Abuya pesan sangat dari kecik jangan biasa berhutang. Kalau dah pandai hutang seposen,lama-lama nanti terbiasa hutang ribu-ribu. Hutang yang mampu dilunaskan boleh tahan,tapi kalau hutang bawa ke mati? Moga diampunkan..
Tapi sungguh aku tak dapat mengelak dari berhutang sebenarnya. Hutang duit tu tidaklah. Tapi hutang budi dan jasa. Tak terbayar rasanya. Ramainya orang yang terlalu berjasa menyiapkan,menyediakan dan membantu agar dapat aku jalani hidup dengan baik. Walau tak diminta,tapi Tuhanlah yang telah menciptakan hati-hati yang ingin sangat berbuat kebaikan kepada orang lain.
Pisang emas dibawa belayar,masak sebiji diatas peti,hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati. Beruntungnya orang yang akan dapat mengutip hutang budinya diakhirat nanti bila setiap budi baiknya diiringi oleh doa dari mereka yang menerima kebaikan darinya. Abuya tu setiap kali sebelum makan akan merenungkan jasa-jasa mereka yang berbuat untuk sampai makanan tu ke meja. Buruh,petani,nelayan,tukang masak dan sebagainya tu istiqamah Abuya mendoakan mereka.
Aku hairan tengok Kak Atiah contohnya. Itu jenis yang kalau kemana pergi pun semua orang nak disaranya. Baju raya kami adik beradik dari semua mak tiap tahun dia yang kalut siapkan. Kalau nak ziarah orang sibuk dia cari buah tangan. Sekarang dia jaga anak yatim di Jordan,bertambah-tambah lagilah. Bukan boleh tu! Setiap saat nak belikan itu ini. Kesian katanya. Kalau dia pergi jalan-jalan,balik tu mesti akan bawak apa-apa jelah untuk disedekahkan. Dari yang muda sampai ke tua dapat bahagian. Malah kadang barang-barang aku pun disedekahkannya. Dia cakap nanti Allah ganti. Sebab tu dari kecik kalau dia minta duit banyak mana pun Abuya akan bagi. Sedangkan aku minta 10ringgit pun payah nak dapat. Sebab Abuya tau duit Kak Atiah ni banyak habis untuk orang,bukan untuk diri.
Ramai lagi orang-orang yang berhati mulia disekeliling aku ni. Mursyid,mak ayah,pemimpin tu dah tentulah. Kak Syidah kakak ipar aku pun macamtulah juga. Jarang menghampakan bila minta tolong. Tak minta tolong pun dia tolong juga. Antara jasa yang paling tak boleh aku lupa bila nak makan limau aku malas nak kopek sebab suka berair,dialah akan gagah kopekkan walaupun dia tak makan pun. Setiap kali macamtulah. Maka tiap kali tengok limau aku akan ingat jasa Kak Syidah.
Adik-adik aku Mubarakah,Sofwah,Iyah yang sangat tahu watak aku ni jenis malas kerja-kerja renyah contohnya nak basuh tudung,basuh telekung yang jenis tak boleh guna mesin,kena guna tangan,kena gosok-gosok..depa lah yang selalu berbesar hati nak tolong. Agaknya kalau depa tak tolong maka kekallah tudung aku bertahun-tahun tak basuh.
Belum lagi aku sebutkan perihal guru-guru dan kawan-kawan yang sangatlah berjasa tak kira masa. Syekh Zamri yang dah macam keluarga,Walidah (isterinya) yang sekepala,Kak Om,Kak Yati dan ramai lagi yang tak tersebutkan namanya disini. Semua mereka tu aku anggap sebagai hadiah Tuhan untukku. Ada juga orang-orang yang berjasa menundukkan nafsuku. Itu dikira jasa terbesar juga kerana menyelamatkan seseorang dari nafsunya adalah hal yang tidak ternilai. Maka wajiblah aku bersyukur juga.
Kesemua mereka yang telah berjasa padaku itu akan kekallah aku berhutang budi pada mereka kerana mustahil aku dapat balasi semuanya. Bukankah jasa dan budi itu tidak ternilai dengan wang? Aku hanya ada doa-doa yang akan aku panjatkan kepada Tuhan agar semua mereka itu dibalasi dengan kebaikan dunia akhirat,dianugerahkan hati yang dekat dengan Tuhan,dan diberi keselamatan untuk semuanya. Moga aku istiqamah mendoakan orang untuk doa itu kembali juga padaku..

Comments