Skip to main content

Nak update la ni!

Salam buat semua yang dirindui dan merindui..(ok,tak ada yang merindui.perasan)

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua kaum muslimin dan muslimat yang meraikan hari kemenangan untuk orang-orang bertaqwa ini. Sungguh kita malu untuk meraikannya,hanya saja Allah yang memerintahkan untuk menyambutnya dengan hati yang syukur dan juga takut kerna mengenangkan kita bukan hamba yang benar-benar layak mendapatkannya..

Rajin juga ikuti perkembangan alam maya baru ni,tapi tak rajin langsung nak update atau terlibat dengannya. Pemalas la tuh. Entah,kadang-kadang kalau otak dah beku,nak tulis 'hai' pun tak larat. Apa lagi kalau nak tulis panjang berjela-jela macam Syekh Harun di www.anjangmuor.wordpress.com nya itu ;-)

Hari ni bila terjaga dari tidur lepas asar(ampunkan aku Yaallah) terus rasa nak menulis sesuatu disini. Moga-moga apa yang ditulis ni bukanlah dari dorongan nafsu syaitan. Maklumlah,baru je lepas buat benda makruh. Tak niat pun tapi penat sangat! Moga ada kemaafanNya disitu.

Banyak sangat hal yang menjadi bahan fikir dan menung akhir-akhir ni. Dengan segala macam urusan yang tak sudah-sudah. Tapi alhamdulillah hari ni Tuhan dah sudahkan. Tak tau nak sujud syukur berapa kali. Walaupun tetaplah cemas jugak kot-kot Tuhan ada perancangan lain. Tapi antara yang paling indah dan meninggalkan kenangan ialah bila dapat join buat rumah terbuka GISB Jordan haritu. Yelah..macam dah rasa kecundang gila bila tiap kali depa function,kita ni mesti terkecuali. Kat Mekahla,balik Malaysia la. Tapi time kita dok terlepek kat Masjidil Aqso(nama dorm kat Jerash) tu takde pulak nak buat majlis apa-apa. Kali ni memang paksa adik-adik tu buat jugak open house sempena raya lepas puasa 6 tempohari.
Bergegaslah kami menyusun team untuk misi mustahil tu. Mana tak mustahil. Orang nak buat open house rancang sejak awal-awal hari. Yang kita ni persiapan pun 2 hari je. Tapi konon nak bagi makan sampai 500 orang. Tapi alhamdulillah. Misi terlaksana!

Memang seronok bila ada team yang sehati sejiwa dengan kita hal nak bekerja ni. Letih juga dengan orang yang kadang hanya tau cakap berjela-jela,berjam-jam tapi hasil takdak. Dengan adik-adikku di Jerash ni lainla. Memang rajin walaupun kadang-kadang ada yang terpaksa dikejutkan subuh guna besi penyucuk sate. Macam-macam. Suka tengok Sofwah garang bila jadi muraqibah. Habis semua kena tapau. Good job fah. Tok mesti suka bila ada cucu dia yang mewarisi sifat tegas menurut islamnya itu.

Bila dengar cerita-cerita macamni memang ramaila mak ayah nak posting anak ke Jordan pulak. Aduhh.. kami sebenarnya suka je nak menerima semua anak-anak anda. Tapi buat masa ni,kalau kami terima takut-takut menzalimi mereka. Dengan keadaan tempat yang dah agak padat,orang yang nak memantaunya pun dah kurang,kang ada yang terlepas pandang. Tak naklah kan. Kalau boleh biarlah setiap orang disini mendapatkan perhatian untuk sama-sama dibina peribadi,akal dan rohnya. Kalau ada yang sempat berangan tepi bukit,tidur dalam kandang kambing,itu tandanya dah nak kena cari tiket dan hantar balik. Berjuang di Malaysia pulak ye Azimah dan Uweis.

Syabab dan Banin

GH,Ukhti dan banat

Berbalik pada cerita rumah terbuka tadi. Memang terhibur dengan kedatangan tetamu,pelajar-pelajar Malaysia dari Mafraq dan Amman seramai 3 bas. Suka tengok depa teruja bila nampak sate. Dah lama tak makan katanya. Kawan-kawan arab pun tak kurang juga yang semangat datang nak tengok macamana orang Malaysia sambut raya. Yang lucunya depa pelik kita masih beropen house setelah seminggu Syawal. Sedangkan raya bagi mereka hanyalah pada 1 Syawal. Itupun main-main je raya. Memanglah main-main bila hidangannya makmoul dan pepsi je. Ish..

Itu sebenarnya nak bagitau,sapa yang nak buat open house lagi,sila jemput ye ;-p

Ok..nak beransur dulu. Kemas-kemas baju untuk berangkat ke destinasi yang baru. Doakan.



~Renungan dan menungan~

Dahsyat Tuhan yang mentakdirkan setiap hal sangat tepat dan sesuai dengan peredaran dunia dan kehidupan manusia. Tidak ada satu pun yang tersilap. Kalau ada yang kita musykilkan dengan apa yang Tuhan tetapkan,kita boleh tanya. Dengan Tuhan boleh bincang. Nak duit pun boleh minta kat Tuhan. Apa lagilah kalau nak kan penjelasan dari Tuhan atas setiap apa yang berjalan di muka bumiNya ini. Kan? Janganlah hendaknya kita jadi hamba yang terlalu banyak mempersoalkan ketentuan Tuhan. Hanya kerana ianya berlaku tidak sesuai dengan kepentingan nafsu kita. Tapi jadilah manusia yang tahu meletakkan Tuhan pada tempatnya yang maha tinggi dan agung sesuai dengan kebesarannya. Raja pun kalau kita langgar protokolnya,silap haribulan boleh masuk penjara. Inikan pula Tuhan. Kalau banyak sangat hal yang kita lakukan menyinggung adab dengan raja segala raja,neraka lah padahnya. Namun..ruang taubat untuk kita sentiasa terbuka. Tinggal kita memilih waktunya. Harapnya biarlah ia berlaku segera.

Comments

Anonymous said…
Mgkin de jgak yg rindukn k.olah. Tpi yg pling pnting the BEAUTIFUL blog. Doakn sye dpt jjkn kaki ke hramain.;D
Akhafullah said…
Salam buat semua yang dirindui dan merindui..(ok,tak ada yang merindui.perasan)

Saya rindu dan dah lama tertunggu-tunggu akak update blog..hehe..(^,^)
Akhafullah said…
Salam buat semua yang dirindui dan merindui..(ok,tak ada yang merindui.perasan)

Saya lah yg rindu dan dah lama tertunggu-tunggu akak update bog..hehe(^,^)
Anonymous said…
selamat berjuang olah....bila bc terimbau balik kenangan di jordan dulu...so beutiful....
Anonymous said…
Trubat rindu bile blog ni dh update..suke dgn celoteh dan nasihat yg d sampaikn..harap2 ada lg new entry..
nuRaihanOlis said…
saya juga suka sgt ngn post2 blog kak olah..

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b