Skip to main content

" Faham ka? "

"Orang tau dia tak tau. Orang bagitau dia buat tak tau. Dah tak tau tu dia buat-buat tau. Dia tak tau kata orang tau yang dia tak tau!"

Sila baca ayat diatas dengan loghat utara yang pekat untuk mendapatkan keberkesanan dan kefahaman yang mantap terhadap makna sebenar disebalik kata-kata ini. Orang utara ni memang kasaq tapi kasaq-kasaq pun memang betui apa yang di habaq tu. Kalau oghang ketegaq memang kena bagi! Kalau tak dia tak sedaq dighi.. Tu dia..

Nak faham ni bukan mudah. Apalagi nak bertindak dengan kefahaman yang tak mudah itu. Lagilah tak mudah. Contoh nak belajar bawak kereta. Boleh ke hanya dengan panduan yang diberi atas kertas,tak payah pakai cikgu dah terus boleh bawa kereta? Selengkap manapun panduan atas kertas tu,faham macamana pun,namun tetaplah perlukan seseorang untuk mengajar secara praktikal. Nak jadi doktor tu..boleh ke main baca buku lepastu tiba-tiba dah boleh jahit orang. Mestilah nak kena berguru dulu paling kurang 7 tahun. Kan?

Ala..nak buat resepi yang amik dari internet pun ingat senang ke? Yang senang-senang macam megi goreng bolehlah! Tapi kalau nak buat kek mousse jelly caramel rainbow layer bake (aku merepek) ingat boleh main baca-baca je ke? Paling-paling kena tengok video yang ada orang mengajar sambil memasak. Barulah senang nak faham. Huish.. Kalaulah memang Tuhan buat tak payah ada cikgu,aku rasa sape-sape pun boleh jadi pilot,boleh baiki mesin basuh,boleh repair kereta,boleh bukak KFC tepi rumah..

Nak belajar ilmu dunia pun kena ada cikgu inikan pula nak belajar tentang akhirat. Akhirat yang kita tak nampak,yang tak boleh nak fikir-fikirkan,sebaliknya perlu mengenal dengan hati,yang hati tu pulak mengeluarkan gelombang yang kita tak pernah tengok pun. Haa..tak ke payah tu? Nak belajar sembahyang khusyuk,rasa Allah melihat kita dan kita melihat Allah,mudah ke? Ala..setakat ustaz-ustazah pakat keluarkan ayat quran bolehlah. Nampak macam gempakla. Padahal depa pun tak dapat solat khusyuk lagi. Apa lagilah aku yang bukan ustazah nikan. Samalah macam poligami. Amboi..tang baca ayat quran tentang poligami bukan main lagi. Lepastu semua pakat takut bini! Yang ustazahnya lagi parah..dah berbelit ayat quran dibacakan tiba-tiba boleh pulak bawak hujah kata isteri Nabi pun benci poligami. Apa daaa... Ini macam pun ada kaa? Hehe..

Pendek kata Tuhan lah yang menciptakan manusia perlukan GURU didalam melalui proses pembelajaran. Kalau tanpa guru,takut-takut syaitanlah gurunya. Sedangkan Nabi pun berguru dengan Allah,takkanlah kita nak ngelat kata tak payah guru kan? Cukup dengan quran hadis katanya! Kalau memang cukup dengan quran hadis,kenapa dunia jadi separah ini? Malah dinegara yang orang kerja cakap quran hadislah yang paling parah pun! Itu fakta,wajib kita terima.

Bodoh takpe,tapi jangan bodoh sombong! Dah bodoh tak mau belajar pulak. Dahtu nak apa? Rasa diri faham,padahal orang dok ketawa tengok dia yang jelas sangat tak faham. Bila tak faham tapi rasa faham,maka lahirlah pemikiran yang kita pun tak faham. Awat aih.. Orang kata A dia faham X,macamana? Orang kata kalau nak bawak kereta kena pakai tali pinggang keledar,tapi dia tak mau! Bila tak mau,orang marahlah,tak bagilah dia bawak kereta. Lepastu dia dok hingaq kata orang larang dia bawak kereta. Laa..hang nak bawak gheta,bawak pi la. Tapi dah tali pinggang pun tak mau pakai,toksahlah cari pasai! Haa..ni kira contoh orang yang tak faham bahasalah ni. Dia dok kira akai dia yang tak seberapa tu ja. Payah gu ni!

Ada cerita lagi,tengah kita dok susah hati duit tak cukup,tiba-tiba datang sorang orang kanan menteri yang boleh bantu selesaikan masalah. Ish..bukan senang nak jumpa menteri. Ingat boleh sembang kat pasar malam ja ka? Jadi bila orang kanan ni sudi bawak jumpa,menteri tu pulak pasai orang ni dia dah percaya,rekmen pulak hal kita,menteri pun suka dan bantulah kita. Kita pun nak balas jasa ucaplah terima kasih,bagi hadiah kat orang kanan menteri ni. Tiba-tiba ada orang mai marah! Dia kata,awat hang terima kasih kat orang tu? Patutnya terima kasihlah kat menteri! Marah sungguh dia. Padahal bukan dia yang tolong pun! Awatla jadi lagu ni. Terima kasih kat menteri tu dah tentulah. Itulah tujuannya pun. Tapi hang ingat kalau tak dak orang kanan tu,menteri nak ka pandang muka hang? Entah sapa-sapa! Pasai tula ucap terima kasih kat orang kanan tu. Bukanlah bermaksud orang kanan tu jadi sama taraf atau lebih besar dari menteri. Dah maklumlah tu. Simple je kan? Tapi jangan tak percaya kata ada orang susah nak faham! Dah tak faham kalau dok diam takpa. Ini dok la hingaq merata. Haru betui..

Kerana itulah Tuhan datangkan Rasul dan Nabi,setelahnya mujaddid,guru mursyid yang mereka itu semua adalah pemimpin yang dapat memandu hati. Bukan sekadar pemimpin negara atau parti. Bukan pilihan manusia tapi ialah pilihan Tuhan. Nak pimpin himpunan beratus ribu rakyat berarak seluruh negara itu jauh lebih mudah dari hendak memimpin sebuah hati.

Saje je nak membebel dalam loghat utara harini. Rindu kat kampung dan Tok yang kini sedang bahagia mengendalikan rumah amal yang semakin meriah. Tok lah yang dari dulu suka bebel-bebel kat kami cucu-cucu niha. Dah seratus umur Tok. Kiranya Tok ni salah satu khazanah jugak sebab Tuhan buat Tok tak nyanyuk. Boleh ingat semua peristiwa dan orang-orang yang pernah datang dalam hidupnya. Kadang-kadang kita lagi nyanyuk dari Tok. Moga Tok panjang umur untuk terus memberi ingatan dan panduan pada kami..
Eh! Satgi ada pulak yang kata kita taksub dekat Tok! Eeiiii...

Comments

Anonymous said…
Adik

Semoga Allah memberi hidayah ke jalan yang benar . Allahumma arinal haqqa haqqan warzunnattiba'ah , waarinalbaatila baatilan warzuqnajtinabah ,,.... amin.
Anonymous said…
tu dia..dahyat noi cita khaulah ni..tegelak cek baca sorang2..ade ke org nk pk lgu tu..hehhee..ape pn terbaek lah cter ni..mmg kne tang btg hdung sndri.huhu
Anonymous said…
Allahumma barik lana fima razaqtana wa qina azabannar bismillahi waala barakatillah....amin
Anonymous said…
Ya Allah Ya Tuhanku harap Kak Khaulah dapat update blognya secepat mungkin...aminnnnnnnn...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a