Skip to main content

Solat Abuya

Salam semua.. Mintak mahap ler dah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger second hand atau part time. Dah segan dah bagi alasan manjang. Ok kembali dengan kisah bersama Abuya ye.. Selamat membaca semua..

Abuya ialah seorang ayah yang tegas. Penyayang tapi tegas. Lebih lagilah bila masuk bab solat,laagilah tegas. Serius. Garang. Jangan sapa berani buat main. Benda lain boleh bergurau,tetapi masuk bab sembahyang,sila hentikan gurauan anda serta merta ditempat kejadian! Dari kami kecik lagi,tak baligh lagi,hingusan lagi pun Abuya dah ingatkan tentang betapa perlunya serius dalam beribadah. Daripada berwuduk,pakaian solat,saf,bacaan sembahyang dan sebagainya tu sangat dititik beratkan. Hal lain masih boleh dimaafkan,tetapi sembahyang? Tiada maaf bagimu..

Kami waktu kecik dulu biasalah kalau kena denda tak boleh makan sebab masbuk. Kena rotan sebab solat main-main. Kena tibai kalau solat tidur. Kena nganga sejam sebab tak serius ibadah. Biasalah budak-budak,solat nak main-main. Tapi dengan Abuya,memang silaplah.

Aku sendiri sebab waktu kecik memang malas solat,Abuya siap boleh tulis sajak yang ditujukan khusus untuk anakku Khaulah yang culas sembahyangnya. Huhu.. Kekal jadi ingatan sampai ke harini. Tiap kali tersedar sembahyang tu lalai je,mesti teringatkan sajak yang Abuya tulis tu. Terima kasih Abuya.. Malah ada sorang abang kami yang pernah dihalau dari rumah 3bulan sebab selalu masbuk solat. Memang Abuya tak main-main punya.

Pernah waktu kami semua tinggal serumah dengan Abuya diawal-awal pindah ke Rawang dulu,adik-adik laki Jun,Wadud,Humam,Fida' dan semualah sembahyang belakang Abuya. Bila azan je semua kena sembahyang sunat. Kami anak-anak perempuan di saf belakang dengan mak-mak. Time Abuya solat sunat,depa tak sembahyang sunat. Malah boleh pula main sep sep bom bom ca. Riuh rendah macam kat pasar malam. Bila Abuya selesai je solat,siaplah.. Abuya punyalah marah pasal depa melampau sangat. Eceh padahal kami lebih kurang je tapi pasal jauh sikit dari Abuya jadi taklah ketara sangat. Abuya siap bangun,buat gaya sep sep sambil angkat kaki,sebab nak bagitau kata salahnya perbuatan main sep sep bising waktu orang solat. Yang kami ni dah tak tahan gelak tengok gaya Abuya tu. Tak mampu... Terus lari kerumah sebelah. Tinggallah adik-adik laki terkulat-kulat menghadapi kemarahan Abuya. Lepastu serik dah nak main sep sep. Tiap kali main bom bom ca tu mesti teringat gaya Abuya buat tu. Pecah perut!

Abuya memang displinkan waktu solat,anak-anak laki kena pakai kain dan serban. Anak-anak perempuan macam biasalah telekung. Berlaku satu peristiwa diwaktu solat juga. Entah kenapa haritu,mana depa dapat idea,budak-budak laki ni sembahyang sambil main cabut-cabut serban. Mula tu sorang je yang tercabut serban,tapi rakaat demi rakaat makin ramai pulak yang tercabutnya. Sampai bagi salam semua dah tinggal kopiah je. Bila Abuya toleh je,heranlah Abuya. Pasal apa semua pakat cabut serban? Hah... Habislah semua kena denda makan nasi saja takde lauk. Bagi budak-budak beratlah sangat hukuman tu kan. Seriklah sangat dah! Macam-macamlah haii..

Disurau rumah kami tu Abuya siap sediakan minyak wangi yang diikat pada tiang untuk kami pakai setiap kali sebelum sembahyang. Kadang tu Ummu letak juga bedak. Depan Tuhan kena wangi-wangi,kata Abuya. Tau jelah budak-budak. Kadang tu baju berair liur basi pun boleh selamba je bawak solat. Ala.. Kadang orang tua pun sama. Huh!

Abuya peratikan betul gerak geri ketika sebelum,sedang dan selepas sembahyang. Dari azan,iqamat. Tengah solat tu,toma'ninahnya,bacaan imamnya. Abuya kata siapa yang nak jadi imam,bacaan kena betul,suara kena sedap sebab semua tu sangatlah membantu untuk makmum mendapatkan penghayatan. Kalau imam tajwid pun senget,suara pun tenggelam timbul,makmum pun risau,hilang fokus. Solat jangan laju sangat,jangan lambat sangat. Sederhanalah.. Yang paling penting dah tentulah hati perlu ikut bersembahyang. Sampailah kepada doa selepas solat,semuanya kena dibuat dengan tertib dan penuh adab dengan Tuhan.

Sekarang ni Ummu lah yang mewarisi tegasnya Abuya dalam solat. Lagilah sekarang ni semua dah besar. Hal yang diberatkan pula dah tentulah berbeza. Kalau waktu kecik selalu diingatkan jangan masbuk,jangan main. Tapi sekarang diajar untuk bagaimana berperasaan yang sepatutnya kepada Tuhan didalam sembahyang. Bahkan setiap lepas solat diajar untuk meminta,wahai Tuhan yang sedang menghitung sembahyang kami apakah diterima atau ditolak..

Berapa juta manusia didunia yang sembahyang,tetapi berapa juta juga yang masuk neraka kerana sembahyang. Jelas Tuhan sebutkan dalam quran,neraka weil untuk mereka yang lalai dalam solat. Abuya dari kecik memang hari-hari ingatkan tentang solat ni. Tentang ganjarannya,balasannya.. Walaupun sekarang belumlah juga dapat meniru solat Abuya,tapi hati memang ada keinginan untuk mendapatkan itu mengingat betapa besarnya perjuangan Abuya dalam hal memastikan sembahyang yang didirikan itu benar-benar akan melahirkan peribadi yang agung.

Andai ada pahala disetiap solat yang ditunaikan,aku hadiahkan semuanya unuk Abuyaku yang tercinta.. Moga Abuya ditinggikan darjat oleh Tuhannya..

Comments

Anonymous said…
Ya Allah anugerahkan kami Roh solat seperti Abuya..tk puan Khaulah
tokpakirkd said…

Saudari Khaula,

Saya minta maaf kepada saudari kerana saya telah berkata tidak beradab kepada saudari ketika saudari kekedai bapa saya Saya memohon maaf dan berharap saudari bersedia menerimanya. Maafkan saya ya.

Jamal Amudideen Siddiqin
TokFagerKU
Unknown said…
Mahalnya rezki sume pengalaman ni...x blh dibayar dg wang ringgit.Beruntungnyalah anak2 A ni..Teringat sambahyang A ketika di Labuan.3 bln hibrah dirmh A di Labuan, time sembahyanglah masa yg paling indah sbb blh tngk A dr dekat.Yg plng cemas time nk msk bilik sembahyang tu la..bertolak tolak dg org lain sbb takut sgt dg A.A...rindunye ( x blh tahan airmata )
Nik Noor Azlie said…
kena nganga sejam?nk cuba lah
Inbu Yusof said…
Terimakasih atas perkongsian ini...saya memang sentiasa menunggu-nunggu akan artikel mengenai solat Abuya samada dari anak-anak Abuya atau dari anak-anak didik Abuya yang lain. Semoga ketegasan yang Abuya buat terhadap anak-anaknya, begitulah yang akan kita lakukan kepada anak-anak kita. InsyaAllah...syukran Ibu Khaulah, sekali lagi atas perkongsian.

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b