Skip to main content

Batu syurga

Saat yang paling ditunggu ialah selepas selesai saja musim haji maka Kaabah akan sepi dari pengunjung. Hanya orang tempatan saja yang akan berlegar disekitarnya. Maka peluang keemasan ini tidaklah kami lepaskan begitu saja. Setiap malam akan ada trip ke Haram untuk mengambil berkat mengucup hajarul aswad. Bila orang tak ramai maka kuranglah perebutan. Nak cium hajarul aswad pun semuanya beratur. Tidaklah berasak separuh mati dan memang mati! Terima kasih Tuhan.. Moga batu syurga itu sudi mengucup hati-hati kami dengan cahayanya untuk disucikan dari segala kekotoran..

Lengang
Dekat dipintu Kaabah
Makam Ibrahim
Antara dunia dan akhirat
Sakainya aku!
Masjidil Haram

 

Comments

Anonymous said…
untung bg ssape yg dpt jejak kn dri d kaabah tu...foto2 yg khaulah show kn ni nmpak bnyk sgt prubahan..geng2 mawaddah sume nye da xmcm dlu..msing2 dgn hdup sndri..kdg2 rndu plak kt mawaddah yg dlu..hmm.pantas nye mse brlalu..
Anonymous said…
Rindu..mg dpt bersama kembali
nur athiqah said…
kak olah ngan kak fatim mmg dah menetap di sana ke???? kak olah ngan kak fatim x nak wat show berdua ke lg
nur athiqah said…
kak olah ngan kak fatim menetap terus ke di sana??? video terbaru bila nak siap x sabar nak tengok :-)

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b