Penjara dan perjuangan memang bagai isi dan kuku tak dapat dipisahkan. Lihat saja berapa ramai pemimpin dunia yang pernah dipenjarakan samada sebelum kenaikannya ataupun sesudah kejatuhannya. Abuya dan Ummu sendiri 10tahun ditahan ISA. Dua orang adik aku pun turut mencipta sejarah menjadi bayi pertama ditahan ISA. Kakak ipar aku Kak Azwa dan kawan-kawannya dulu juga pernah dipenjarakan 40hari di Mesir.
Namun apalah yang hendak dihairankan dengan semua ini. Bukankah sejarah telah memaparkan kepada kita bagaimana Tuhan juga pernah 'memenjarakan' para kekasihnya. Nabi Ibrahim 40hari dipenjara didalam api Namrud oleh Tuhan. Nabi Yunus juga 40hari didalam penjara perut ikan. Nabi Musa dan pengikutnya terpaksa sesat 40tahun dalam ladang teh. Itu bahkan lebih dasyat dari penjara. Walau secara lahirnya dilihat pihak musuh yang punya angkara,tapi tidaklah semua itu berlaku jika bukan Tuhan yang izinkan. Bahkan itu semua sebenarnya adalah skrip Tuhan yang luar biasa.
Adakah yang lebih hebat lagi dari apa yang dilalui oleh para kekasih Tuhan ini? Segala penderitaan yang ditimpakan,mereka lalui dengan redha. Tidak sehari pun mereka bertanya,bilakah Tuhan hendak bebaskan aku dari semua ini? Dengan penuh kehambaan mereka menyatakan setuju dengan keputusan Tuhan keatas mereka itu. Ternyata untuk mencipta hati penuh hamba Tuhan sanggup memperlakukan orang-orangnya sebegitu rupa. Kerana rupanya kemuliaan seorang hamba itu ialah bila dia benar-benar merasa hamba. Dan itulah kemenangan yang paling utama. Bahagianya hamba bila diperhambakan oleh Tuhannya. Tidak pula rasa malu,terhina,kecewa apa lagi putus asa!
Lalu siapakah kita untuk mempertikai tjndakan Tuhan keatas kita. Walhal jelas diri kita bukanlah kita yang punya. Semuanya milik Tuhan. Jadi apa perlunya gundah gulana? Mengapa mesti bermuram durja? Bukankah kesusahan itu kecintaan Tuhan? Kemiskinan itu kesayangan Nabi? Kenapa susah hati?
Semalam besday aku.. Dasyat oo Tuhan ni. Dari tahun lepas aku cakap kat adik-adik aku yang aku tak naklah sambut besday sebab segan nanti tak reti nak buat muka macamana waktu orang rai-rai tu. Ha amek kau memang tak sambutla kan dalam tahanan ni. Hihi.. Apapun terima kasih untuk semua yang mengingati. Ucapan korang masuk sampai habis bateri bb. Korang memang tererla boleh ingat besday orangkan? Aku ni benda lain jarang lupa tapi besday orang..hai..
Okeh nanti aku update lagi ye. Apa? Nak gambar? Ok2 lainkali.. Janji!
Oh sebelum lupa nak ucap terima kasih untuk blogger dayan dayak yang banyak memberi impak positif dalam hal ni. Mula-mula tu pelik juga dengan artikel hukuman mati tu. Awat macam Utusan Malaysia je perangai :-)
Pada aku Tuhan boleh buat apa saja. Ramai yang cakap cerobohlagi ni propa je lebih pasal nak bagi GISB dapat hujah kuat untuk rasa mereka itu benar. Ala.. Orang kafir waktu minta Rasulullah belah bulan dan masukkan ikut baju tu,dah jelas kebenaran depan mata pun tak terima Baginda jugak. Gisb tak pernah sampai belah bulan lagi. Logikla kalau orang tolak. So,tak perlulah anda bersusah hati. Orang kalau suka,takyah hujah panjang-panjang pun akan terima. Tapi yang menyampah,apapun berlaku akan kekal menyumpah. Kan?

Comments