bagus. Semangat waja tu memang kena pada tempatnya. Kecuali Adib dengan Iyah,memang agak agresiflah. Adib bukan kira sape,semua disapunya. Iyah pulak janganlah cuba kita bagi idea,habis direjectnya. Oh ye tak lupa jugak pada anak sedara aku,Musayab! Hah yang tu pun jenis panglima perang dunia kedua. Habis semua dicantasnya. Kerja memang lajulah. Kesana kesini kehulu kehilir. Sape lambat memang terpelanting! Adib dulu cogan kata hidup dia,menjadi abid dan ninja. Haha. Ninja tu! Tak main-main. 


Corak kerja anak muda yang semangat ni memang tip top lah. Rasa tanggungjawab tinggi,susah nak cari. Semua yang dibuat memang all  out. Takde sekerat-sekerat. Bagus sangat! Kadang orang tua pun tak larat! Jadi bila bertembung kedua puak ni memanglah gawat! Yang satu laju sangat,satu lagi nampak macam lambat. Hish la sarat!


Sebab tu yang tua dihormati,yang muda disayangi. Bila bertemu,berbuahlah kasih sayang sejati. Aku selalu pesan-pesan kat adik-adik ni,berhalus itu penting. Kita masih muda,pengalaman tak kemana,maka wajiblah merujuk orang tua. Tak bolehlah main langgar saja. Semuanya ada adab-adabnya. Kadang tu memanglah,orang tua pun tak selalu betul. Tapi itu tak bermakna kita lebih betul! Itu disudut adab. Begitu jugalah dengan hal-hal yang lain. Orang muda kadang fikiran tu tak panjang. Sebab tu perlu orang yang lebih matang. Matang tu pulak selalunya datang dari pengalaman. Kecualilah para sahabat yang memang matang kerana kekuatan rohnya. Berlaku  dalam sejarah islam bilamana sahabat yang jauh lebih muda dilantik sebagai panglima tentera. Dan kehebatan mereka ialah bila yang tua sanggup taat sepenuhnya. Tapi semua itu berlaku dengan penuh rasa hamba dijiwa. Dan kalau kita bercita-cita meniru mereka,maka yang utama itu tirulah hatinya.

Benarlah pengalaman itu membentuk kematangan. Setelah macam-macam liku yang dilalui,sedikit demi sedikit berlaku perubahan dihati. Kalau dulu menyinga sepanjang masa. Tapi sekarang dah agak terkawal rasanya. Masih lagi bersisa sebenarnya. Mungkin tunggu 2 tahun lagi kot baru dapat klia sepenuhnya. Bukan KLIA airport tau. Klia-clear. ;-)
Yang paling tak boleh lupa bilamana aku pernah menyoal cikgu aku (orang arab) tentang satu soalan yang aku dah tau jawapan dia tapi boleh pulak nak test cikgu tu. Jadi bila dia jawab tu tak kena dengan yang aku nak,apa lagi. Berhujahlah bagai nak rak! Yang sampai sekarang aku kesal ialah bila aku tergamak cakap kat cikgu tu,lesy ma tehki ennak ma ta3ref? (Kenapa kau tak cakap je yang kau tak tau?) Yaallah Khaulah.. Gile punya cerita. Pernah Ummu suatu ketika minta aku jadi setiausaha kecil-kecilan. Tolong jawab sms je pun. Jadi bila Ummu kemudiannya cek balik semua sms yang aku tulis,Ummu pun tegurlah. 
" Kamu kena beradab. Sebelum tulis,cakaplah dulu Yang mulia ke,yang bahagia. Tuan/puan. Minta maaf. " 
Ini tak.. Kalau orang tu tanya,boleh ke nak jumpa Ummu?.. Aku bantai jawab,BOLEH. Titik. Send. Haru betuila.. 

Aku kalau ingat-ingat balik harapan Abuya nak suruh aku tiru Khaulah Al Azwar,wahh semangat bukan main. Tapi macamana.. Naik kuda pun takut! Drive kereta pun gayat! Hehe..  Sedarlah aku setakat mana saja kemampuan kudratku. 

Maka kepada adik-adik kesayangan walau dimana duduknya kalian. Usahakanlah semangat perjuangan yang membara diringi bersamanya rasa hamba. Rasa hamba yang paling tinggi terhadap Tuhan. Belajarlah memberi harapan sebagaimana kita juga pernah diberi harapan. Lihatlah kelemahan orang lain sebagai kelemahan diri kita. Buang prejudis,jauhi buruk sangka. Itu tidak akan membawa kita kemana. Agama bangsa dan negara memerlukan tenaga orang muda yang matang fizikal,akal lebih-lebih lagi rohnya. Kita dianggap sebagai aset berharga,so act like one! 

Nite-nite..


Comments

muaz said…
😱😭😭 terbaiklah! Nak dapat rasa hamba tu macam mana ea?
Huhuhu. Kayak di tampar . Makasih k olah ..
Fah.mukmin said…
Bukan kaya ditampar lagi mba... udh kaya di banting2 hehehe
kittyLady84 said…
Sedang mencerna segala ilmu yg disampaikan.terima kasih olah.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b