Surat dari Asrama Tahanan kepada semua yang ingin tahu bagaimana keadaan!
Hari ini hari ke 25 kami berada di kediaman baru ini!
Bilik aircond berukuran 50 kaki x 35 kaki berlampu terang kalimantang 18 batang. Selesa! dengan 5 bilik air yang begitu mewah airnya. Tiada apa dibilik itu tapi ada mini market untuk membeli keperluan-keperluan untuk tidur dan bilik air dan makanan dan minuman ringan! Nasi minyak setiap makan tengahari berlauk ayam@kambing boleh buatkan badan naik! Satu ampai untuk sidai pakaian basah terentang sepanjang bilik di bahagian 1/3 lebar bilik. Maka hiduplah kami seramai 38 orang dewasa dan remaja bersama 9 bayi dan 2 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun.
Gambarkan kehidupan itu bagaimana? Ya ia lebih kurang macam camping di satu dataran @ kursus summercamp.
Kami bebas buat program didalamnya.
Ya sebuah kursus di Universiti Roh bertempat di Jeddah! Depoh tahanan wanita imigresen tempat transit untuk musafir orang-orang yang akan keluar negara : bersebelahan Airport Jeddah!
39 orang kaum bapa yang ikut sama di tangkap berada di tempat lain, jauh dari tempat kami tapi gaya hidup lebih kurang sama! Kalaupun lebih susah daripada kaum ibu itu kan patut. Sebab Universiti Roh nak melahirkan orang-orang roh yang kekal rasa hamba dan khalifah di hati mereka!
Terima kasih kerajaan Saudi sudi menyediakan sebuah dewan perkhemahan, makan minum dan lain-lain kemudahan untuk terlaksana dengan jayanya kursus Rasa hati seorang hamba dan khalifah kepada GISB!
Berapa banyaknya kos untuk 25 hari yang telah berlalu, rasanya tidak boleh dilupakan! Ditambah dengan kemudahan talipon yang dibenarkan, pengawal yang jatuh hati dan memberi berbagai sokongan serta hospital dan klinik bagi yang sakit : Oh Tuhan! Nikmat dan rahmat dalam ujian, yang cukup menawan!
Maka 1001 keajaiban pun berlaku! Hidup sepenuh masa dengan Tuhan serta RSA : Selama 25 hari sudah : Meriahnya malam dengan solawat dan sembahyang! Inilah cara hidup yang dirindui selama ini. Datang pada saatnya setelah sekian lama bersibuk-sibuk dengan urusan-urusan perjuangan dengan dunia dan manusia disiangnya. Tapi malam yang patutnya bersibuk-sibuk dengan Tuhan dan Nabi dan alam ghaib semuanya jadi sepi, lesu dan hidup segan mati tak mahu!
Oleh kerana RSA mahukan Ikhwan Asoib itu ialah tidak tidur siang untuk manusia dan tidak tidur malam untuk Tuhan maka perimbangan itu pun disempurnakanlah! Oh betapa mahal nya kursus ini. Dan ia mesti di tiru oleh seluruh GISB sedunia!
Ya Allah, Ya RSA
Menerima hadiah besar
Dapat sembahyang malam dengan sempurna
Dapat hidupkan Solawat sepanjang malam oleh kumpulan-kumpulan
Ia membuatkan satu maksiat lagi
tumbuh di hati!
Iaitu bangga diri. Bukan banggakan Tuhan dan RSA
Pencapaian itu di katakan oleh diri
diri jadi besar, hati Jadi berbunga
Itulah syirik khafi, itulah dosa rohani
Sedangkan Allah mahu,
Dalam apapun kemenangan, Allah disucikan dari berkongsi kuasa menjayakannya dengan makhluk
Dan meminta ampun lah kerana merasa diri berbuat
Rasakan diri hanya hamba, hina dan zalim kerana kuasa Allah diambil menjadi kuasannya
Diri rasa berkuasa, layak, mampu berjaya
Ertinya diri jadi Tuhan!
Ya Allah Ya RSA, untuk apa
Maksiat batin ini dibiarkan dalam diri?
Tolong berikan lah rasa hamba yang kekal di hati!
Oleh Bonda

Comments