Aku mengambil sedikit masa untuk menuliskan entry ini demi mencari kata-kata yang tepat sebagai ingatan untuk diriku yang sering terlupa. Juga berdoa agar ianya turut boleh memberi manfaat kepada sesiapa. Jika tidak,kekallah ianya sebagai bahan renung dan menung disaat mencari jawapan kepada setiap persoalan. Untuk senang atau derita,itu adalah pilihan. Rasa bahagia dan sengsara itu letaknya dijiwa. Ada orang yang derita sekalipun 'bahagia' dan berlaku juga sebaliknya. Tuhan menciptakan setiap kejadian didunia bersama jutaan hikmah yang tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk menyikapi semuanya itu sebaiknya. Fitrah semulajadi sering dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Fitrah ingin disayangi,menyayangi,bahagia,ketawa dan lain-lain. Sedangkan fitrah yang utama itu juga ialah rasa ingin kepada Tuhan. Perasaan ingin kepada Tuhan itu pula tidak terhad kepada hal yang menggembirakan saja! Realiti hari ini didunia,orang bahagia tidak hanya kerana kaya,bahkan si kaya pun rama...