Harini giliran selawat malam kumpulan aku pukul 10. Suasana di sel ni masih riuh rendah dengan lampu terang benderang yang tak pernah dipadam sejak hari pertama masuk kesini. Tak pastilah apa strateginya pasang lampu 24jam. Takpelah negara kaya nak bayar bil letrik.
Makan malam tadi roti cicah kuah tengahari yang dah digodey bersama sedikit perencah indomie dan perahan limau nipis. Layann.. Ingat nak tunggu penjual datang nak beli megi yang bakal dimasak dengan air sejuk tapi macam dah kenyang. Esokla pulak.
Geng-geng melayu banyak yang dah layu. Tinggal geng Burma dan Afrika yang masih rancak bersembang. Harini semua puak bukak salon facial muka. Dapat ilmu baru cuci muka dengan madu lepastu sentap kuat-kuat rasa macam nak tercabut nyawa. Hasilnya muka akan licin bersama sedikit pemerah pipi yang rasanya pedih-pedih kecil. Lepastu Khadijah Nigeria buat demo kat muka Iyah cara hilangkan bulu halus dimuka guna benang yang dibentuk fungsinya jadi gunting. Kebetulan Iyah je yang rajin simpan misai. Huh! Pengalamannya selama 6 tahun disalon memang terbuktila. Tapi proses muka cara tradisional ni memang rasa macam nak tampar! Adoiii!
Harini dari pagi asyik makan benda-benda berangin-megi sejuk,kuah dal- hasilnya badan sakit lepas maghrib aku terus tumbang tak dan baca doa. Bangun-bangun lapar. Gagau makanan kat kumpulan Iyah. Depa ni rezeki murah. Nikmat apa ni weh makan tido makan tido. Ok sila proses badan bila ada kesempatan kelak!
Abuya ajar untuk peka dalam semua keadaan. Kepandaian menelah sesuatu perkara itu ternyata boleh diasah. Kau tengok keliling ramai bangsa hitam Afrika,apa yang kau fikir? Kau tengok puak Burma apa yang kau rasa? Kau tengok pula sekumpulan kecil pembantu rumah Indonesia,apa yang kau bayang? Semua yang disini datang bersama kisah mereka. Kawan baru dari Bangladesh yang dah 6bulan kat sini,siap beranak anak sulung kat hospital dengan kaki bergari lagi. Sedih..mulalah hati bertanya kenapa Tuhan buat begini ye pada dia? Tiba-tiba tak sampai 5 minit habis bersembang dengan kami dah terjerit terlolong bergaduh dengan rakan sebangsa. Haish..patutla..
Depa cakap yang tak reti bergaduh ni orang melayu je. Cool memanjang. Kalau suara kuat macam Kak Izzah tu memang semulajadi,bukan bergaduh!
Menyaksikan gelagat puak-puak ni adakalanya menghibur hati tapi selalunya sakit hati! Makan 2 orang je dalam dulang tapi nasi melaut! Lepastu tak habis relaks je boleh basuh tangan dalam tu dan dushhh buang nasi lebih tu. Eeii.. Geramnya! Yang lebih menyayat hati tu makan sambil mengangkang. Bukan kecik-kecik ni memang kangkang besar gile. Rasa nak lastik je!
Lepastu tengah syok tidur tiba-tiba kecoh rupanya 2 orang Afrika sedang bergaduh ala-ala dalam game angry honey. Budak Jerash taula kot game tu. Siap baling termos,botol air lagi. Pastu maki hamun takyah cakapla kan. Yang aku paham depa dok jerit-jerit "syarmutahhhh..syarmuutahh" korang terjemah sendirila. Rasa nak cili mulut! Macamanalah orang lain nak hormat kalau diri sendiri pun tak reti nak hormat diri tu! Orang Malaysia ni untung,jadi tahanan pun kena puji melangit. Susahnya nak jaga hati. Bilik paling bersihla,bangsa paling sopan (comel) la,iman paling kuatla,ibadah paling kemasla dan macam-macam pujian lagi. Hehe.. Kredit untuk Tuhanlah yang menciptakan semua ini sebagai bukti bahawa bangsa hidung pesek inilah yang akan membina empayar kelak! Rezkikanlah Yaallah.
Aku rasa kami semua akan terus merindui suasana ini. Mana nak cari masa dan keadaan yang kita boleh betul-betul sibuk dengan Tuhan? Nak dapat sebanyak-banyaknya ruang tafakur memikirkan tentang rasa-rasa yang perlu disuburkan kepada Tuhan. Dah lama hidup tapi baru inilah dapat fikirkan apa sebenarnya yang perlu dirasakan selepas sembahyang. Lega? Takut? Sedih? Rasa gagal? Hampir tiada sebenarnya orang yang ada waktu memikirkan hal paling penting ini.
Dan selawat badwi teruslah berkumandang tanpa henti di ambar no 1 ini. Moga keberkatan mengalir disetiap hati. Terharu bila mereka katakan selawat yang didendangkan ini bagai air sejuk menyirami. Tuhan,datangkanlah pemimpin yang dijanjikan untuk islamkan seluruh penduduk bumi ini..
Comments
Part nih aku tak leh tahan nak gelak..inilah inti ceritenye..wakakaka...
tapi geli la rasanya kalau duduk makan mcm nih..eee...tak ada adab..langsung..LASTIK JE DENGAN BIJI GULI