Bila difitnah,dihina,dicaci maki,diaibkan ada juga terasa geram dihati. Tetapi bila sudah semakin sering dilemparkan dengan segala macam kejian terasa geli pula hati. Kerana kadang-kadang apa yang dilemparkan itu bukan sahaja jauh panggang dari api tetapi jauh bagaikan langit dan bumi. Lucu bila memikirkan agaknya bagaimanalah cerita karut ini boleh sampai dijadikan topik utama dikalangan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa apa yang mereka keluh kesahkan itu tiada langsung kebenarannya pasti mereka akan menepuk dahi dan berkata,buang masanya..! Belajar dari Ayah yang tidak pernah mengambil kira cacian orang padanya membuatkan kami juga bagaikan diberi kekuatan untuk menghadapinya. Tuduhan yang mengatakan kita hanya mengecapi kesenangan hidup itu dinafikan oleh mereka yang melemparkan tuduhan itu sendiri. Buktinya..senangkah hidup seseorang itu bila kerap kali ditodong dengan pelbagai hinaan? Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari segala dosa,setiap caci maki yang dihamburkan d...