"Orang tau dia tak tau. Orang bagitau dia buat tak tau. Dah tak tau tu dia buat-buat tau. Dia tak tau kata orang tau yang dia tak tau!" Sila baca ayat diatas dengan loghat utara yang pekat untuk mendapatkan keberkesanan dan kefahaman yang mantap terhadap makna sebenar disebalik kata-kata ini. Orang utara ni memang kasaq tapi kasaq-kasaq pun memang betui apa yang di habaq tu. Kalau oghang ketegaq memang kena bagi! Kalau tak dia tak sedaq dighi.. Tu dia.. Nak faham ni bukan mudah. Apalagi nak bertindak dengan kefahaman yang tak mudah itu. Lagilah tak mudah. Contoh nak belajar bawak kereta. Boleh ke hanya dengan panduan yang diberi atas kertas,tak payah pakai cikgu dah terus boleh bawa kereta? Selengkap manapun panduan atas kertas tu,faham macamana pun,namun tetaplah perlukan seseorang untuk mengajar secara praktikal. Nak jadi doktor tu..boleh ke main baca buku lepastu tiba-tiba dah boleh jahit orang. Mestilah nak kena berguru dulu paling kurang 7 tahun. Kan? Ala..nak buat...