Skip to main content

Bertemu berpisah

Semalam dapat perkhabaran bahawa Ummu akan agih-agihkan kami Generasi Harapan ni ke merata-rata tempat. Berdebar. Tetap berdebar walaupun tidak pernah sehari pun kami terlupa bahawa bila-bila masa saja kami akan melalui saat-saat ini kembali. Kembali ye. Maksudnya dah get used! Selama ni pun memang duduk jauh-jauh. Mat,Fah,Kakak,Fida',Wadud,Abbad,Kak Atiah di Jerash. Aku,Fatim,Iyah,Adib,Mam,Ajwad,Jun,Abg Faah dan Adik Bar di Haramain. Zahidah pula di Mesir. Jarang dapat berjumpa. Sesekalila yang di Jerash datang Haramain. Itu pun kejap sangat. Sebulan masa bertemu untuk adik beradik riuh rendah ni bukannya cukup. Baru tahun lepas lah dapat kumpul semula. Itupun bukanlah semuanya. Sebahagian je. Dan seelok masuk ke tahun baru,maka kami bakal berpisah semula. Demikianlah sunnatullah.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Walau dah terbiasa dengan segala bentuk perpisahan,namun perpisahan bukanlah perkara yang boleh disebut 'alah bisa tegal biasa'. Sebab disetiap kali berlakunya perpisahan pastilah mengundang kesedihan. Moga tidaklah sedih itu dinilai KP oleh Tuhan. Lebih-lebih lagi berpisah kerana Tuhan. Nak bantu disana-sini,cari pengalaman lagi. Hikmah perpisahan ialah mengajar kita untuk tahu hidup dengan semua orang dan dalam keadaan apa-apa pun. Tidaklah hanya berkumpul sesama kita. Pi mai pi mai tang tu ja. Lagi pun berjauhan ni sebenarnya dapat menambah eratkan lagi hubungan. Jauh-jauh nanti timbullah rindu. Dekat-dekat pun taklah jemu. Tapi biar jelah rindu pun!

Selamat berpisah dan selamat berjuang buat semua GH. GH Borneo,GH Pantai Timur dan GH Tengah.. Oh ye,tak lupa untuk GH Indon.. Niatkan semuanya untuk Tuhan. Katakan kepada Tuhan,sebagai tanda cinta kita kepadaNya,kami akan lalui ini semua. Sedih-sedih peribadi letak tepi waktu ni. Nak kena belajar sedih kalau tengok islam tak terbangun.

Aku bab-bab berpisah ni suka lah nak tacing lebih! Tapi selalu kawallah sedaya upaya.. Sebab tengok adik-adik relaks je. Malam-malam nak nangis dalam selimut tu diam-diam jela. Bukanla sedih apapun.. Yelah kadang kita ni adik beradikla penghibur. Nak berhibur jenis-jenis ke Genting Highland tu gayat pulak! Nanti rindulah dengan gelagat Mubarakah Fathiyyah moga panjang umurmu (ikut rentak lagu).. Lepasni Kak Lah dengan Mat jelah. Takpe,budak sekolah ramai boleh buat adik angkat. Tak heran pun..



Pepatah arab ada berkata,rumah itu indah bukan kerana (sifat) rumah itu,tapi kerana ada bersamanya orang-orang yang tersayang. Tapi Tuhan nak latih kita untuk jadikan keindahan sejati itu hanya bersama Tuhan,sebab tu dari kecik dibiasakan dengan perpisahan. Tak apa berpisah dengan manusia,tapi jangan sampai terpisah dengan Tuhan.

Puak-puak ni pulak kalau dah sibuk tu manalah sempat nak skype ke viber ke.. Dalam group bb jelah meriah sekali sekala. Takpe.. Biar kita berpisah didunia yang sementara,moga dapat bersama diakhirat yang kekal selamanya. Awat aih macam nak pisah pergi mana je!

Baiklah.. Tak naklah layan sedih-sedih ni. Rimas kalau nak KP lama-lama. Kerja lain banyak yang menanti. Korang dah dengar tentang persembahan GH pada 26hb nanti bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya? Jangan lupa dapatkan tiket segera ye. GH mana yang akan terlibat tu kita pun tak tau. Tapi manalah tau GH Borneo pun dapat pelepasan nanti waktu tu.. Sama-sama kita meriahkan teater muzikal islam yang sarat dengan mesej tentang Tuhan. 


Oklah.. Dikesempatan ini nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua team di Kuantan khususnya buat Tuan Azral yang disegani diatas segala layanan yang diberikan. Tak lupa buat Cik Mi dan Cik Lam. Moga Tuhanlah yang akan balasi semua kebaikan. Yelah.. Manalah mampu kami nak balas jasa makcik-makcik kafe yang selalu risau kalau kami tak makan. Asyiklah hidang macam-macam. Begitu juga dengan semua team kebudayaan. Mohon maaf segala salah silap,teguran,kecerewetan melampau dan semuanyalah. Semoga dibantu untuk mempertingkatkan diri sebagai abid dan pejuang atas nama islam. Tak lupa untuk Ust Rahim atas ABJ nya yang superb! And Nuy.. Your Pavlova really made my day :-) 






Comments

picis picisan said…
Selamat berpisah demi Islam - GH
salmasalamah said…
K.khaulah bile nak dtg bangkok,thai?.. (Hahah xde kaitan) smua tmpat dah pergi.. Sinie je.. Dah lame x dtg..

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...