( Untuk adik-adik GH yang sedang berjuang menjayakan pendidikan di Puchong.
Buat muraqib Puchong yang sedang didoakan agar bertambah cinta kepada islam.
Kepada banat yang sedang sibuk dengan katering )
Ada rangkap lagu yang akan terngiang dikepala sepanjang hari dan akan merubah keseluruhan mood kita pada hari itu.
" Lahirnya ku telah mengisi Ramadhan tapi batinnya manalah ku tahu "
Lirik lagu Ramadhan berlalu yang bakal dimuatkan dalam album Ramadhan Syawal oleh generasi harapan.
Dengan alunan suara Fatim dan Mat walaupun sekadar demo ditambah garapan muzik oleh En Zai cukup membuat aku terbuai
Aku betul-betul diganggu dengan satu kenyataan yang sederhana namun punyai sejuta makna.
Tiap hari manusia islam sedunia menunaikan ibadah kepada Tuhan. Secara lahirnya. Dan batinnya siapa yang tahu? Siapa yang ambil tahu?
Rasulullah beribadah bersama rasa tidak tahu itulah yang menyebabkan Baginda sanggup sembahyang hingga bengkak kakinya. Para sahabat sampai hangit hatinya kerana tidak tahu bagaimana sembahyang mereka sampai kepada Tuhannya.
Aku bahkan ketawa dan lega disetiap ibadah yang dilakukan..
Dan Ramadhan bakal tiba lagi tanpa aku tahu adakah aku sempat bertemu dengannya dan lebih-lebih lagi aku tak tau apakah jika Tuhan rezkikan aku bersamanya,Ramadhan akan dapat ku isi sebaiknya..
Comments