Bermula sejak Ramadhan sampailah sekitar seminggu lepas raya,mata ni macam dah hilang ingatan,bila waktu yang dia perlu tutup,dan bila pulak masanya dia perlu celik besar walaupun sepet tanpa kelopak! Gejala insomnia katanya. Memang sedih. Sedih sebab bila malam menjelang,semua insan lena dibuai mimpi,yang kita terpaksa cari BB dan buat-buat nak BB dengan kawan-kawan yang masih terjaga kerana perbezaan waktu negara. Dah tentulah cemburu bila Niah dah bergolek-golek,Kak Syidah dah berdengkur,Iyah dah tidur mati sedangkan diri ini masihlah terkebil-kebil. Takut pun yelah jugak. Penduduk MA(Masjidil Aqso) kalau tidur wajib tutup lampu. Kita ni pulak bila dah tak boleh tidur kompem nak bukak lampu sebab nak cari aktiviti yang sekira-kira relevan lah. Tapi kalau dah gelap gelita,aktiviti berangan jelah yang mampu buat. Berangan yang takut-takut pulak tu. Huu.. Terer kan Tuhan? Dia buat sesuai je malam tu untuk tidur dan siang tu untuk berjaga. Kecuali tidur qailulah la. Tapi pelikla t...