Skip to main content

Posts

Chalet Nur Muhammad

Dah lama sangat aku nak buat entry ni. Tapi baru la ni ada kesempatan. Dah jadi jeruk pekasam kot cerita ni. Takpelah.. lagipun aku rasa banyak je orang suka makan jeruk dengan ikan pekasam kan? Jadi,terimalah..(bajet nak buat konsert) Aku sekarang tinggal dan bertugas di Chalet Al wahah atau nama komersialnya ialah Chalet Nur Muhammad. Chalet ni milik syarikat Global Ikhwan sdn bhd dan rasanya merupakan satu-satunya chalet milik orang melayu kat Mekah ni. Chalet NM ni terletak di Shumaisi,Mekah(dulu dikenali dengan nama Hudaibiyah)berada betul-betul diborder antara tanah haram dan tanah halal. Kalau korang biasa ke Mekah korang taulah apa tu tanah haram dan halal. Panjang pulak aku nak cerita. Chalet ni terletak ditanah halal. Dekat dengan Hudaibiah,tempat miqat bagi mereka yang ingin berumrah. Kedudukan chalet ni memang strategik gilela sebab memang tepi highway Mekah-Jeddah. Susahla kalau kata sesat tak jumpa cari. Tak cari pun memang akan jumpa,insyAllah.. Pintu masuk ke Cha...

Bisnes ke makan gaji?

Sekarang ni dah macam-macam jenis skim cepat kaya yang ada dipasaran. Ada yang berhasil,banyaknya yang kecundang. Memang..siapa yang tak nak kaya kan? Maklumlah dunia sekarang ni semua benda pakai duit. Masuk tandas pun kena bayar. Semua ini membuatkan semua orang berlumba-lumba mengejar kekayaan supaya dapat hidup senang. Satu hari kami adik beradik makan dalam dulang ramai-ramai dengan Abuya,kami semua ditanya tentang cita-cita masing. Besar nanti nak jadi apa? Maka budak-budak yang tak cukup akal lagi ni pun bukan main lagi menglistkan cita-cita mereka. Doktor Cikgu Peguam Hakim(akula tu) Pramugari(eh?) dan beberapa profesion lagi yang semuanya amboi amboi belaka. Lepastu Abuya cakap,semua kerja tu gaji sikit. Susah nak kaya. Kalau nak kaya kena meniaga. Sebenarnya bukanlah Abuya nak suruh kami jadi kaya raya tak ingat dunia. Tapi Abuya hanya nak mengalih perhatian kami yang masih hingusan tu. Nak luaskan lagi fikiran yang tak berapa nak luas. Berniaga ni salah satu sun...

Rumah Allah berwarna hitam..

Tuhan.. Ditengah kesibukan ini aku larikan diri kesisi RumahMu yang Mulia.. Kaabah.. Terima kasih masih menerima aku berserambi disampingMu.. Aku.. Malu untuk mengangkat wajahku ini untuk menatapMu.. Kekuatan powerMu merobek hatiku.. Aku tak punya tempat lain untuk ku ringankan semua yang terbuku.. Aku hanya punya Kaabah.. Sedang aku punya banyak sekali harapan dan impian.. Dosa dan kesalahan yang butuh keampunan.. Tolong jangan aku dihalang.. Kelak jiwaku hilang.. Rumah Allah berwarna hitam.. MelihatMu aku bungkam.. Duniaku lantas cerah..tadinya kelam.. Teruslah menerima aku lahir dan batin.. Jangan hanya jasadku diterima.. Tapi hatiku tetap buta.. Wahai Kaabah lahiriah dan batiniah Wahai tuan punya Kaabah lahir dan rohaniah HambaMu ini datang padaMu Minta untuk dikaabahkan hatiku Hati yang ingin aku kosongkan Dari nafsu dan yahudi Kerana ia hanyalah untukMu Tuhan..

Tutup aurat vs Balut aurat

Aku memang suka betul tengok fesyen orang bertudung sekarang. Nampak stylo. Macam Yuna, Hana Tajima dan lain-lain selebriti yang cantik belaka penampilan mereka. Kalau kat Indonesia tu ada Zaskia,Ineke dan seangkatan dengannya. Satu sudut nampaklah orang bertudung semakin up to date. Taklah nampak macam kulup je. Dah semakin maju dan berkembang. Mungkin dengan itu orang bukan islam semakin membuka mata terhadap islam yang dilihat cantik. Tapi sebenarnya betul ke teori kita tu? Kenapa kita bertudung? Rasanya semua orang akan jawab,sebab Allah yang suruh. Jadi,agaknya pandangan kita tentang bertudung tu tepat tak macam yang Allah nak ye? Iyelah.. Kalau kita berbuat kerana Allah,mestilah tepat dengan cara yang Allah nak. Katalah bos suruh kita buat satu kerja,kita pun buatlah cara yang kita rasa betul. Tapi rupanya bos tak suka pun. Agak-agak bos buat ape? Silap haribulan kita boleh dipecat! Begitu jugalah dengan perintah Tuhan untuk semua wanita menutup aurat. Kalini aku cakap tentan...

Jalan itu aku susuri

Sekali lagi kulalui jalanan sepi,yang cukup diri ini kenali.. Dalam mamai aku gagah update blog. Hari Sabtu lepas subuh- Aku,Kak Azwa dan Abil(anak sedara) terus meluncur dari Mekah menuju Jeddah membawa misi biasa yang belum selesai-beli barang. Setelah bertungkus lumus,kami sampai Mekah dah dekat maghrib. Lepas isyak dekat pukul 9 malam- Kami konvoi 2 kereta Armada dan hilux menuju Madinah. Pak Nur yang berpengalaman jadi supir pada orang arab selama 2 tahun disini mengetuai rombongan. Lucu. Kami tersesat sampai Yanbu. Pelik jugak kenapa boleh sesat sedangkan... Rupanya Pak Nur try ikut jalan lain dan bila malam dah mula rabun dan sedikit tersasar. Alhamdulillah akhirnya kami sampai Madinah jam 2 pagi. Setelah rehat,lepas asar aku,Kak Azwa dan Kak Azni(adik Kazwa) bergerak semula ke Jeddah bersama Tam sebagai driver. Sampai Jeddah dekat pukul 9 malam. Operasi barang. Gerak ke Mekah. Sampai sekitar pukul 11. Operasi barang lagi. Itulah misinya pun. Baru teringat tak makan ap...

Mengetahui atau merasai

Rasa kehambaan sangat maknawi Bersifat kejiwaan yang sangat seni Tahu diri hamba belum memadai Hati merasa hamba itulah yang dicari Termenung aku mendengar bait sajak diatas hasil nukilan ayahandaku tercinta. Kita semua tahu kita adalah hamba. Semua pandai mengucapkan,kita hamba Tuhan. Tapi rupanya tahu dan merasakan hamba itu adalah 2 perkara yang berbeza. Tahu hanya bersifat akal. Tetapi merasakan hamba itulah cetusan dari hati. Tahu diri hamba belumlah memadai. Tapi hatilah yang perlu benar-benar merasakan bahawa kita hanya hamba. Memang..bersama Tuhan kita akan lebih banyak bercakap tentang hati. Tidak menafikan peranan akal,namun hati tetaplah raja yang sepatutnya menguasai diri. Tuhan beri akal untuk kita menerima maklumat,dan hatilah yang akan melahirkan dalam bentuk tindakan. Jika baik hatinya,baiklah seluruh peribadinya. Tapi keadaan dunia hari ini mendorong kita untuk lebih banyak melebihkan peranan akal dalam kehidupan. Hinggakan ilmu-ilmu ketuhanan pun kita akal-a...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....