Skip to main content

Jam 1 pagi- St Etienne, Perancis

Gelapnya bilik ni. Semua orang dah tidur. Keletihan melewati hari yang cukup panjang,penuh dengan nikmat dan pengalaman yang Tuhan anugerahkan.
Dari Kota St Etienne,Perancis.. Mata belum mengantuk. Entah kenapa. Mungkin kerana kerinduan. Rindu pada semua yang sedang berjauhan. Adik-adik di Jerash yang rajin jenguk blog ni dan warga Masjidil Aqsa yang marah bila dah lama tak update. Kami semua rindu. Pagi tadi Mamat dan Bokah merintih-rintih kerana rindukan Jordan. InsyAllah mereka akan menjadi pembuka projek islam seterusnya di Eropah. Amin..
Tuhan ciptakan hati penuh dengan misteri. Hatta empunya diri tidak mampu menebak apa gelombang yang akan dirasakan seterusnya. Berubah keadaan,berubahlah ia.
Eropah..kembali membawa jutaan rasa yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hidup hanya didalam kereta,berpindah dari kota ke kota. Nikmat dan ujian sama dirasa. Panjatkan syukur untuk yang Maha Pencipta.
Doakan kembara ini dapat membuahkan sesuatu yang cukup besar untuk perubahan diri dan yang pastinya untuk kebangkitan islam yang sangat dinanti..
Salam sayang penuh ingatan buat semuanya. Khusus buat dia yang sedang menjadi tetamu Allah.. Doa ini terus untukmu.

Comments

anne said…
dalam rangka apa disana?expo?atau memang nak bangun projek disana?
ga bawa nasyid berbahasa prancis yang baru, lah?
Kongsi sikit cerita tentang show dan sambutan di sana.ana dah sembang dgn Raid, minta dia kurangkan rokok. Idriss dah buat urusan yg sepatutnya?
Anonymous said…
Eshtaqtellek ya Abuya... Kau berhasil meninggalkan anak2 yg terus kuat berjuang utk menegakkan dan merealisasikan kebenaran yg kau pjuangkan... Smg sglnya d segerakan...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....