Skip to main content

Bila nak matang?

Selesai solat Isyak dan Maghrib jamak takhir malam ni aku nekad untuk mencoretkan sesuatu di blog. Bingung juga.. Tak tau nak tulis apa. Tengoklah nanti apa yang keluar.

Memandangkan waktu subuh hanya tinggal lagi lebih kurang 2 jam setengah,aku memutuskan untuk tidak tidur. Takut tak terbangun sebab alang-alang sangat nak tidur pun. Ok.. silalah update blog. Dah naik renyah tengok blog tak gheti-gheti nak update.

Sambil layan gambar-gambar yang memenuhi external hard disk aku ni,ada satu hal yang selalu bermain difikiran aku niha. Ada juga beberapa persoalan tentangnya yang belum terjawab. Iaitu terkait dengan kematangan. Bukan nasi dah matang atau buah itu sudah matang. Tapi apa yang aku serabutkan ialah tahap kematangan manusia. Aku dah pernah tulis pasal menatang matang ni sebenarnya,tapi sebab sampai sekarang tak habis fikir lagi,jadi memang nak kena tulis lagilah gamaknya.

Sebenarnya bila tahap umur matang manusia tu ye? Lepas baligh boleh terus matang ke? Tapi apasal aku tengok ada orang yang dah beranak 3 tapi perangai macam budak darjah 3? ok melampau.. Macam budak tingkatan 3 okla. Tapi takkan lepas anak 3 dia baru baligh kot! Matangnya lelaki dan wanita ni ada beza ke? Siapa yang matang dulu? Orang selalu cakap yang perempuan ni cepat matang. Tapi kan aku rasa perempuan ni bukan cepat matang,tapi cepat tua kot. Sebab kadang tengok suami tegap lagi,yang isteri dah macam mak tiri suami tu. Takdelah contoh kat mana-mana. Dalam drama tv1 je kot.

Jadi? Agak-agak korangla kan.. Apa jawapan yang tepat untuk persoalan-persoalan aku kat atas tu. Ok..korang memang tak pernah bagi pendapat. Biar aku jawab sendirilah. Ni pendapat aku yang direka cipta tanpa diketahui kebenarannya..

Aku rasa matang tu tak ikut umurla. Ada budak 4 tahun dah matang. Macam anak sedara aku,Zainab. Matang gile. Eh tak..itu bukan matang. Itu ialah mentang-mentang.(mentang-mentang hidung mancung!)

Aku ni jenis suka perati orang. Contoh dari pemerhatian aku yang rasanya semua dah tahu ialah,antara orang arab dengan orang melayu siapa yang lagi matang? Mestilah kita nak cakap yang orang arab lagi matang kan? Aku refer pada sejarahlah.. Siti Aisyah tu darjah 3 dah boleh kawin dengan Rasulullah. Ada ke sejarah orang melayu kawin darjah 3? Nenek korang ada ke yang tengah belajar dalam kelas darjah 3 melor,tiba-tiba dipanggil balik untuk nikah? Takde kan? Kalau ada nanti bagitaulah.. Boleh kita bincang balik. Maksud aku darjah 3 itu ialah budak 9 tahun. Bukan budak 15 tahun yang tak lulus periksa dan dikekalkan dalam darjah 3! Harap maklum.

Itu satu sudut. Tolak tepilah kata Siti Aisyah tu memang dah Tuhan siapkan untuk kawin dengan seorang Rasul. Itu hanya sebagai contoh kecil. Tapi memang dah masyhur kata orang arab ni kawin awal gila. Aku pernah jumpa makcik arab yang kawin umur 10 tahun. Mestilah sebab ada faktor kematangan disitu kan? Atau.. hanya kerana tubuh badan mereka tu besar ke? Tapi ada je budak melayu yang badan gemuk obesiti,tapi tak pulak mak ayah dia kawinkan. Entahlah..aku pun dah pening sebenarnya. Hehe.. Tapi korang setuju jelah kan yang aku kata orang arab lagi matang dari orang melayu? Untuk beberapa hal lah.

Ok..aku nak sambung tentang kematangan disudut lain pula. Perasan tak yang sekarang ni macam lelaki lambat matang. Terutama remaja lah. Orang lelaki sila jangan marah dan buat demo terhadap kenyataan aku ni. Serius! Majoriti aku tengok remaja lelaki yang ada dipersekitaran aku ni memang agak lambat sikit nak matang nye ha.. Tak taulah kalau remaja lelaki di Zimbabwe cepat matang. Aku tak pernah pulak pergi sana. Aku cakap yang aku nampak depan mata lah. Sebab tu agaknya perempuan zaman sekarang lebih senang mengejar suami orang untuk menikah. Betulkan apa aku cakap ni? Tengok jela berapa banyak artis cantik memilih lelaki yang dah jadi duda dan jauh lebih tua dari diorang untuk dijadikan suami. Aku tak naklah cakap pasal depa kejar harta ke apa. Tapi aku rasa perempuan sekarang lebih rasa aman jika bersuamikan lelaki-lelaki sebegitu yang dianggap matang. Sedangkan kalau memilih lelaki yang mungkin hampir sebaya,mereka tu belum terbukti kematangannya. Takut-takut bila ada masalah,dua-dua pakat nak merajuk,dua-dua pakat nak lari balik rumah mak.
Apa yang aku cakap ni tak semestinya betul. Lain orang lain pandangannya.

Hmm.. jadi,siapa yang matang sebenarnya ni? Nak cakap orang perempuan ni matang,kang orang kata aku perasan matang pulak. Dan..memang tak semua orang perempuan tu matang pun.

Sudahnya..ada satu kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Sebenarnya,bila seseorang itu sedari kecil dilatih,dididik,diasuh untuk menjadikan matlamat hidupnya ialah akhirat,maka dia akan cepat mencapai tahap kematangan. Matang disudut fikiran dan matang dari sudut pandang. Macam aku sendiri.. Bila nafsu cinta dunia sedang menguasai diri,rasa nak menangis tengok beg cantik-cantik on sale,tengok baju-baju rasa nak curi dan tengok makanan rasa macam nak makan sampai mati,waktu tu jugaklah aku rasa macam tak guna langsung! Umur 19(ok..umur aku bukan 19) tapi macam 9 tahun. Bukan 9 tahun yang dah boleh kawin tu. Tapi 9 tahun yang masih suka nak main masak-masak dan main kawin-kawin. Gatal!
Tapi bila teringat pesan mak ayah aku yang suruh buang cinta dunia,tapi nak kena ingat mati,waktu tu aku akan rasa macam dah tua sangat. Maksud aku ialah,terasa macam dah lalui macam-macam hal sampai bolehlah kalau nak kata,dah makan garam dulu tu. Fikiran dan perasaan waktu tu akan serta merta jadi macam semangat gila nak bekerja sungguh-sungguh,tak nak main-main,melonyeh dsb.
Benarlah kata Rasulullah bahawa orang yang paling cerdik itu ialah orang yang paling banyak mengingat kematian. Sebab apa cerdik? Sebab dia tak akan jadi loser yang tergedik-gedik mengejar dunia,sebaliknya akan berubah menjadi peribadi yang sangat matang dalam usaha mengejar yang terbaik untuk mencapai matlamat sebanrnya iaitu akhirat.

Masalah terbesar aku ialah aku belum lagi mencapai tahap kematangan yang sebenar. Kadang-kadang berfikiran waras,tapi kadang-kadang macam tahape-hape. Aduh! Tak mudah nak jadi matang rupanya. Korang doakanlah aku supaya boleh nak jadi matang macam para sahabat dulu-dulu yang kecik-kecik lagi dah berkobar membantu dan membahu perjuangan islam bersama Rasulullah. Saidina Ali umur 7 ke 9 tahun yang dia sanggup mengganti tempat tidur Rasulullah waktu dikejar pihak musuh. Hebat..! Aku 9 tahun masih sibuk main berudu yang bentuk macam anak ikan keli. Main patung barbie yang orang kata malam-malam boleh bangun cekik kita. Jauhnya beza dengan mereka.
Tuhan..rezkikanlah aku sebelum tiba penghujung usiaku..

Comments

KHAULAH said…
ape yg d mksudkn dgn matang sbnarnya? dr segi tingkah laku, pemikiran.. visit my blog k

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...