- Orang kata hati wanita penuh misteri. Misteri yang sangat dalam tak tercapai. Mungkin juga sedalam Lautan Hindi? -
Tragedi MH370 kini menambah satu lagi persoalan dibenak setiap orang yang secara serius memikirkan tentangnya. Benarkah pesawat malang itu telah berakhir dengan Lautan Hindi menjadi pusaranya? Sungguh ianya bagaikan sebuah misteri yang tidak sepenuhnya terungkai. Bagai ada sesuatu yang tersembunyi. Bagai ada yang belum disingkap. Jutaan hati yang setia menanti tidak semudah itu dipuaskan. Andai terhempas,dimana serpihannya? Kalau tenggelam,apa buktinya? Persoalan yang sedang ditanyakan dunia..
Ini satu sejarah. Walau pahit,ia kekal menjadi sejarah Malaysia. Akan dikenang,terus dicanang. Ini bukan pertama kalinya ia berlaku. Namun entah kenapa ianya bagaikan tidak pernah berlaku. Pelbagai teori,spekulasi disana sini. Namun jawapan yang tepat belum juga diketahui.
Yang pasti,Tuhan sedang mempromosikan dirinya disaat ini. Hati manusia secara mendunia sekelip mata mengakui bahawa hanya Tuhan yang mampu melakukan segalanya yang diluar akal fikiran. Mustahilkah bagi Tuhan untuk membuatkan pesawat itu tetap selamat bersama 239 penumpangnya? Sedangkan didalam misi search and rescue yang dijalankan secara besar-besaran oleh banyaknya peralatan canggih ciptaan manusia jelas telah gagal membuktikan apa-apa. Akal buntu,teori tutup buku!
Namun kita akur bahawa kematian itu pasti. Andai suratan itu yang Tuhan takdirkan,apakah hamba mampu menafikannya? Kita tiada banyak pilihan ketika ini melainkan berserah sepenuhnya kepada Tuhan tuan punya alam dan seisinya. Berdoalah agar kematian itu berlaku ketika kita sudah cukup bersedia untuk melaluinya.
Jauh disudut hati aku sempat berharap andai ada antara mangsa yang terselamat dan kembali membawa cerita yang sangat dinanti. Namun harapan pastilah tidak sampai boleh merubah ketentuan Tuhan. Tuhan punyai jutaan hikmah yang tersirat dan tersurat didalam setiap keputusannya. Cukup adil dan paling adil. Kalau kita belum mampu melihatnya,janganlah sampai kita memilih untuk menentangnya. Tuhan korbankan sebuah pesawat bersama para penumpang yang diratapi kehilangannya untuk memastikan mereka yang tinggal segera menemui keinsafan dan kembali kepada jalan Tuhan!
Jujur saja sempat terlintas rasa takut dihati untuk menaiki pesawat lagi. Namun realitinya,kemalangan didarat lebih lagi ngeri. Dan aku terima hakikat bahawa kematian dimana-mana dan ianya pasti. Ini bukan kisah Final Destination yang cuba menipu kematian. Ini adalah tentang Tuhan yang maha berkuasa dan maha segala-galanya..
~ Betapalah pengorbanan MH370 dalam mengembalikan hati kepada Tuannya akan jadi sangat berharga..
Comments