Skip to main content

Posts

Sembahyangkah aku?

Apa agaknya yang berlaku pada hati para sahabat ketika sembahyang ye? Sampai bau hangit. Terbakar kerana takutkan Allah. Ada yang sejak dari ambil wudhu' lagi dah menggigil bahkan ada yang pengsan. Semua itu kerana didorong oleh perasaan takut yang teramat sangat kepada Tuhan. Apa pula yang berlaku pada hati aku waktu sembahyang? Bezanya perasaan yang dirasakan. Pening kepala,lebam mata menangisi diri yang belum mendapatkan rasa yang sepatutnya didapatkan oleh seorang hamba ketika bertemu Tuhan maha segalanya.  Aku tak bangga pun dengan sembahyang aku. Terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku. Dalam sembahyang fikiran haru biru. Perasaan tak menentu. Bukan kerana Tuhan.. Tapi kerana berjayanya syaitan dan nafsu. Tuhan.. Aku pun nak juga rasa-rasa tu. Kalau mati sebelum dapatkan sembahyang yang agung,malangnya.. Neraka.. Nauzubillah Rezekikanlah aku juga.. Kadang aku bertanya,aku sembahyang,jumpa Tuhan yang sama,tapi kenapa rasa jadi berbeza? Yang sebenarnya,be...

Menangislah!

Kali terakhir bawak kereta manual dengan jayanya ialah disaat ujian JPJ dan berjaya mendapatkan lesen! Setelah itu teruslah katakan tidak pada kereta manual yang meletihkan lagi mendebarkan. Sudahlah bawak yang auto pun sesekali debaran tetap ada,inikan pula terpaksa berfikir nak tekan minyak dulu atau nak angkat klash (ok ejaan) dulu atau tarik handbreak sepanjang waktu memandu. Tapi bila keadaan memaksa,maka kereta manual itu kembali (terpaksa) ku gagahi. Berdoa sehari sebelum,menjampi kunci kereta dan macam-macam upacara lagi yang dilakukan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. Harini cuba lagi setelah percubaan haritu terberhenti dua kali terima kasih sebab klash (ejaan lagi) tinggi kena tekan minyak banyak-banyak rasa nak lari!! Alhamdulillah harini Allah izinkan lancar. Pemangkin untuk terus menjadi driver kereta manual insyallah.. Itulah aku dari dulu. Sering memilih jalan mudah untuk berjaya. Dari kecik begitu! Bila masuk kelas sekali dengan budak-budak pandai ma...

7 benua

Ada 7 benua Kita dimana-mana Disalah satu darinya Membawa cita-cita yang sama Memohon doa yang serupa Bersama aliran air mata Jauhnya merentasi benua Meninggalkan segala yang ada Menepis semua lintasan dijiwa Kerana percaya Tuhan bersama Walau kemana langkah dibawa Tinggal 1 benua yang belum diteroka Moga direzkikan akhirnya kesana Namun ada 'benua' yang sedang menanti kita Siapkah kita dengan bekal sebanyaknya? Walau dibarat,timur,selatan dan utara Kita tiada modal apa-apa Sekolah pun main-main saja Kerana itu jangan pernah lupa Panggil tanpa henti yang maha kuasa Serta semua yang bersamaNya Benuaku malam,benuamu siang Walau jauh sering terbayang Berpisah ini itulah sayang Dalam doa semuanya dikenang -11.32pm- ( Untuk semua yang sedang melalui 7.32am Juga buat 10.32am Tak lupa untuk 12.32am dan semuanya ) Selamat berjuang

" Manalah aku tahu.. "

( Untuk adik-adik GH yang sedang berjuang menjayakan pendidikan di Puchong. Buat muraqib Puchong yang sedang didoakan agar bertambah cinta kepada islam. Kepada banat yang sedang sibuk dengan katering ) Mungkin berlaku pada kita. Atau sesiapa. Atau pada aku saja. Ada rangkap lagu yang akan terngiang dikepala sepanjang hari dan akan merubah keseluruhan mood kita pada hari itu. " Lahirnya ku telah mengisi Ramadhan tapi batinnya manalah ku tahu " Lirik lagu Ramadhan berlalu yang bakal dimuatkan dalam album Ramadhan Syawal oleh generasi harapan. Dengan alunan suara Fatim dan Mat walaupun sekadar demo ditambah garapan muzik oleh En Zai cukup membuat aku terbuai Aku betul-betul diganggu dengan satu kenyataan yang sederhana namun punyai sejuta makna.  Tiap hari manusia islam sedunia menunaikan ibadah kepada Tuhan. Secara lahirnya. Dan batinnya siapa yang tahu? Siapa yang ambil tahu?  Rasulullah beribadah bersama rasa tidak tahu itulah yang menyebabkan Baginda sanggup sembahyang hingg...

Halus

Dalam proses kematangan yang aku lalui dalam hidup ni,satu hal yang aku belajar ialah perihal berhalus. Walaupun fizikal kini tidak lagi halus,tapi hati dan sikap perlulah berhalus. Berhalus boleh diertikan dengan dua makna : positif dan negatif. Dalam kata-kata misalnya,berhalus boleh dibentuk menjadi sindiran! Berhalus juga boleh dibentuk menjadi lapikan atau berlapik/berkias dalam berkata-kata. Nampak macam sama,tapi tak serupa! Ingat tu adik-adik,tak serupa! Disaat umur aku menginjak 18 tahun,semangat waja perjuangan memenuhi dada. Kononnya! Bila aku dan kawan-kawan dihantar ke Eropah,aku lah yang berlagak bagai ketua. Padahal ramai je yang lebih tua. Berhadapan dengan orang arab dan eropah yang berserabut dalam berurusan,darah panas pun membara sampai kepala. Pantang silap,mulalah aku bersilat. Tak cukup bahasa pun aku bantai bahasa isyarat. Semangat punya pasal. Waktu tu rasa akulah yang paling laju,paling betul! Yang paling aku tak boleh lupa ialah macamana sakannya aku bermujad...

Musim kembara

Musim musafir bermula bagi mereka. Adib dan Iyah ke Perth angkut Musab dan Bar. Yang diangkut tu sebab nak hargailah peningkatan prestasi yang dilakukan. Moga bertambah matang rohnya. Kakak dan team sedang bersiap-siap nak ke Makassar dengarnya. Kakak nak angkut Jannah. Baguslah.. Harini depa masuk Thailand untuk shoot video klip Al Ikhlas. Moga dibantu. Humam pulak sedang mohon tenaga dari Malaysia untuk bantu show di Batam bulan Jun nanti. Buka main sibuk lagi Mam dengan team Sumatera. Cadang nak hantar Barak. Biar dia ambil pengalaman. Tenaga dari sini sebagai pembantu je. Sebab aku harap team disana yang menjadi tunggak utama.  Terasa besar rahmatnya sekarang bila dari dulu Ummu menyeru tentang pentingnya melahirkan pelapis. Jangan buat kerja sorang. Wujudkan team! Bila peluang dikongsi bersama,maka cepatlah kebolehan tercipta. Bila tengok Yassin yang dulunya budak pendiam,hobi jaga adik,tapi sekarang dah boleh shooting editing bahkan streaming,terharu.. Moga kebolehan lahiriah...

Pasca Kursus

Setelah 2 minggu bergelut dengan ilmu dan pengalaman,maka kehidupan biasa bermula semula. Perkataan bergelut dipilih sebagai lambang kesibukan yang tidak bertepi. Tapi sekarang kiranya dah bertepilah. Begitulah kegawatan yang boleh dirasakan hasil kursus pemantapan akidah yang telah diikuti. Kenapa gawat? Kerana ianya sarat! Kenapa sarat? Sarat dengan ilmu,panduan,kenangan,kesedaran,keinsafan dan kebahagiaan bila mendapat ramainya kawan baru yang sama-sama cintakan islam.  Pulang dari kursus,pembuktian haruslah dilakukan bagi memastikan kursus itu tidak berlalu sia-sia. Doa dipanjatkan semoga Tuhan yang menjadi saksi kepada semua ini akan membantu untuk terus memandu kami semua agar tidak lagi tersasar dari landasan sebenar. Juga diharapkan salam pengharapan yang dihulurkan oleh semua agensi yang terlibat tidak akan kami sia-siakan. Terasa macam masuk sekolah semula dan sedang berdebar menghadapi ujian penilaian. Yang paling cemas sudah tentulah apabila sedang dinilai hati kita ole...