Skip to main content

Posts

Musafir GH

5hb - Dari Pochan naik bas 2 tingkat singgah Lahar Yooi,Penang jenguk anak-anak sedara yang makin pandai berjuang sebagai penyembelih ayam islam tegar! Lepas tu jalan lagi dan singgah makan malam di Ipoh. Makan kari ayam,sedap.. Tapi pasal dah kenyang sangat makan nasi ayam hainan kat Lahar Yooi tu dah tak boleh nak pegi dah. Nak mintak tapau segan pulak. Takkan nak tapau senyap-senyap. Syukran jazilan ya orang Ipoh... Lewat malam baru sampai BCH Rawang.  6hb - Destinasi 1@Shah Alam.  Lepas sarapan gerak ke Shah Alam destinasi (show) pertama bersempena perasmian Fried Chicken House meraikan juga anak-anak yatim,asnaf zakat dsb. Nama FCH tu gempak kan? Bentuk resto tu pun boleh tahan. Nak kata boleh lawan KFC tu tak taulah kan. Pasal KFC ada gambar pakcik tua yang legend tu. FCH kena bubuh gambar Sy Azam la kot untuk jadi daya tarik. Rehat dulu di homestay berdekatan,show disebelah malam. Show berjalan baik walau ada sedikit gangguan teknikal. Perlu.. Untuk kekal merasa kesempu...

PENGUMUMAN PENTING!!

Pengumuman pengumuman pengumuman!! (Nada kecemasan bangunan terbakar) Patutnya lama dah buat pengumuman ni,tapi asyik terlupa. Tapi teringat balik bila ada orang baru tanya ni. Baiklah.. Untuk pengetahuan para pengguna facebook sekalian,saya sudah beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi terlibat dengan facebook. Samada aktif di akaun sendiri,atau stalk akaun orang,atau buat akaun guna nama lain lepastu komen di page orang,atau minta sesiapa tolong wakilkan saya di facebook... Tidak sama sekali!!!  Kalau anda terjumpa akaun atas nama saya yang aktif,sesungguhnya itu bukanlah saya. Dan saya juga sama sekali tak terlibat dengan akaun atas nama fb mawaddah mahupun mana-mana akaun yang lain! Harap maklum. Kepada yang menguruskan akaun fb mawaddah itu (saya pun tak pasti siapa) saya ucapkan terima kasih jika tujuan anda untuk mempromosi lagu-lagu ketuhanan. Moga Tuhan sentiasa bersama. Namun kalau ianya memberi kesan negatif,sebaiknya kita gunakan saja medium lain untuk kerja-kerja me...

Ya Ummad dunya..

Mesir Ummud dunya. Ibu dunia. Disebut negara tertua didunia. Banyaknya sejarah yang telah tercatat disana. Sejarah pejuang kebenaran juga sejarah penderhaka.  Aku belum pernah menjejaki Mesir. Hanya berpeluang transit beberapa kali diairportnya. Namun berpengalaman hidup ditengah orang-orang Mesir yang datang ke Jordan mencari rezeki. Jadi cukup tau tentang Mesir dan orangnya. Orang Mesir ni memang merata merantau ke seluruh dunia. Di tengah-tengah kota New York,Manhattan,disekitar Times Square,banyak didapati gerai-gerai kecil menjual makanan halal. Oleh orang Mesir. Sempat juga beberapa orang Mesir bekerja di mat'am Qasr Lubnan di Jerash tu. Segala kekalutan yang berlaku di Mesir itulah lambang watak sebenar mereka. Ada satu lagu tentang Mesir yang menjadi kegemaran aku.. Ana masri wa buya masri.. Bisamari o louni masri.. Kulli masrallah 3aleik.. Sejak dulu lagi Abuya dan perjuangannya sudah wujud di Mesir. Tidak sedikit pelajar yang dihantar berjuang disana....

Kenapa tiru Abuya?

Ekoran dari post aku tentang solat Abuya tu,aku ada menerima beberapa komen yang semuanya aku hargai. Baik mahupun buruk. At least aku tau yang blog aku ni ada penyinggahnya. Alhamdulillah.. Diakhir zaman orang beragama dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang tepat,ada juga yang ikut fikiran mereka sendiri dengan berbagai bentuk dan cara. Memahami hadis Rasulullah bahawa baginda meninggalkan quran sunnah untuk dianuti,siapa yang ikut keduanya akan selamat itu tidaklah mudah. Aku rasa kalau ianya semudah abc,dunia takkan rosak sampai macamni sekali. Bahkan sebenarnya perbuatan mengajak orang untuk beragama yang tepat dengan mengatakan cukup ikuti sunnah dan quran adalah satu perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab. Sama saja seperti kita katakan pada orang yang ingin memeluk islam,cukup selak quran kau kan temu jawapan! Quran bukan buku resepi,bukan novel mahupun buku hutang. Quran adalah mukjizat terbesar Nabi akhir zaman dan untuk memahaminya juga perlulah dengan panduan bag...

Satun 13

Berangan memang indah,apa lagi angan-angan tu akhirnya jadi kenyataan. Baiklah.. Angan-angan itu merugikan kecuali disertakan dengan doa. Manalah tau akan dimakbulkan kan? Macamlah waktu dalam tarhil kami selalu berangan nak pergi Thailand.. Bukanlah suka sangat dengan negara yang banyak ba alif ba ya tu tapi anganan itu akan muncul bila rasa jemu dengan makanan tahanan maka Thailand akan terus muncul dalam ingatan sebagai negara yang mengungguli bahagian makanan diiringi Indon dan Indon. Indon kena sebut dua kali! Tiba-tiba bila ekspo barangan halal yang sepatutnya diadakan di Jitra telah dipindahkan ke Satun,Thailand  (menurut laporan akhbar yang tiada henti mempromosi),maka jadilah angan-angan itu sebagai kenyataan bila kami diberi peluang untuk ikut sama memeriahkan ekspo itu. Berderet-deretlah kenderaan Malaysia melintasi sempadan Thai lengkap dengan surat izin gabernor membawa barang-barang dari pelbagai tempat untuk dilonggokkan diperkarangan Tesco Lotus atau s...