Skip to main content

Mencuba untuk setia

Dihujung hari sebelum lena dibuai mimpi,ada satu hakikat yang selalu aku hadapi. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang setia menanti. Menanti aku datang untuk menyerah diri sepenuh hati..

Sepanjang hari aku sibukkan diri kesana ke mari tiada bertepi. Hingga akhirnya terlupakan kepada kuasa yang mengizinkan aku berdiri bahkan berlari. Mengharap dan menuntun aku segera kembali kepada Dia yang sentiasa disisi..

Adakah percintaan yang bisa lebih aneh dari ini? Kesetiaan yang bertaraf maha yang dicurah disepanjang malam dan pagi. Bahkan tidak pula marah bila dikhianati..

Mengapa Tuhan itu mahu saja dicurangi berkali-kali? Teruslah mencintai kehinaan si hamba yang tidak sedarkan diri ini! 

Aku boleh berhibur dengan segala bentuk hiburan yang ada didunia. Namun tika sunyi melanda,hanya Dia yang ada. Dia yang tidak pernah tiada. Selalu ada dimana-mana dan bila-bila..

Engkau tahu Tuhan betapa aku bencikan diriku yang belum mampu setia. Sekalipun terhadap Tuhan yang maha setia. Aku teruslah mendamba dunia yang sementara. Yang bahkan tidak pernah memberi bahagia. Aku abaikan satu-satunya cinta yang telah berjanji untuk terus  bersamaku disepanjang usia dunia hinggalah diakhirat sana..

Ajari aku tentang kesetiaan padaMu Tuhan. Agar nafsu segera dapat aku tewaskan. Untuk tidak lagi aku lakukan pengkhianatan..

Comments

Anonymous said…
Indah nya kata itu.percintaan dengan Allah, ALLAH YANG MAHA SETIA

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b