Skip to main content

Kuasa sebuah doa!

Hadiah buat adikku-Kakak Mubarokah sempena hari lahirnya 4/3,boleh kongsi-kongsi dengan Cikgu ditanggal yang sama dan share jugak dengan seluruh team GH Utara. Kuasa sebuah doa!

Doa boleh mengubah takdir. Demikian kata-kata yang pernah aku dengar dari dulu lagi. Namun jujur saja sebelumnya aku bukanlah orang yang percaya dengan kuasa doa. Aku tahu doa adalah senjata,namun usaha haruslah dilakukan juga. Bahkan aku sebenarnya sering melebihkan usaha berbanding doa. Padahal aku dilahirkan oleh ibu dan ayah yang benar-benar menjadikan doa ialah kekuatan utama.

Tuhanlah yang akhirnya merubah perasaanku tentang doa itu. Berkat didikan dan asakan Abuya dan Ummu yang sering mengingatkan betapa kita tiada apa-apa jika tanpa doa yang dipanjatkan kepada Tuhan maha segala-galanya. Usaha lahir sebagai syariat itu sudah tentulah dilakukan semaksimum yang bisa. Namun penentunya adalah doa. Kalau kita mendapat kejayaan tanpa berdoa,takut-takut kita merasakan kejayaan itu milik kita! Bahaya!

Berdoa adalah satu cara melahirkan sifat hamba. Ketika kita merasa cukup lemah tak berdaya,tapi kita meyakini akan adanya kuasa yang boleh melakukan apa saja. Maka kita panjatkan doa kepadaNya bersama harapan bahawa segala permasalahan dan permintaan akan mendapat perhatian Tuhan. Kita adukan segala kekurangan dan kelemahan mohon ditampung setiap kecacatan.

Aku sering mendengar Abuya dan Ummu bertanya,kamu dah doa? kepada mereka yang mengadukan masalah. Disitu aku terfikir.. Abuya Ummu yang dikenali cukup gigih berjuang itu pun ternyata mengandalkan kuasa sebuah doa! Bahkan itulah rupanya rahsia kekuatan mereka. 

Kerana itu sering aku persoalkan ke dalam diri disetiap kali menemukan jalan buntu setelah berusaha sehabisnya. "Apakah engkau merasa engkau lebih tahu untuk selesaikannya? Apakah engkau fikir Tuhan tidak ada cara? " Dan persoalan itu cukup membuatkan aku jadi malu kepada Tuhan yang telah menawarkan sebesar-besar pertolongan dan kita hanya diminta untuk memohon sesungguh hati kepadaNya. Dan aku bahkan menolaknya? 

Abuya dan Ummu lah yang mengajarkan bagaimana untuk menemukan Allah dan Rasul yang ghaib itu didalam setiap doa. Selalu aku mendengarkan doa-doa yang Abuya dan Ummu panjatkan,dan aku belajar untuk pandai berbahasa dengan Tuhan. Kata-kata apakah yang mesti diucapkan,perasaan apakah yang mesti dirasakan? Sungguh doa ialah surat cinta terindah kepada Tuhan. Beserta linangan airmata tanpa segan silu mengharap diringankan sedikit beban.

Disaat lelah berperang dengan nafsu,aku katakan kepada Tuhan lewat doa dan rintihan bahawa ini sajalah nilai seorang hamba. Sudilah wahai Tuhan berikan sedikit kekuatan. Dan percayalah.. Permohonan itu tidak pernah Tuhan sia-siakan.

Hairan.. Tuhan mahu saja mencemar duli kebesaran dengan mengisytiharkan betapa Dia menunggu-nunggu keluh kesah si hamba mengadu padaNya bersama jaminan bahawa segala pengaduan akan dilayan! 
 
Abuya Ummu ajarkan juga tentang adab-adab untuk berdoa. Dimulai dengan memohon ampun kepada Tuhan,diikuti memuja muji kebesaran dan keagungannya dan setelah itu barulah kita sampaikan hajat yang terpendam. Dan yang lebih ajaibnya ialah bilamana sesebuah doa itu ternyata lebih mudah dikabulkan bila kita akhirinya  dengan berselawat sebanyaknya kepada Nabi yang padanyalah jatuh pandangan Tuhan.

Sekarang aku dikelilingi oleh ramainya adik-adik yang sedang mengikuti program pencarian bakat All in one anjuran Tvikhwan. Tidur baring,duduk-duduk dengan mereka,membuatkan aku sedar sesuatu. Aku hanya dapat mengawal fizikal mereka dalam tempoh tertentu. Berusaha memandu dan berkongsi rasa. Sempat aku gusarkan bagaimana agaknya mereka setelah ini? Dan bila aku sedar kemampuanku berakhir disitu maka kuasa Tuhanlah yang akan melakukannya-dengan doa yang tiada hentinya. Dengarlah wahai Tuhan..

Hebat tuhan bilamana telah berjaya membuatkan dunia mempercayai akan kuasa sebuah doa. Disana sini 'pray4mh370' dilaungkan,dan itu cukuplah sebagai bukti bahawa Tuhan lah yang sedang sangat berperanan. Jangan pernah putus harap,sesungguhnya doa-doa yang tidak dikabulkan didunia maka kita akan mendapatkannya diakhirat sana. InsyAllah..



Comments

Anonymous said…
Menarik dan sangat menyedarkan saya....
Kuasa sebuah Doa...
Itulah kehebatan Abuya dan diteladani oleh Bonda Ummu Jah....
Terima kasih atas perkongsian ini...
kittyLady84 said…
Terima kasih kerana berkongsi dan saat ini baru memahaminya...
Anonymous said…
Subhanallah,,hebat kuasa doa

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...