Skip to main content

Kembara Paris - Samara part 1

Jumaat - 27 September 2019

Angin musim luruh sesekali terasa sejuk menusuk tulang. Belum begitu dingin, tapi untuk mereka yang sudah terbiasa dengan cuaca panas lembap di Malaysia, agak terasa sejuk juga. 

Hari ini akan bermula lagi kembara atau xpdc yang sudah menjadi program bagi GISBH di setiap beberapa bulan sekali. Musafir ini da’bus solihin. Resam orang-orang soleh. Pada kali ini, kembara silaturrahim ini akan bermula dari Paris, melewati Berlin, akan singgah di Warsaw, kemudiannya ke Riga, masuk ke Moscow dan terus ke Samara bagi mengikuti ekspo halal yang akan berlangsung pada 3 - 5 Oktober depan. 

Luar biasanya kerana pada kali ini ianya dilancarkan serentak. Tuan Nasir selaku orang yang merancang dan menyusun xpdc ini telah mengatur semuanya dengan rapi. Ada team yang sedang mengikuti ekspo halal di Sarajevo, ada juga team yang terus terbang ke Moscow dari KL bagi persiapan awal. Manakala kami pula ialah team yang akan melalui jalan darat dari Paris ke Samara, Rusia. Kalau bukan dengan izin Allah, mana mungkin semua ini akan terlaksana. Tidak mudah untuk membawa rombongan seramai ini berxpdc lebih-lebih lagi jika tujuannya adalah untuk membesarkan Allah dan Rasul juga untuk memenangkan Islam. Sangat mengharapkan bantuan Allah di sepanjang permusafiran ini. 

Untuk aku sendiri, ini merupakan entah yang ke berapa kali berada di benua ini. Namun sudah pastilah pada kali ini ianya terasa lebih bermakna kerana dapat bersama dengan para pimpinan GISBH khususnya Tuan Rasidi, Tuan Nasir, Tuan Lokman dan seluruh barisan ahli lembaga penasihat GISBH. Ikut serta juga Puan Dr Ibu Gina dan Puan Azura yang merupakan ibu untuk kami semua, menjadikan xpdc ini terasa ‘lainnya’.

Sekitar jam 11 pagi waktu Perancis, kami berangkat memulakan perjalanan dimulai dengan bacaan doa oleh ketua rombongan kami iaitu Tuan Anuar. Ada 4 buah kenderaan yang bergerak dari Paris termasuk 2 buah motorhome yang disewa khas. Sebuah kenderaan lagi akan berangkat dari Frankfurt, dan kami akan bertemu di Cologne, Jerman. Asalnya Tuan Anuar menetapkan waktu keberangkatan pada jam 8.30 pagi namun ada beberapa masalah teknikal yang berlaku membuatkan sedikit tertangguh. Kami terus belajar dan muhasabahkan semuanya moga dapat terus ditingkatkan. 

“Bawak motorhome ni dah rasa macam bawak lori!“ kata Uqbah yang merupakan salah seorang pilot kami. Saiz motorhome yang besar, dilengkapi dengan tempat tidur untuk 4 orang, juga ada meja makan untuk 6 orang siap dengan peti ais, dapur, bilik air. Memang rasa macam kat rumah sendiri. Mahalnya pengalaman yang Allah beri. Terima kasih pada para pemimpin yang memberi kami peluang untuk merasai semua ini.

Selain Uqbah sebagai pilot, hanya ada aku, Puan Sharifah Norsita (Cik Ita) dan Tsuwaibah di motorhome ini. Terasa sunyi pula. Baiklah sembang-sembang yang boleh mendatangkan manfaat. 

“Macamana Cik Ita mula-mula boleh ikut dakwah?,” tanya aku ingin tahu. Senyum Cik Ita mendengar soalan dariku. 

Cik Ita mula beralih ke aliran dakwah pada sekitar tahun 1984. Aku pun belum lahir lagi waktu tu. Ketika itu umurnya baru 19 tahun. Kagum aku. Aku tak pernah mengalami pengalaman begitu. Lahir-lahir saja sudah dikenalkan dengan kehidupan secara Islam. Sedangkan mak ayah kita dulu, mereka terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan Iman dan Islam. 

“Waktu tu memang tertarik bila tengok orang pakai tudung, lebih-lebih lagi yang pakai purdah. Cuma waktu tu ada mentaliti yang salah di kalangan golongan yang ikut dakwah. Mereka fikir, bila ikut saja dakwah, kena hidup secara zuhud. Zuhud yang difahami ialah meninggalkan dunia sepenuhnya hinggakan kawan Cik Ita sendiri ada yang tidur pun tak nak pakai tilam!“ lucu kami mendengarnya. Namun itulah proses yang berlaku untuk bagaimana akhirnya Islam itu benar-benar difahami dan dijadikan sebagai cara hidup. Berulang kali para pimpinan kami sampaikan, halal itu bukan sekadar makan dan minum, tapi ialah merupakan cara hidup. 

Sekarang, Islam oleh GISBH ditampilkan dengan sangat berwibawa. Para pimpinan sangat mengingatkan kami golongan remaja di syarikat ini bahawa Islam bukan hanya sekadar cakap-cakap, komen-komen, tapi benar- benar dilaksanakan. Kami sangat diajak untuk sama-sama membangunkan Islam dengan hati, menjadi kawan kepada pemimpin, dan diharapkan dapat meneruskan perjuangan atas nama Allah dan Rasul ini. Nak cakap tentang Islam memang mudah tapi nak berbuat tu yang payah. Lagilah zaman sekarang ni. Ada orang yang Islamnya hanya di facebook, setiap isu diulaslah semahunya, tapi realitinya Islam tak terbangun pun di tangannya. Yang timbul nanti hasad dengki melihat orang lain lebih berjaya darinya. 

Sibuk bersembang tak sedar kami sudah pun memasuki negara kedua setelah Perancis iaitu Belgium. Tsuwaibah sesekali menjenguk ke depan memastikan bekalan kudap-kudap Uqbah masih ada atau perlu ditambah. Risau kalau sampai pilot mengantuk. Kami ambil giliran untuk tidur bagi memastikan pilot tidak keseorangan. Cik Ita dan Tsuwaibah bergilir tidur di katil. Aku lebih selesa di atas kerusi dengan bantal leher yang sangat membantu. 

“Kak Olah, korang dah sampai mana tu?“ suara Adib kedengaran di hujung handphone ku sebaik panggilan dijawab. Adib baru landing di Frankfurt dari Sarajevo dan sebelumnya sempat singgah transit di Istanbul. Dapatlah jenguk anaknya yang baru lahir tu. 

“Penempatan macamana? Siapa yang pastikan?“ 
Baru aku teringat yang kami belum survey hotel untuk penginapan malam ini. 

“Penempatan ni kita bagi Encik Alunlah. Dia dah biasa. Nanti Kak Olah tolong pastikan je. Yang nak survey penempatan ni kena naik kenderaan paling depan, kena laju. Encik Idris nanti kita bagi tugas menghidang dan untuk pantau kenderaan.“ detail panduan dari Adib. Encik Idris asalnya ditugaskan untuk survey penempatan, tapi ditukarkan tugasnya mengikut kesesuaian. Aku kongsikan pertukaran itu di grup whatsapp untuk makluman semua peserta xpdc.

Terlalu banyak yang aku belajar dari Adib. Walaupun dia adikku, beza umur pun jauh, tapi aku terasa jauh matangnya dia dari aku hasil didikan Tuan Nasir dan Cik Zura yang mengambil alih tugas Abuya dan Ummu khususnya buat kami adik beradik. Aku sendiri dah niatkan ingin belajar sebanyaknya dari Adib di sepanjang kembara ini. Memandangkan kebanyakan kami yang ikut xpdc kali ini merupakan ‘orang baru’, dah tentulah banyak yang perlu dipelajari dan diambil tahu. Mudahkanlah semuanya wahai Allah yang maha baik..

Kami berhenti solat jamak takhir Asar dan Zuhur di Cologne Central Mosque. Dari situ kami sudah bergabung dengan team dari Frankfurt yang diketuai oleh Adib. Adib sempat mengikuti ekspo halal di Sarajevo, tapi kemudiannya bergegas ke Frankfurt untuk bersama dengan kami.

Setelah makan malam yang juga dijamak takhir kan dengan makan tengahari, kami berangkat meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Panduan dari Tuan Anuar, kita jalan selagi terdaya. Kalau dah tak larat, kita berhenti rehat di mana-mana. Moga-moga para pilot diberi kekuatan setelah menyantap nasi putih dengan ayam masak kicap yang dibekalkan oleh kawan- kawan di Paris. Tolong doakan moga perjalanan kami dipermudahkan. Untuk harini, sampai sini dulu ye..


Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a