Menghabiskan minggu pertama tahun baru 2013 ini di Chalet Nur Mohd adalah satu keputusan yang sangat bijak. Walaupun dalam kebijakan itu ada juga kerenyahannya. Bijak yang dimaksudkan itu bukanlah kerana akal cerdik cerdas bergeliga! Tapi kerana telah sanggup mengorbankan masa dan kulit untuk rela dibakar dibawah terik mentari berjam-jam lamanya untuk menghasilkan sesuatu yang diharapkan dapat memberi kepuasan kepada jiwa,sekurang-kurangnya! Selebih-lebihnya dah tentulah dapat memberi manfaat buat manusia yang lain juga.
|
3,2,1 action! |
|
Fokus..! |
|
Reflector,Camera,Editor |
Berbekalkan ilmu yang boleh dikatakan sama sekali tiada didalam bidang shoot mengeshoot video klip ini,ku gagahkan diri bersama adik beradik yang lain untuk shoot ulang video klip lagu Terima kasih Wahai Nabi yang hasil shootingan sebelum ini sangatlah mengecewakan. Salah kami lah juga yang sambil lewa. Hasilnya,walaupun shoot pakai 5d tapi hasil tetaplah kampung dan jumud! Maka pada kali ini semua bersemangat waja walaupun dalam paksa rela kulit muka sampai berubah warna. Sudahlah memang warna kulit tidak sekata,ditambah pula dengan kelabu asap dimana-mana. Kalau nak fikir-fikir diselangi nafsu memang ada yang akan buat pembedahan muka,tapi iman masih kental didada disamping terasa bodohnya perbuatan itu sebenarnya.
|
Perigi tu buat sendiri ye.. |
|
Tu dia..! |
|
Antara babak yang renyah! |
5 hari di chalet,pagi-pagi lagi dah menapak ke arah padang pasir untuk memulakan shooting. Dah dekat maghrib barulah menapak pulang. Dapatlah rehat sikit zohor untuk sembahyang dan makan. Selama ni pelik awatlah orang shooting sampai berjam-jam padahal kadang babak tu muncul seminit dua je! Rupanya bila terjun sendiri,idea pula membuak-buak,nak angle itu ini,ditambah lagi dengan keadaan cahaya matahari yang berubah-rubah,angin dari berbagai arah,mekap artis bertompok-tompok,huhu..memang lama! Lagu pulak duet sampai 8orang. Manalah tak bertimpa-timpa. Tapi takpe,yang penting puas. Lagi-lagilah shooting ni melibatkan binatang-binatang yang kurang faham bahasa! Kalau hollywood lainlah..memang binatang dah dilatih bertahun-tahun. Ini jenis binatang yang rasa nak eeeiii..takleh bincang langsung! Tapi alhamdulillah semuanya tuntas juga.
|
Posing Jun dan Hamdan |
|
Slider rekaan sendiri |
|
Ni krew jugak! |
Semoga semuanya Tuhan nilai sebagai salah satu usaha kami untuk mengambil berkat. Ambil berkat mengeluarkan video klip lagu untuk Nabi yang diharapkan dapat menambah cinta Nabi dihati kami dan semua yang bakal menontonnya. Sekarang sedang proses final kan editing dan color grading. Doakan ye..
|
Kucing pertama dihati |
|
Langsi nama diberi |
Comments
KAK UMMU HANI ABU HASSAN