Skip to main content

GH : Krisis Identiti?

Bila Generasi Harapan kembali ke Malaysia dan muncul dengan satu konsep persembahan yang baru,maka berlakulah pro dan kontra dalam hal menerima pembaharuan itu. Ada yang suka,ada yang tidak. Itu lumrah. Macamlah Mawaddah awal-awal dulu,macam-macam isu yang timbul. Suara aurat,pakaian tak sesuai,perempuan tak boleh main drum dan lain-lain lagi. Tapi seiring waktu berlalu,segala yang pelik diawalnya dah mula jadi biasa. Dah makin ramai yang suka. Walaupun yang tak suka kekallah tak suka. Takpelah.. Hati bukan boleh dipaksa..

Maka bila ada yang mempersoalkan Generasi Harapan bersama konsepnya yang terkini,aku optimis saja. Mungkin dah makin tua,tambah matanglah agaknya. Hehe.. Marah pun tidak. Sebab aku rasa aku pun selalu persoalkan sesuatu yang aku tak faham,tak jelas. Siap kritik lagi. Biasalah kan.. Abuya Ummu ajar,kritikan atau kutukan samada membina atau yang menjatuhkan,itu adalah baja. Tuhan yang siapkan semuanya supaya hati boleh dapat dan kekalkan rasa hamba. Kalau selesa saja,Tuhan nak selit kat mana? 

Aku suka sangat bila ada yang tampil beri teguran ataupun komen. Sebab kita diatas pentas tak melihat apa yang penonton nampak. Samada disudut suara,persembahan,pakaian,tarian dan lain-lain. Ummu sendiri pernah tegur tentang pakaian lelaki yang singkat tak menutup punggung. Dan sikit demi sedikit kami cuba buat perubahan tu.  Nak pastikan seluar tak terlalu ketat,baju tak terlalu singkat. Aku dah minta operasi/alter baju-baju lelaki yang agak pendek,semua akan dipanjangkan. Begitu juga dengan yang perempuan. Aku rasa dari segi usaha yang aku buat memang dah cuba semaksimum mungkin untuk pastikan baju,tudung semuanya jangan sampai melanggar syariat. Macam-macam usahalah.. Sama sekali tak sambil lewa sebab aku tau Abuya Ummu memang sensitif bab macamni. Kalau ada yang tak perasan,terlepas pandang,mohon dibetulkan. Aku sendiri pun ada baju yang aku suka tapi tak pakai dah sebab Ummu tegur. Yelah kadang kita tak perasan. Badan dah besar tong tapi masih rasa berat badan hanya 40kg. Sebab tu aku hargai sangat segala bentuk teguran. Cuma nak mohon kalau teguran tu dapat direct pada aku atau kami yang lain-lain ni. Samada melalui email,bb,sms atau apa-apa jelah. Bukan apa,kalau teguran tu datangnya dari orang tanpa nama,tembak rambang je,kita boleh jadi tertanya-tanya. Sebab di alam maya ni macam-macam orang ada. Ada yang tegur sebab sayang,ada yang tegur sebab memang nak kondem. Ada yang tanya sebab memang nak tau,ada juga yang suka nak tanya padahal tak nak tau pun. Maka untuk membezakan keduanya,lagi elok kalau bersemuka (dengan cara email dll tadilah). Sebab ada juga teguran yang perlukan penjelasan. Ada pandangan yang boleh dipertimbangkan. Ada komen yang tak perlu diendahkan. 

Dari dulu lagi,dari Mawaddah sampai la ke la ni,kami ni nak buat apapun mesti tanya Abuya Ummu dulu. Kalau silap,waktu tu jugak kena tegur. Aku kan dah selalu cerita,nak belajar berjalan atas pentas pun Ummu lah yang ajar. Macam awal-awal dulu dungu tak reti buat lagu. Abuya lah yang pandu. Mula-mula ambil lagu arab,makin lama dah makin ok,buat sendiri tanpa ambil mana-mana lagu. Yang terkini album Pembela Quran memang sepenuhnya ciptaan GH tanpa saduran. Kami ni tak masuk sekolah muzik,Abuya Ummu lah yang jadi guru seni budaya dari dulu.

Bila kami buat album campur-campur lagu arab,inggeris dan melayu,ramai yang kata kita nak tiru Maher Zain. Padahal waktu tahun 2004,Mawaddah dah keluarkan pun album jenis campur-campur bahasa ni,Maher Zain tak wujud lagi rasanya. Tapi kita ambil positif. Orang tegur tandanya mereka prihatin. Dan sekarang kecohlah pula kata GH ni tiru Korea. Hehe.. Apahalla GH ni kerja meniru je. Takde identiti ke? 

Aku rasa meniru dan mengikut trend adalah 2 hal yang berbeza. Katalah,sebelum ni kat Malaysia ni yang selalu buat lagu rap ialah Too Phat,Ultimate.. Dan konsep itu sangat digemari. Tiba-tiba Shila Amzah penyanyi pop masukkan unsur rap juga dalam lagunya. Apakah itu dikatakan tiru? Atau itu ialah satu kebijakan penyanyi dalam hal nak menarik orang maka dimasukkanlah unsur-unsur yang digemari masyarakat diwaktu itu. Demikian juga dengan apa yang sedang GH lakukan. Sebenarnya dari Nada Murni lagi dah ada tarian sufi ni. Zaman Mawaddah dulu pun dah pelbagai jenis tarian sufi yang dipersembahkan. Dan sekarang ni atas nama GH pun ada tarian sufinya tersendiri. Kisah tarian GH yang terkini ni bermula pada suatu hari bilamana Ummu cakap kat kami,boleh ke kita reka tarian yang macam ada lompat-lompat sikit. Asyik tarian angkat tangan kanan,tangan kiri lepastu duduk bangun. Itu je. Cuba reka tarian yang lebih semangat. Ummu lah yang mula-mula mencadangkan hal itu. Maka kami pun (diketuai oleh Iyah dan Adib) mulalah mencari-cari jenis tarian macamana yang nak dibuat. Yang lebih segar,lebih semangat. Tidak dinafikan memang ada melihat tarian Korea,namun tidaklah sampai nak meniru semuanya. Agak-agakla haish.. Korea tu badan sekeping! Kita hanya melihat apa yang ada pada tarian tu sampai boleh jadi fenomena dunia harini. Kami juga tengok video seni-seni silat,tarian melayu,gimrama dan lain-lain gerakan. Semuanya tu dijadikan rujukan untuk disesuaikan dengan selera masyarakat. Aku rasa itu pun yang dilakukan oleh mereka yang suka nak belajar kan? Apa sekalipun,tarian hanyalah bonus. Sedangkan yang utama tetaplah mesej yang hendak disampaikan. Ramai yang respon pada persembahan GH,mereka memang tertarik dengan tarian yang dipersembahkan,tapi semua boleh nampak dan faham mesej besar yang disampaikan. Itu pengalaman kami sendiri mendengar pandangan orang setiap kali lepas show.

Tak kurang yang menyatakan bahawa mereka melihat satu warna baru didalam kumpulan budaya atas nama islam. GH tidaklah sepopular kumpulan Inteam yang walaupun hanya berdiri tegak atas pentas semua orang jatuh hati. Lebih-lebih lagi tak setanding Maher Zain yang kalau nyanyi sumbang pun orang tak boleh tidur malam. GH perlukan sebuah konsep yang sekira-kira dapat menarik masyarakat untuk mendengarkan mesej besar tentang Allah dan Rasul yang cuba disampaikan. Aku rasa kalau kami berdiri tegak je waktu show di Putrajaya haritu,ditengah masyarakat yang tak semuanya minat nasyid ni,mesti orang tak pandang pun kami. Tapi bila mesej itu disampaikan dengan cara yang menarik hati,maka lebih mudahlah ianya diterima. Bukankah itu merupakan keuntungan untuk islam? Walaupun begitu,kami kekallah berpegang pada prinsip bahawa konsep apapun yang diguna pakai,tapi sama sekali tidak sampai melanggar syariat. 

Arus hiburan berubah dengan cepat sekali. Siapa yang lambat,memang ketinggalan. Islam sebagai agama yang paling sempurna sudah tentu punyai cara untuk melawan arus hiburan yang melalaikan itu. Abuya selalu ceritakan tentang adanya golongan islam yang jumud,tidak kreatif,dan itu memberi gambaran bahawa agama ini kolot. Orang pun takut. Sedangkan Abuya membawa islam yang cukup indah. Disenangi kawan dan lawan. Boleh berada di kota-kota besar dunia. Boleh bergelanggang disemua lapisan manusia. GH sendiri pun memulakan langkah dengan lebih banyak bergelanggang diluar negara. Membuat persembahan tidak hanya kepada yang islam,tapi juga kepada yang bukan islam. Sudah tentulah kita wajib menggambarkan sesuatu yang indah mewakili islam yang indah. Kalau untuk melalaikan manusia,dibuatlah macam-macam tarian yang memesongkan. Itu cukup diterima dunia. Kenapa tidak kita buatkan juga tarian yang menjadi kesukaan ramai,tapi yang dapat dibawa kepada Tuhan? Abuya marah sangat bila tengok tv tayangkan tarian gelek oleh perempuan-perempuan arab. Teruslah Abuya cetuskan Mawaddah,kumpulan nasyid wanita yang diharap dapat menarik manusia kepada Tuhan. 

Ada orang cakap,GH kan ada identiti sendiri,kenapa nak tiru orang? Bercakap tentang identiti,bagaimana sebenarnya mempertahankannya dan bersikap lebih flexible tentangnya? Satu contoh.. Identiti Abuya dizaman Arqam ialah serban,purdah,hitam,hijau,putih.. Apakah bila sekarang kita dah berwarna warni,tidak berserban berpurdah lagi,bermakna kegagalan mempertahankan identiti telah berlaku? Atau yang wajib dipertahankan itu ialah syariatnya,sedangkan 'bagaimana' itu lebih flexible? Kerajaan Malaysia minta kita tukar imej. Selagi tidak melanggar syariat,rasanya masih boleh bertolak ansur. 

Tidak mudah memuaskan hati semua orang. Bukan senang nak buatkan semua orang senang. Nabi yang sempurna pun dibenci orang,apa lagi kita yang banyak kurang. Memang kita tidak selalunya betul. Nama pun manusia,selalu tersalah. Namun,selagi kita ada panduan insyAllah tidak tersasar. Andai terlajak,segera dapat dibetulkan. 

Kepada saudara/saudari yang menegur,diucapkan jutaan terima kasih. Semoga penjelasan panjang lebar ini dapat memuaskan hati. Kalau tak dapat,kepada Allah saya berserah :-) 
Salam sayang penuh keamanan.. 

Comments

Anonymous said…
GH debest lah
Zack07 said…
Betul tu.. Saya soKong!
Anonymous said…
Ada panduan dari DRIHA tu ok la ba
Wartakopi said…
salam, sy peminat mawaddah sejak dlu. cuma xtahu album GH dan Mawaddah yg dh dipublish brapa jumlahnya. nk beli pun rsanya byk dh tertinggal
Anonymous said…
update la event..nk pi
yonongidjon said…
GH di hati la.
Fatim nama gadis itu. http://yonongidjon.blogspot.com/2012/06/fatim-nama-gadis-itu.html?m=1

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...