Skip to main content

Dari Tuhan dan untuk Tuhan

" Iza jaa nasrullahi wal fath. Wa roaitannasa yadkhuluna fi dinillahi afwaja. FASABBEH BIHAMDI ROBBIKA WASTAGHFER. Innahu kana tawwaba.."

Indahnya jalan keluar yang Tuhan berikan kepada hamba yang dicipta dengan penuh kelemahan dan kegagalan. Bila mendapatkan kejayaan,puja dan puji lah Tuhan yang hakikatnya telah melakukan. Namun akuilah..hati penuh dengan lintasan. Bertaubatlah bila sempat merasa diri ada kemampuan. Moga Tuhan mengampunkan.

Macam nak pecah dada bila Ummu syarahkan tentang betapa pentingnya kebudayaan islam itu dihidupkan dimana-mana. Tahan airmata takut dikatakan manja! Maka kamu diberi peluang untuk melakukannya,kata Ummu. Akal buntu fikirkan macamana nak jayakan show berskala besar ini sedangkan adik-adik dah dihantar kemerata tempat. Sehari-masa diambil untuk menghadamkan kata-kata dan hasrat Ummu. Perasaan bercampu baur diantara bingung dan sedih. Bingung nak buat macamana.. Sedih sebab membuatkan Ummu terpaksa syarah panjang lebar untuk meyakinkan bahawa Tuhan lah yang akan berbuat. Lambatnya hatiku memahami.. Akal lah yang sering mendahului.

Sungguh taat itu berkat bilamana Tuhan hadiahkan ramainya orang yang akhirnya dapat dikumpulkan menjadi satu team teater muzikal islam. Kata-kata Ummu 'mengapa kamu rasa kamu yang nak buat? Kan Tuhan yang akan berbuat ' menjadi azimat. 

Biarlah keghairahan berseni budaya ini bukan dikeranakan minat semata,tapi dengan hati yang sangat ingin melihat islam cukup mampu memberi satu alternatif hiburan yang dibuat atas nama Tuhan.

Tuhan cukup bijak memperlakukan  hamba-hambanya untuk memastikan hati tetap bersamanya. Diberinya dewan yang cukup indah namun bilik persalinannya gelap gelita. Meraba-rabalah kami dibelakang pentas bersiap-siap. Bubuh bedak celak dengan hanya suluhan lampu kecil dari iphone. Baju yang nak bertukar-tukar tu entah kemana. Dalam gelap jenuh pastikan betul ke tudung ni? Warna apa baju ni? Oh Tuhan.. Terasa macam show dalam kubur. Tepatlah dengan scene alam barzakh yang dipersembahkan. Sedar-sedar je dah habis show selama 2 jam. Demi Allah tak perasan. Sepanjang malam termenung,betul ke dah show? Kenapa tak terasa? Bila jumpa orang ucap tahniah,blurr.. Macam hilang ingatan kejap. Bila pagi tadi tengok rakaman balik,ohh.. Semalam ada show rupanya. Pengalaman pertama kali.. Tuhan tolong pandu hati kami untuk kekal merasa keagunganMu lah yang telah menjayakan semuanya..

Buat semua yang berjasa,Tuhan lah yang akan mampu membalasi sebaiknya. Team teknikal yang sanggup 'lembur' didewan tunggu lori angkut prop sampai pagi,stage manager yang menggunakan pendekatan kasih sayang,pereka set,pembuat prop,adik-adik kolam,para pelakon,pelakon utama (Mat),pemuzik yang ceria,team ibu-ibu yang bekerja keras,FCH dan semua yang siapkan makanan,tak lupa kepada semua yang sudi hadir semalam.. ' Semoga islam kan menang di tangan kita.. '

Aku senyum sorang bila teringat bahawa aku selalu salah,Ummu selalu betul.. Dulu Ummu pernah nak letak kedai runcit dalam mat'am Qasr Lubnan. Aku memang tak setuju. Akhirnya Tuhan buatkan,kedai runcit tulah yang sudahnya banyak menyumbang kepada jualan harian. Dan bila Ummu agih-agihkan adik beradik kemana-mana,Tuhan lah yang gantikan kami dengan ramainya adik beradik baru dari ramainya ayah ramainya ibu. Ramai!

Fatim dapat Walidah di Miri,Iyah dapat Tokku dan Cek Ni di Kelantan,Kakak pulak dapat macam-macam kat Pochan.. :-)

Comments

Anonymous said…
Teater semlm memg sgt menyentuh diri sy..memberi kesedaran tentang kehidupan yg sbnr..terima kasih pd usaha kalian semua.. Terutama nasyid last smlm... Boleh sy tnya di mna sy boleh dpt kan?
Anonymous said…
love u GH
Anonymous said…
Siapa yang nak nasyid last mlm teater tu boleh whatsapp saya atau bg email anda :-)

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b