Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Tak pernah minat nak mengajar. Entah kenapa. Kerana aku malas belajar kot. Tahlah! Tapi cikgu/guru tak pernah sekalipun masuk dalam list cita-citaku sewaktu kecil dan besar. Aku tak rasa cikgu adalah kerja yang best padahal apalah yang aku tau pasal kerja seorang peguam diwaktu aku tergedik-gedik ingin menjadi peguam ketika masih sekolah rendah. Huh! Takdir Tuhan merubah segalanya. Bila aku try test cuba mengajar bermula di Mekah haritu(rasa macam baru semalam jek) tiba-tiba aku diresapi perasaan,eh eh best jugak jadi cikgu. Eh.. bestlah rupenye! Selain dari aku bebas memarahi anak muridku,yang lebih besar ialah aku boleh belajar banyak benda yang aku mungkin belum tahu. Bila jadi je cikgu,terus timbul keinginan untuk tahu ini dan itu. Rasa bahagia bila boleh berbincang,saling bersoal jawab dengan anak muridku. Bertambah bahagia bila aku boleh kongsikan hal yang mereka tak tahu. Bukan pasal aku tau semua benda,tapi sebab kita boleh cari tau b...