Kali terakhir bawak kereta manual dengan jayanya ialah disaat ujian JPJ dan berjaya mendapatkan lesen! Setelah itu teruslah katakan tidak pada kereta manual yang meletihkan lagi mendebarkan. Sudahlah bawak yang auto pun sesekali debaran tetap ada,inikan pula terpaksa berfikir nak tekan minyak dulu atau nak angkat klash (ok ejaan) dulu atau tarik handbreak sepanjang waktu memandu.
Tapi bila keadaan memaksa,maka kereta manual itu kembali (terpaksa) ku gagahi. Berdoa sehari sebelum,menjampi kunci kereta dan macam-macam upacara lagi yang dilakukan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. Harini cuba lagi setelah percubaan haritu terberhenti dua kali terima kasih sebab klash (ejaan lagi) tinggi kena tekan minyak banyak-banyak rasa nak lari!! Alhamdulillah harini Allah izinkan lancar. Pemangkin untuk terus menjadi driver kereta manual insyallah..
Itulah aku dari dulu. Sering memilih jalan mudah untuk berjaya. Dari kecik begitu! Bila masuk kelas sekali dengan budak-budak pandai maka aku akan mohon untuk masuk kelas yang kurang pandai sebab target nak periksa nombor satu nanti dapat hadiah. Tak larat nak bersaing berat-berat! Namun bila Tuhan yang memilihkan jalan hidupku,Tuhan syaratkan untuk ambil assignment yang susah,untuk sampai hati tidak putus lagi dariNya. Assignment susah tu bukan bermaksud paling susah! Sekurang-kurangnya susahlah untuk aku! Untuk orang lain mungkin kacang saja! Kenapa kacang ye? Kenapa bukan sweet corn,waffle dan lain-lain makanan (yang ada di GH Corner) yang senang jugak nak makan!
Bila dah duduk makin jauh beribu batu maka tiap hari adik beradik (banyak ayah dan banyak ibu) hanya sempat bermeeting meetingan melalui bbm atau bb group untuk bertanya,merujuk,berbincang,kadang-kadang karaoke melalui voice note di whatsapp dan sebagainya tapi tak termasuk bertanya kabar kerana watak keluarga ni tak reti tanya apa kabar. Sebab selalu sangka baik yang kabar masing-masing ok. Jadi lagu apa kabar tu bukanlah untuk kita! Hasil meeting biasanya akan diputuskan untuk semua menangis dulu kat Allah sebelum memulakan apa-apa kerja,nak selesaikan masalah dan lain-lain. Mohon semua sedar diri yang kita takde langsung modal untuk berdepan dengan dunia/akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan! Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi! Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk islam yang sedang diperjuangkan. Kita semua pandai menangis apabila diri atau orang yang disayangi itu diuji atau tersakiti. Automatik. Tapi tak ramai yang sanggup menangis apabila islam yang tersakiti. Maka ambillah assignment yang tak mudah itu demi memohon keajaiban lahir batin dari Allah yang Dia itu terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya. Tuhan tunggu tu!
- Selamat hari jadi terlambat sikit untuk Mama Zainab yang selalu gagah dan sanggup ambil kerja yang renyah dan susah iaitu setiap hari berfikir untuk menambah bilangan kenalan dan kawan dari kalangan masyarakat arab untuk sama-sama diajak memeriahkan islam. Maka aku pun pun terinspirasi untuk melakukannya disini. Doa,keberanian dan sedikit toye diperlukan untuk menjayakan itu.. Tolonglah Wahai yang maha menolong..
- Doakan juga agar proses pembikinan album GH seterusnya berjalan lancar. Sikiiiit je lagi. Nak cetak dah. Sekian
Comments